KUALA LUMPUR: Data terkini yang dikeluarkan Tinjauan Hartanah dan Indeks Juwai IQI Malaysia bagi suku ketiga 2022 menunjukkan pasaran hartanah kediaman di Malaysia menuju kenaikan dalam tempoh 12 bulan akan datang.
Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Juwai IQI, Kashif Ansari berkata, kaji selidik yang dijalankan terhadap ejen hartanah di seluruh negara mendapati harga rumah dan sewa akan meningkat dengan ketara dalam tempoh tersebut sekali gus merangsang peningkatan aktiviti dalam sektor hartanah.
Dalam senario ini, katanya, mereka yang memiliki rumah akan menikmati faedah daripada kenaikan nilai, sebaliknya bagi yang menyewa atau mahu membeli rumah akan menyaksikan perbelanjaan mereka meningkat.
"Kaji selidik itu mendedahkan industri hartanah menjangkakan pertumbuhan harga kediaman yang ketara dalam tempoh 24 bulan akan datang.
"Ejen hartanah percaya hartanah kediaman akan meningkat sebanyak 11.8% di seluruh negara dalam tempoh 12 bulan akan datang.
"Pertumbuhan akan berterusan pada tahun berikutnya dengan harga berakhir pada 16.5% lebih tinggi dalam tempoh 24 bulan akan datang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Berdasarkan tinjauan berkenaan, ejen hartanah di Pulau Pinang menjangkakan 17% kenaikan dalam tempoh 2 tahun lagi manakala di Johor pula, ia dijangka meningkat 18.1%.
Bagi Kuala Lumpur dan Selangor pula, harga dijangka meningkat 15.9% manakala ejen hartanah di Sabah menjangkakan kenaikan 14.7% di Sabah dalam tempoh 2 tahun.
Menurut Kashif, pihaknya telah menjalankan Indeks dan Tinjauan Juwai IQI sejak 2019, dan angka-angka tersebut membentuk ramalan pertumbuhan harga kediaman paling kukuh yang belum pernah direkodkan.
Katanya, unjuran telah berubah dengan ketara sejak suku ketiga 2021 dan kemudiannya ejen hartanah menjangkakan penurunan 5% dalam harga kediaman, dan ia membuktikan unjuran itu tidak jauh berbeza.
"Antara sebab ejen begitu yakin terhadap pasaran hartanah adalah kerana mereka sangat optimis terhadap ekonomi.
"Sebanyak 45% daripada ejen hartanah percaya ekonomi akan mengukuh atau lebih kukuh dalam tempoh 6 bulan akan datang," jelasnya.
Turut menyokong ramalan ini, tambahnya, ialah prospek positif daripada Bank Negara Malaysia (BNM) yang menjangkakan ekonomi negara akan terus berkembang tahun ini dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencecah 6.3%.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, sembilan daripada 10 ejen hartanah berpendapat membeli rumah ketika ini adalah lebih baik berbanding menyewa.
Secara perbandingan, katanya, katanya 11% sahaja yang bersetuju dengan pendapat bahawa menyewa lebih baik daripada membeli rumah.
"Data ini mencadangkan kepada saya bahawa ejen menjangkakan penyewa akan menghadapi kenaikan kadar dalam tempoh 12 bulan akan datang sejajar kenaikan harga rumah.
"Mereka yang membeli sekarang dapat mengelakkan diri daripada berdepan tekanan ini.
"Apabila melihat siapa yang mempunyai peluang terbesar di sini, didapati lebih satu pertiga daripada rakyat Malaysia berumur 20 hingga 39 tahun adalah penyewa.
"Itulah peratusan tertinggi penyewa daripada mana-mana kumpulan umur," katanya.
Bagaimanapun, Kashif melihat, pembeli rumah pertama adalah 'pemenang' dalam persaingan yang sengit ini.
Ini kerana menurutnya, sejak tercetusnya pandemik COVID-19 pada awal 2020, pembeli tempatan kali pertama telah meningkatkan bahagian mereka dalam pembelian pembangunan projek baharu.
"Semasa pandemik, pembeli kali pertama meningkatkan bahagian mereka daripada sekitar 30% kepada kira-kira 35% daripada transaksi projek baharu.
"Sementara itu, kedua-dua pelabur dan pembeli yang menaik taraf dari satu rumah ke rumah lain kehilangan kira-kira 1% daripada bahagian pasaran pembangunan baharu mereka," tambahnya. - DagangNews.com
Dagang News
Tue Jul 19 2022
Data terkini yang dikeluarkan Tinjauan Hartanah dan Indeks Juwai IQI Malaysia bagi suku ketiga 2022 menunjukkan pasaran hartanah kediaman di Malaysia menuju kenaikan dalam tempoh 12 bulan akan datang. -Dagang News
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Harga rumah dijangka naik 11.8% dalam tempoh 12 bulan akan datang
Kaji selidik mendapati harga rumah dan sewa akan meningkat dengan ketara dalam tempoh tersebut sekali gus merangsang peningkatan aktiviti dalam sektor hartanah.