Pembangunan ibu pejabat serantau China Railway Group Limited (CREC) di Bandar Malaysia dijangka mewujudkan 10,000 peluang pekerjaan di Malaysia.
Menurut rakan kongsi pemaju Bandar Malaysia, Iskandar Waterfront Holdings (IWH), ini selaras dengan inisiatif utama Bandar Malaysia iaitu mengurangkan penghijrahan tenaga mahir Malaysia keluar negara.
Bandar Malaysia akan dibangunakan secara bersama oleh Kementerian Kewangan dan Consortium IWH-CREC.
Beliau berkata selain CREC, Bandar Malaysia dijangka menarik pemindahan lebih banyak ibu pejabat syarikat multinasional.
Ini katanya akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi warga Malaysia.
"Kami ingin menarik syarikat multinasional untuk menempatkan ibu pejabatnya di Bandar Malaysia. Ini penting bagi Malaysia untuk membuka lebih banyak peluang perniagaan bagi syarikat tempatan.
"Kami tidak hanya memberi fokus untuk menarik pelaburan asing, tetapi juga memberi fokus kepada isu penghijrahan tenaga mahir keluar negara.
"Ini turut merupakan keutamaan kerajaan dan komponen penting dalam pelan Bandar Malaysia." kata Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan Iskandar Waterfront Holdings, Tan Sri Datuk Lim Kang Hoo.
Beliau berkata Bandar Malaysia juga akan mempercepatkan pelan kerajaan untuk menjadikan Malaysia ekonomi membangun berpendapatan tinggi.
Tambah beliau pemindahan ibu pejabat syarikat multinasional ke Bandar Malaysia akan meningkatkan permintaan modal insan berkepakaran tinggi.
Menurut laporan Bank Dunia 2011, 305,000 tenaga mahir Malaysia berhijrah keluar negara dalam jangka Mac 2008 hingga Ogos 2009.
Ini berbanding 140,000 penghijrahan tenaga mahir keluar negara yang dicatatkan pada 2007.
Laporan itu turut berkata 20 peratus graduan Malaysia memilih keluar negara terutamanya ke Singapura untuk bekerja.
Pelaburan CREC bakal tarik lebih banyak FDI - Najib
Komitmen pelaburan sebanyak USD2 bilion daripada CREC di Bandar Malaysia, akan membawa kepada lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) ke dalam negara.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sebagai syarikat multinasional utama, keyakinan CREC terhadap Bandar Malaysia sebagai pelaburan yang berharga, mendasari keyakinannya kepada ekonomi Malaysia.
Najib berkata ramai pelabur asing sudahpun menyatakan minat terhadap pembangunan di Bandar Malaysia.
"Ini dengan jelas menunjukkan keyakinan CREC ke atas masa depan Malaysia. Kedua, ini menunjukkan persahabatan yang baik antara Malaysia dan China.
"Syarikat seperti CREC bergerak pantas, jadi kita perlu bertindak balas seiring," kata Najib.
Sementara itu, nilai pembangunan kasar (GDV) bagi keseluruhan Bandar Malaysia dijangka mencapai RM160 bilion.
Ini bagi ketiga-tiga fasa Bandar Malaysia yang dijangka siap dalam 20 tahun.
Beliau berkata ibu pejabat serantau CREC meliputi 30 peratus daripada pembangunan fasa pertama.
CREC merupakan antara firma kejuruteraan dan pembinaan terbesar di dunia, dan juga mempunyai perniagaan, antara lain, dalam industri pembuatan, pembangunan hartanah, dan sumber-sumber serta produk mineral.
Setakat 2015, syarikat itu berada pada kedudukan ke-71 dalam Fortune 500.
Ini dengan perolehan CREC melebihi USD100 bilion setahun.
Pritha Manivannan
Mon Mar 21 2016

Datuk Seri Najib Tun Razak menandatangani plak menandakan komitmen CREC untuk mempunyai pejabat serantau di Bandar Malaysia - Foto Astro AWANI/Pritha Manivannan

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

Penamatan HSR hanya isu sementara bagi sektor pembinaan
"Tanpa HSR, fiskal kerajaan akan menjadi kurang terhad, menyediakan peruntukan yang lebih tinggi untuk projek berimpak tinggi yang lain."

TH jawab tuduhan 'berbaur politik' berhubung pembelian tanah TRX
Lembaga Tabung Haji menjawab tuduhan berbaur politik tentang pembelian tanah di TRX. TH kata pembelian tanah di TRX akan memberi pulangan baik kepada TH dan pendepositnya

TRX dan Bandar Malaysia bukti kejayaan 1MDB - Arul Kanda
Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy mahu kejayaan 1MDB diukur berdasarkan kejayaan syarikat milik kerajaan itu merealisasikan pembinaan dua projek meganya.

Letupan tapak pembinaan MRT: Kementerian siasat jika ada pelanggaran SOP
Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pemeriksaan itu akan dijalankan selepas mendapat kebenaran daripada polis yang masih menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan.

MOF akan keluar RFP untuk Bandar Malaysia akhir minggu
Pengerusi TRX City Sdn Bhd dan Bandar Malaysia Sdn Bhd, berkata menerusi RFP, MoF akan menetapkan kriteria dan syarat baharu kepada syarikat yang akan terlibat.

Perjanjian jualan saham Bandar Malaysia kepada IWH CREC terbatal
60 peratus modal terbitan dan berbayar Bandar Malaysia Sdn Bhd, kini terbatal berikutan kegagalan pihak pembeli menunaikan tanggungjawab pembayaran.

1MDB tiada hutang bank, hutang jangka pendek - Kementerian Kewangan
1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak mempunyai sebarang hutang bank atau hutang jangka masa pendek pada masa ini, kata Kementerian Kewangan hari ini.

Sukuk Bandar Malaysia pelaburan terjamin - Tabung Haji
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menjelaskan bahawa pelaburannya dalam Terbitan Sukuk Bandar Malaysia pada Februari 2014 dibuat kerana ia adalah pelaburan terjamin.