Harga minyak pasaran Brent jatuh di bawah paras AS$50 setong, terendah sejak Mei 2009.

Penurunan itu terus dipengaruhi kebimbangan bahawa permintaan akan terus lemah serta diburukkan lagi dengan keengganan untuk memotong pengeluaran berlebihan.

Harga Brent bagi penghantaran Februari berada pada paras AS$49.99 setong pada Rabu.

Trend harga minyak menurun mendadak sepanjang minggu ini termasuk di pasaran WTI.

Harga emas hitam itu kini menjadi petunjuk pasaran saham seluruh dunia selain pertumbuhan ekonomi.

Pengeluaran berlebihan dari Amerika Syarikat serta negara OPEC menjadi faktor utama kejatuhan mendadak harga komoditi itu.

Namun penganalisis melihat tugas kini tidak hanya tergantung kepada negara OPEC, namun negara pengluaran bukan OPEC perlu memainkan peranan menampan kejatuhan harga itu.

Kali terakhir minyak didagang di bawah 50 dolar setong adalah pada 28 April 2009.