Usaha perlu diambil kerajaan untuk meningkatkan pendapatan usahawan kecil Melayu sebanyak dua kali ganda dari RM3,000 hingga ke RM6,000.
Seruan ini dibuat oleh Presiden IKHLAS Malaysia Mohd Ridzuan Abdullah yang menyifatkan golongan peniaga bumiputera masih ketinggalan dan nasib mereka perlu terus dibela.
“Kajian yang menyeluruh patut dilakukan untuk mengenal pasti sebab mengapa tahap ekonomi orang Melayu masih tidak mencapai tahap yang diinginkan,” Mohd Ridzuan menyatakan kepada wartawan dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur pada Khamis ini.
Seterusnya Mohd Ridzuan mahu peranan pelbagai agensi kerajaan yang diwujudkan bagi tujuan memperkasakan ekonomi kaum Melayu disemak semula dan diperkukuhkan.
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menurutnya juga perlu diperlengkapkan dan memainkan peranan dalam usaha ini.
Sebagai pertubuhan yang benar-benar memahami masalah peniaga Melayu, pihak NGO kebanyakannya mendekati mereka secara terus dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang dihadapi.
“Kebanyakan agensi kerajaan kurang memahami apa masalah peniaga kecil sedangkan pihak NGO lebih rapat dengan usahawan. Saya harap kerajaan harus fikir satu dasar supaya memberi peluang kepada badan-badan bukan kerajaan terlibat bersama dalam program pembangunan usahawan,” tambah Mohd Ridzuan.
Kenyataan IKHLAS dikeluarkan selepas Mesyuarat Agung Tahunan pertubuhan itu yang diadakan di Kuala Lumpur pada hari Khamis. Salah satu rumusan yang diambil hasil perbincangan mesyuarat adalah cadangan mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri di mana isu-isu berbangkit dapat diketengahkan.
Sharon Oai Shu Chin
Thu Sep 18 2014
IKHLAS mahu peranan pelbagai agensi kerajaan yang diwujudkan bagi tujuan memperkasakan ekonomi Melayu disemak semula
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
UMNO Perak terbuka jalin kerjasama, asalkan ikhlas dan jujur
UMNO Perak bersedia menerima kerjasama daripada mana-mana pihak bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) yang akan datang.
COVID-19: Ibadah korban berbeza di masjid Singapura tahun ini
Masjid-masjid akan meneruskan amalan mengagihkan sebahagian daripada daging tersebut kepada keluarga berpendapatan rendah dalam komuniti.
Wakil rakyat laksana tanggungjawab tanpa pilih bulu
Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berharap semua wakil rakyat yang dipilih pada Pilihan Raya Umum Ke-14, dapat melaksanakan tanggungjawab dengan ikhlas untuk membela nasib rakyat.
Tabung Harapan Malaysia beri peluang rakyat bantu kerajaan kurangkan hutang
Tabung itu juga adalah simbol patriotik bagi membolehkan rakyat membuktikan yang mereka menyayangi negara ini dan jumlah sumbangan bukan ukuran sebaliknya keikhlasan untuk membantu negara.
Isu pekerja asing: Jangan cari publisiti murahan desak Ahmad Zahid 'resign' - Armand
Presiden Ikhlas dinasihat tidak mencari publisiti murahan apabila meminta Ahmad Zahid meletakkan jawapan dalam isu kemasukan pekerja Bangladesh ke negara ini.
Indonesia harus ikhlas atasi jerebu - Penganalisis
Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan berkata Indonesia seharusnya lebih ikhlas dalam menangani isu jerebu yang telah memberi kesan kepada negara serantau.