PUTRAJAYA:Kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan sehingga akhir 2020 mencatat 58 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), masih bawah had statutori 60 peratus KDNK yang ditetapkan.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, angka itu diperoleh daripada laporan kewangan bagi Suku Keempat 2020 yang diterbitkan Kementerian Kewangan.
Kedudukan hutang itu berdasarkan pengiraan had statutori yang meliputi pinjaman Malaysian Government Securities (MGS), Malaysian Government Investment Issues (MGII) dan Malaysia Islamic Treasury Bills (MITB).
“Sehubungan itu, kerajaan mempunyai ruang fiskal untuk terus membantu rakyat, menyokong perniagaan dan mengukuhkan ekonomi Malaysia dalam tahun 2021.
BACA: Sekatan COVID-19: KDNK Malaysia suku keempat menguncup 3.4 peratus
“Kerajaan juga tetap bersedia untuk menyokong kelangsungan rakyat dan perniagaan,” katanya dalam kenyataan media Laporan LAKSANA ke-41 pada Khamis.
Dalam pada itu, meskipun KDNK negara mengalami penguncupan 5.6 peratus namun Zafrul berkata ia adalah lebih baik daripada unjuran asal organisasi antarabangsa.
“Penguncupan ini adalah lebih baik berbanding unjuran awal oleh organisasi antarabangsa seperti Dana Kewangan Antarabangsa (-5.8 peratus), Bank Dunia (-5.8 peratus) dan Bank Pembangunan Asia (-6.0 peratus).
“Prestasi Malaysia juga lebih baik jika dibandingkan dengan negara serantau seperti Thailand (-6.1 peratus) dan Filipina (-9.5 peratus) dan negara lain seperti United Kingdom (-9.9 peratus),” ujarnya.
Astro AWANI pada 11 Februari lepas melaporkan ekonomi Malaysia menguncup pada kadar 3.4 peratus pada suku keempat 2020 berbanding berbanding penurunan 2.6 peratus pada suku tahun sebelumnya.
Untuk setahun penuh 2020, ekonomi Malaysia menguncup sebanyak 5.6 peratus susulan kesan dan langkah kawalan pandemik COVID-19.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, pertumbuhan untuk suku ketiga turut disemak kepada negatif 2.6 peratus.
Astro Awani
Thu Feb 18 2021
Angka itu diperoleh daripada laporan kewangan bagi Suku Keempat 2020 yang diterbitkan Kementerian Kewangan. - Gambar fail/ Bernama
Adik Dr Zaliha Mustafa meninggal dunia
Shamsiah Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
52.95 peratus penjawat awam masih belum miliki rumah sendiri
Mengulas lanjut Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah berkata, walaupun anak penjawat awam dan pesara tidak layak membeli PPAM tapi berpeluang jadi pemilik bersama.
Kuala Lumpur di tangga kelapan terbaik untuk ekspatriat mendiami
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Expat City Ranking, Kuala Lumpur menduduki di tangga kelapan negara yang terbaik untuk ekspatriat mendiami.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Social Housing in Cambodia Addresses Climate Change
We spoke with His Excellency Mao Vibol, Under Secretary of State for Cambodia’s Ministry of Land Management, Urban Planning, and Construction, about the country’s efforts to integrate climate resilience into social housing. He shared insights on sustainable urban planning and the role of affordable housing in addressing the challenges of climate change.
36,479 penjawat awam tandatangani perjanjian jual beli PPAM
Jelas Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah, daripada jumlah tersebut 87 peratus atau 31,942 penjawat awam berpendaptan bawah RM5,000 sebulan.
White House sahkan Biden hadiri pelantikan Trump
White House pada Isnin mengesahkan bahawa Presiden Joe Biden akan menghadiri majlis pelantikan Donald Trump pada 20 Jan.
Sistem kad akses dilaksana di PPR tahun depan -
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata sistem kad akses akan dilaksanakan di PPR mulai tahun depan bagi menangangi masalah pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR).
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
NWICE 2024: Transformasi air menuju kemampanan sejagat
Bertemakan “Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat”, Persidangan & Pameran Inovasi Air Kebangsaan 2024 (NWICE 2024) merupakan kesinambungan daripada pelan hala tuju AIR 2040 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air(PETRA) baru-baru ini dalam memastikan pengurusan sumber air yang mampan untuk generasi akan datang.
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Bursa Malaysia melantun semula disokong aktiviti membeli saham berharga rendah
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 11.60 mata untuk ditutup kepada 1,604.04 daripada paras 1,592.44 pada Jumaat minggu lepas.
Pertumbuhan KDNK negara dijangka melebihi 5% pada 2024 - Maybank IB
Walaupun berhadapan dengan ketidaktentuan luaran tetapi permintaan dalam negeri yang kukuh akan mengimbangi risiko.
Inflasi Malaysia diunjur cecah purata antara 2.0 hingga 3.5 peratus pada 2025
Inflasi Malaysia diunjurkan mencecah purata antara 2.0 hingga 3.5 peratus pada 2025, dengan mengambil kira langkah dasar domestik yang ditetapkan dalam Belanjawan 2025.
Pelaburan, eksport kukuh pacu pertumbuhan KDNK suku ketiga Malaysia kepada 5.3 peratus
Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.3 peratus pada suku ketiga 2024, didorong oleh aktiviti pelaburan yang kukuh dan peningkatan eksport yang berterusan.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit berada di bawah paras 1,600
Bursa Malaysia mencatatkan penurunan hari ini dengan indeks utama ditutup pada paras terendah intra hari berikutan ketiadaan pemangkin belian di tengah-tengah kelemahan pasaran serantau ekoran.
Pengukuhan ekonomi Suku-3 letak Malaysia di landasan pertumbuhan 4.8-5.3 peratus pada 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata prestasi kukuh ekonomi Malaysia pada Suku Ketiga (S3) 2024 mencerminkan keyakinan perniagaan dan juga pengguna terhadap ekonomi Malaysia.
MIDF Amanah unjur pertumbuhan KDNK suku ketiga Malaysia pada 5.3 peratus
KDNK Malaysia bagi suku ketiga 2024 dijangka berkembang pada 5.3 peratus tahun ke tahun dipacu oleh pertumbuhan berterusan penggunaan domestik.
Tema APEC 2024 selaras dengan tema 'Keterangkuman dan Kelestarian' ASEAN 2025
Tema AELW 2024, "Empower, Include, Grow", selaras dengan tema ASEAN 2025 iaitu "Keterangkuman dan Kelestarian" yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan.
Bursa Malaysia ditutup rendah, cerminkan sentimen serantau lemah
Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis walaupun mencatatkan kenaikan semasa sesi dagangan awal.