KUALA LUMPUR: Ringgit terus susut dan mencecah paras 4.70 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Rabu, berikutan kebimbangan mengenai prospek kenaikan kadar faedah serta kenaikan hasil Perbendaharaan negara maju itu, kata penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit turun ke paras 4.7055/7105 berbanding dolar AS daripada 4.6875/6915 pada akhir urus niaga semalam.
Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pergerakan ringgit turut diasak oleh kebimbangan yang terus ketara mengenai inflasi di negara itu.
"Sudah pasti inflasi menjadi tumpuan selain peningkatan harga minyak yang hanya menjejaskan lagi pospek dasar Rizab Persekutuan AS (Fed)," katanya kepada Bernama.
Hasil Perbendaharaan 10 tahun AS mencecah paras tertinggi dalam tempoh 15 tahun semalam namun susut lima mata asas hari ini kepada 4.501 peratus.
Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata penurunan nilai ringgit itu juga disebabkan oleh kebimbangan berkaitan kemungkinan penutupan kerajaan AS.
"Faktor itu menjadi fokus, apalagi ketika menghampiri tarikh akhir pada hujung minggu. Sebarang sentimen menolak risiko ternyata menguasai ringgit pada masa ini," katanya yang mengunjurkan paras rintangan terhadap ringgit adalah pada RM4.74.
Mohd Afzanizam menjelaskan, Kongres AS sepatutnya sepakat meluluskan peruntukan berkaitan pembiayaan Kerajaan Persekutuan menjelang akhir bulan ini dengan sebarang kemungkinan sebaliknya boleh menyebabkan penutupan kerajaan itu.
Dalam pada itu, ringgit turut diniagakan rendah berbanding kelompok mata wang utama lain.
Unit tempatan itu rendah berbanding euro pada 4.9690/9743 daripada 4.9673/9716, susut berbanding pound Britain pada 5.7167/7228 daripada 5.7117/7166 dan rendah berbanding yen Jepun pada 3.1534/1570 daripada 3.1489/1518.
Ringgit juga rendah berbanding mata wang Asia kecuali baht Thailand yang menyaksikannya meningkat kepada 12.8759/8949 daripada 12.8884/9043, semalam.
Ia susut berbanding rupiah Indonesia kepada 303.1/303.6 daripada 302.5/303.0 sebelum ini, rendah berbanding peso Filipina pada 8.26/8.28 daripada 8.23/8.24 serta turun berbanding dolar Singapura kepada 3.4334/4373 daripada 3.4275/4310, sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 27 2023
Hasil Perbendaharaan 10 tahun AS mencecah paras tertinggi dalam tempoh 15 tahun semalam namun susut lima mata asas hari ini kepada 4.501 peratus. - Gambar fail/Bernama
Ribuan umat Islam di Sabah dan Sarawak meriahkan sambutan Maal Hijrah
Sambutan Maal Hijrah 1446H/2024M di Sabah dan Sarawak hari ini dihadiri ribuan umat Islam bagi menghayati semangat hijrah dan perjuangan Rasulullah SAW.
AWANI Ringkas: Peringatan Yang di-Pertuan Agong
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Harimau belang mati dilanggar kereta diawet
Karkas haiwan pemangsa seberat 120 kg itu masih berada di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai bagi proses penyimpanan.
JAKIM diarah tingkat penguatkuasaan terhadap kandungan ajaran sesat - Mohd Na'im
Tindakan penguatkuasaan tegas terhadap kelompok yang menyebar kandungan ajaran sesat amat penting supaya ia tidak dilakukan sewenang-wenangnya.
Pelumba berbasikal kemalangan maut ketika 'downhill' Jelajah Austria
Pelumba Norway, Andre Drege, menemui ajal selepas terjatuh dalam kayuhan menuruni bukit dalam Jelajah Austria, awal pagi tadi.
Pelaburan HRD Corp catat keuntungan lebih 98 peratus - Laporan
Laporan tersebut juga mengatakan HRD Corp hanya merekodkan kerugian tidak nyata sebanyak RM49 juta atau 1.3 peratus daripada keseluruhan portfolio pelaburan.
Pengarah filem Mansor Puteh meninggal dunia akibat kemalangan
Pengarah dan pengkritik filem serta budaya, Mansor Puteh meninggal dunia selepas kereta yang dipandunya terbabas di Alam Damai, Cheras, di sini, pada Ahad.
11,783 outlet makanan diiktiraf BeSS - KKM
BeSS merupakan pengiktirafan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada premis yang telah diperiksa dan didapati bersih serta memenuhi pelbagai kriteria tertentu.
Bekas Mufti Pulau Pinang, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia penerima Tokoh Maal Hijrah
Bekas Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan.
Copa America: Uruguay matikan samba, hantar Brazil ke penyingkiran
Uruguay melangkah ke separuh akhir Copa America selepas menumpaskan Brazil dalam penentuan sepakan penalti.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar US
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7020/7055 berbanding dolar US daripada 4.6950/6985 ketika ditutup pada Selasa.
Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama dan ASEAN
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7375/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7380/7405 pada akhir urus niaga semalam.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7650/7710 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 ketika ditutup pada Khamis.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7460/7490 berbanding dolar US daripada 4.7380/7425 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7109/7220 berbanding dolar AS 4.7205/7270 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7340/7390 berbanding dolar AS 4.7140/7170 ketika ditutup pada Khamis.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, mata wang utama lain
Pada 9.05 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7580/7620 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7585/7635 pada Selasa.
Sentimen positif dorong ringgit mengukuh berbanding dolar AS, mata wang lain
Pada 6 petang, kadar tukaran ringgit/dolar AS di paras 4.7585/7635 berbanding 4.7750/7795, semalam.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7710/7800 berbanding dolar AS daripada 4.7920/7965 semasa ditutup pada Rabu.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut ke paras 4.7850/7890 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7820 pada akhir urus niaga Jumaat lepas.