Hong Leong Islamic Bank Bhd (HLISB) baru-baru ini memenangi anugerah 'The Asset Triple A Islamic Finance 2015' bagi bank terbaik dalam inovasi digital.
Sejak kebelakangan ini, HLISB telah secara aktif meningkatkan fokusnya di dalam perbankan digital dan anugerah tersebut mengiktiraf keseluruhan strategi dalam usaha pendigitalan operasi perbankan, kata bank itu dalam satu kenyataan.
eXPRE$$ REMIT merupakan salah satu penyelesaian inovatif yang telah diperkenalkan.
Ia menyediakan penghantaran tunai secara mudah dari Malaysia ke Indonesia dan yang pertama di negara ini yang menggunakan terminal layan diri untuk penukaran dan pengiriman wang.
Awal tahun ini, HLISB juga melancarkan konsep cawangan baharu di kawasan pejalan kaki yang padat dengan menggunakan Teknologi Maklumat dan infrastruktur berteknologi tinggi seperti skrin sentuhan, iPads dan persidangan video masa nyata bagi mengukuhkan lagi platform perbankan digital.
Anugerah The Asset Triple A diberikan sebagai pengiktirafan kepada kecemerlangan dalam industri di Asia dan dibina di atas metodologi dan tatacara yang ketat bagi memilih pemenang.
Bernama
Tue Jul 21 2015
Hong Leong Islamic Bank Bhd (HLISB) baru-baru ini telah memenangi 'Anugerah Kewangan Islam 2015 oleh The Asset Triple A' sebagai bank terbaik dalam inovasi digital. - Gambar fail
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
China sasar penembusan pengguna 5G lebih 85 peratus menjelang akhir 2027
Setakat akhir September tahun ini, jumlah stesen pangkalan 5G di China mencapai kira-kira 4.09 juta.
Hong Leong Islamic Bank menang Anugerah Inovasi Digital sebagai bank terbaik
Hong Leong Islamic Bank Bhd (HLISB) baru-baru ini telah memenangi 'Anugerah Kewangan Islam 2015 oleh The Asset Triple A' sebagai bank terbaik dalam inovasi digital.