PUTRAJAYA: Indeks Pelopor (IP) ekonomi Malaysia pulih semula dengan mencatatkan pertumbuhan 0.6 peratus untuk mencapai 111.6 mata pada Februari 2023 berbanding 110.9 mata pada bulan sama 2021, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata pertumbuhan tersebut disokong secara signifikan oleh prestasi yang baik dalam bilangan unit kediaman yang diluluskan pembinaan, import benar logam asas berharga dan logam bukan ferus lain serta bilangan syarikat baru didaftar.
"Trend ini selari dengan pertumbuhan bulanan IP yang mencatatkan pertumbuhan 2.9 peratus pada Februari 2023 berbanding negatif 1.5 peratus pada bulan sebelumnya," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
IP merupakan alat yang digunakan untuk menjangkakan kenaikan dan penurunan ekonomi dalam purata empat hingga enam bulan ke hadapan.
Beliau berkata melihat kepada arah aliran jangka panjang terlicin pada Februari 2023, IP mencatatkan mata indeks yang lebih baik berbanding bulan sebelumnya iaitu 99.41 mata berbanding 98.61 mata pada Januari 2023.
"Meskipun masih berada di bawah trend 100.0 mata, prospek ekonomi dijangka lebih baik dalam tempoh terdekat disokong oleh permintaan domestik dan langkah dasar yang berdaya tahan di bawah Belanjawan 2023," katanya.
Mohd Uzir berkata prestasi Indeks Serentak (IS), yang mencerminkan keadaan semasa, menunjukkan pertumbuhan tahun ke tahun yang lebih baik dengan mencatatkan 121.6 mata pada Februari lepas berbanding 116.3 mata pada Februari 2022.
"Peningkatan ini disumbangkan oleh semua komponen terutamanya Nilai Caruman Benar, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 16.8 peratus," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 20 2023

Mohd Uzir berkata pertumbuhan tersebut disokong secara signifikan oleh prestasi yang baik dalam bilangan unit kediaman yang diluluskan pembinaan, import benar logam asas berharga dan logam bukan ferus. - Fail/BERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Penguncupan perlahan dalam IP mencerminkan prospek pertumbuhan - MIDF Research
IP pada waktu ini adalah kejatuhan paling perlahan dalam tempoh tujuh bulan setelah mengalami penguncupan.

Malaysia kekal di landasan pemulihan dengan Indeks Pelopor cecah 110.8 mata pada Februari 2022
DOSM menjelaskan, IP bulan ke bulan itu meningkat 0.5 peratus pada bulan rujukan berbanding penurunan 1.1 peratus pada Januari 2022.

Ringgit dijangka tidak banyak berubah minggu ini
Penurunan ketara indeks pelopor bagi Mac 2020 yang terbesar sejak November 1991, akan terus memberi tekanan pada ringgit.