SEREMBAN: Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran berada di tangga ke-12 teratas dunia bagi Indeks Daya Saing Global dalam tempoh 10 tahun seperti yang digariskan dalam kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.
Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong berkata biarpun pembangunan ekonomi dunia agak perlahan ekoran beberapa isu namun negara mampu mencatat pencapaian pertumbuhan ekonomi pada kadar 4.2 peratus untuk separuh pertama tahun ini.
"Pada tahun lepas, kita berada di kedudukan ke-32 untuk Indeks Daya Saing Global. Tahun ini, selepas enam bulan kerja keras, Kerajaan Perpaduan, penjawat awam, sektor swasta dan rakyat, kita berjaya tingkatkan ke tangga ke-27.
"Saya bercerita bukan sebab kita berpuas hati dengan pencapaian sekarang tetapi sebagai galakan dan motivasi bahawa negara berada di landasan yang betul.
"Negara pernah berada antara yang terhebat di dunia dari segi daya saing. Justeru, sasaran kita mahu jadi 12 terbaik di seluruh dunia, bermakna kena setara dengan negara-negara membangun dan maju seperti China dan Singapura," katanya pada Jelajah Belanjawan 2024 Negeri Sembilan di sini pada Selasa.
Turut hadir Exco Kanan Datuk Seri Jalaluddin Alias.
Sim berkata dalam masa dua bulan ini, selain kerangka Ekonomi MADANI, kerajaan juga telah melancarkan beberapa pelan lain termasuk Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) sekali gus dianggarkan membawa peluang perniagaan menjangkaui 1.58 trilion sehingga 2050.
Dalam pada itu, katanya aspek infrastruktur awam termasuk jalan raya, kemudahan hospital dan sekolah antara yang dibangkitkan kerajaan negeri supaya diberi tumpuan oleh kerajaan Persekutuan dalam Belanjawan 2024 yang dijadual dibentangkan pada Oktober depan.
"Infrastruktur kalau di peringkat negeri, mereka ingin lihat jalan raya, kemudahan hospital dan sekolah yang baik.
"Sememangnya bermula daripada Bajet 2023, kita lihat fokus kerajaan pusat untuk memastikan kemudahan asas itu dalam keadaan terbaik," katanya.
Sim berkata kerajaan juga akan membantu syarikat dengan memudah cara perniagaan mereka dan pada masa sama, membantu memperkasa kemahiran pekerja sekali gus mampu meningkatkan produktiviti.
"Pekerja dan majikan tidak dapat dipisahkan dan perlu diberi perhatian. Majikan kena ada keuntungan dan menyediakan gaji yang lumayan kepada pekerja dan menawarkan pekerjaan lebih baik supaya bakat dan kemahiran tinggi itu tidak hilang kepada syarikat lain termasuk syarikat luar negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 13 2023

Steven Sim berkata biarpun pembangunan ekonomi dunia agak perlahan ekoran beberapa isu namun negara mampu mencatat pencapaian pertumbuhan ekonomi pada kadar 4.2 peratus untuk separuh pertama tahun ini. - Foto fail/BERNAMA
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Indeks Daya Saing Global: Negara di landasan tepat untuk berada di tangga ke-12 - Sim
Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran berada di tangga ke-12 teratas dunia bagi Indeks Daya Saing Global dalam tempoh 10 tahun.

Ekonomi MADANI tetapkan tujuh penanda aras - PM
Malaysia berada di kedudukan antara 30 ekonomi terbesar di dunia dan Indeks Daya Saing Global di tangga ke-12 teratas dunia.