Penubuhan Tabung Harapan Malaysia memberi peluang kepada seluruh rakyat Malaysia menunjukkan sokongan kepada kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan dalam mengurangkan beban hutan negara, kata Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming.
Beliau berkata tabung itu juga adalah simbol patriotik bagi membolehkan rakyat membuktikan yang mereka menyayangi negara ini dan jumlah sumbangan bukan ukuran sebaliknya keikhlasan untuk membantu negara.
"Satu sen ke RM1 atau nilai lain yang disumbangkan... ikut kemampuan diri dan paling penting ia berteraskan keikhlasan untuk membantu kerajaan mendepani masalah yang dihadapi terutama daripada sudut hutang negara," kata Anggota Parlimen Teluk Intan itu kepada pemberita, di sini pada Sabtu.
Beliau sebelum itu menerima sumbangan daripada Spritzer Berhad dan Yee Lee Corporation Berhad yang masing-masing menyumbang RM500,000 kepada Tabung Harapan Malaysia.
BACA: Dua syarikat gergasi sumbang RM1 juta kepada Tabung Harapan
Sementara itu, Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan Spritzer Berhad, Dr Chuah Chaw Teo berkata pihaknya berbangga kerana dapat bersama-sama rakyat Malaysia yang lain menyumbang ke dalam tabung berkenaan yang dilancarkan pada 30 Mei lalu.
Katanya sumbangan yang diberikan itu juga boleh menjadi motivasi kepada pihak swasta dan badan korporat lain untuk bersama dalam memastikan masalah hutang tersebut dapat diatasi secara efisien.
"Kita harap pemimpin yang mengepalai pentadbiran negara ketika ini mampu dan berjaya mendepani segala cabaran yang mendatang khususnya dalam memastikan bebanan hutang negara berkurangan daripada jumlah asal," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 02 2018

Nga Kor Ming (tengah) bersama wakil daripada syarikat Spritzer Bhd dan Yee Lee Corporation Bhd di Wisma DAP Perak, 2 Jun, 2018. --fotoBERNAMA

Sekurang-kurangnya 137 terbunuh di Gaza dalam serangan Israel sejak gencatan senjata
Israel dituduh menggunakan sekatan dan kebuluran sebagai taktik pembunuhan perlahan, menyebabkan malapetaka kemanusiaan di Gaza.

Projek LCS: Bekas Pengarah Urusan BNS lepas tanpa bebas tuduhan pecah amanah RM21 juta
Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan bekas Pengarah Urusan BNS, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, daripada tiga pertuduhan pecah amanah berhubung projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Kuwait kutuk Israel sekat elektrik ke Gaza
Kuwait mengutuk tindakan Israel menyekat bekalan tenaga elektrik ke Semenanjung Gaza dan sifatkan ia sebagai hukuman kolektif terhadap rakyat Palestin.
Singapore Airlines larang guna, cas power bank mulai 1 April
Singapore Airlines akan mula menguatkuasakan polisi larangan menggunakan dan mengecas bank kuasa dalam pesawat bermula 1 April.

Penganggur, ibu tunggal mengaku siar video pertubuhan Geng 36, Geng 04
R Elaango didenda RM3,500 atau penjara dua bulan, manakala Tan Lee Sim didenda RM2,000 atau penjara enam bulan.
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM
Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.

UiTM beri RM100 secara 'one-off' kepada pelajar terjejas
Pelajar yang terkandas ataupun yang telah pulang ke kampus UiTM akan diberi bantuan RM100 secara one-off.

Moratorium kepada peminjam PTPTN dilanjut sehingga Disember 2020 - Menteri Pengajian Tinggi
Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabungan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada semua peminjam untuk tempoh tiga bulan lagi.