KUALA LUMPUR: Industri halal yang telah dikenal pasti sebagai sektor strategik dan berimpak tinggi di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) akan meningkatkan kapasiti dan keupayaan Malaysia dalam meningkatkan pembangunan tenaga kerja halal, memacu pembangunan industri termasuk penyertaan Bumiputera, meningkatkan daya saing produk dan menjadikan Malaysia sebagai hab halal global.
Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata beliau yakin strategi yang digariskan di bawah pelan itu akan membuka pintu masuk kepada peluang tanpa sempadan terutamanya untuk memanfaatkan keupayaan keusahawanan golongan belia.
"Pelan Induk Industri Halal 2030 dan Platform Bersepadu Halal akan memainkan peranan penting dalam menyediakan jambatan antara usahawan dan pihak berkepentingan industri, menyatukan mereka di bawah satu ekosistem halal, memberi tumpuan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS)," katanya pada Anugerah Kecemerlangan Halal Dunia 2021 di sini.
Oleh itu, Mohamed Azmin menggesa PMKS untuk memanfaatkan kemudahan kewangan Islam melalui platform pendigitalan yang menawarkan produk dan perkhidmatan patuh syariah yang inovatif untuk membantu mengatasi kekangan aliran tunai.
Ini termasuk mengkaji teknologi blockchain yang telah memberi impak besar terhadap kebimbangan mengenai mengekalkan integriti produk makanan halal dengan membolehkan kebolehkesanan yang berkesan dalam rantaian bekalan makanan.
"Saya menggesa pemain industri untuk menghasilkan lebih banyak penawaran yang kreatif dalam strategi pembangunan produk dan pasaran mereka dengan menggabungkan kaedah teknologi terkini dan memanfaatkan trajektori transformasi digital kami," katanya.
Mohamed Azmin berkata satu lagi sektor penting apabila industri halal boleh terus memacu sempadan teknologi ialah dalam penjagaan kesihatan, dan usaha yang lebih baik boleh dibuat secara menyeluruh dalam membangunkan alternatif halal dalam industri ini.
Beliau berkata penting bagi Malaysia merealisasikan kekuatannya sebagai perintis dan penggerak pertama dalam membangunkan industri halal, mengekalkan kedudukan utama dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global selama lapan tahun berturut-turut.
"Sehubungan itu, piawaian farmaseutikal halal kita yang telah mendapat penerimaan sejagat perlu diperkukuh terutamanya dengan tumpuan yang tinggi untuk meningkatkan kesihatan dan imuniti selepas pandemik, menyemarakkan permintaan untuk nutraseutikal baharu yang diperakui halal, daripada vitamin kepada makanan tambahan kesihatan dan peranti perubatan," katanya.
Pada acara itu, antara pemenang ialah Bank Islam Malaysia Bhd dan United Overseas Bank Malaysia Bhd, masing-masing dianugerahkan Anugerah Kecemerlangan Kewangan Halal untuk institusi kewangan tempatan dan antarabangsa.
Omni Mal Agencies Sdn Bhd pula menerima Anugerah Kecemerlangan PKS Usahawan Terbaik Halal kerana menunjukkan daya tahan perniagaan dan kemampanan kewangan melalui perancangan strategik dan taktikal.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 21 2022
![Industri halal tingkatkan kapasiti dan keupayaan Malaysia sebagai hab halal global Industri halal tingkatkan kapasiti dan keupayaan Malaysia sebagai hab halal global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61645463399_MenteriKananPerdag.jpg)
Mohamed Azmin berkata beliau yakin strategi yang digariskan di bawah pelan itu akan membuka pintu masuk kepada peluang tanpa sempadan. - Gambar/ Bernama
![RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678788517_MahkamahUtama.jpg)
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
![Indonesia sasar jadi hab pengeluaran halal Indonesia sasar jadi hab pengeluaran halal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81695106601_TBICECREAM.jpg)
Indonesia sasar jadi hab pengeluaran halal
Indonesia bukan sahaja mahu menjadi negara yang menetapkan piawaian pensijilan halal, bahkan menjadi hab pengeluaran halal global, kata Naib Presiden Ma'ruf Amin.
![MIHAS 2022 jana jualan sebanyak RM2.36 bilion MIHAS 2022 jana jualan sebanyak RM2.36 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81664361461_TBMIHAS.jpg)
MIHAS 2022 jana jualan sebanyak RM2.36 bilion
Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2022 edisi ke-18, anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), berjaya menjana jualan sebanyak RM2.36 bilion.
![Industri halal tingkatkan kapasiti dan keupayaan Malaysia sebagai hab halal global Industri halal tingkatkan kapasiti dan keupayaan Malaysia sebagai hab halal global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61645463399_MenteriKananPerdag.jpg)
Industri halal tingkatkan kapasiti dan keupayaan Malaysia sebagai hab halal global
Mohamed Azmin berkata beliau yakin strategi yang digariskan di bawah pelan itu akan membuka pintu masuk kepada peluang tanpa sempadan.
![Empat hab halal baharu di Perak - Exco Empat hab halal baharu di Perak - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51637565613_TBHABHALAL.jpg)
Empat hab halal baharu di Perak - Exco
Empat lokasi berkenaan adalah di Sungai Manik, Rungkup, Tanjung Tualang dan Lenggong.
![MIHAS 2021 platform perkasa hab industri halal global MIHAS 2021 platform perkasa hab industri halal global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41630936283_MIHAS.jpg)
MIHAS 2021 platform perkasa hab industri halal global
Platfrom Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) yang julung kali diadakan secara maya dilihat bakal memperkasakan lagi ekonomi halal global khususnya ketika berdepan cabaran COVID-19.
![Projek 'sakit' hab halal Labuan akan dipulihkan semula - Khalid Samad Projek 'sakit' hab halal Labuan akan dipulihkan semula - Khalid Samad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/41541979841_LABUAN.jpg)
Projek 'sakit' hab halal Labuan akan dipulihkan semula - Khalid Samad
Pelan bagi tujuan itu tidak akan melibatkan pembiayaan kerajaan memandangkan pelabur baharu telah menunjukkan minat untuk melabur dalam pembangunan hab halal berkenaan.
![Pelabuhan Tok Bali dicadang sebagai hab eksport halal Pelabuhan Tok Bali dicadang sebagai hab eksport halal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/71510721006_AsyrafWajdiDusuki.jpg)
Pelabuhan Tok Bali dicadang sebagai hab eksport halal
Pelabuhan Tok Bali akan dicadangkan sebagai hab eksport produk halal dari negeri ini terutama ke negara-negara di rantau ASEAN.
![Tanjung Manis bakal jadi nucleus kembang industri halal Sarawak Tanjung Manis bakal jadi nucleus kembang industri halal Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/71393556283_295x200.jpg)
Tanjung Manis bakal jadi nucleus kembang industri halal Sarawak
Antara sektor yang akan menjadi tumpuan bagi perkembangan industri ini termasuklah akuakultur, pertanian dan pelancongan.