JIKA anda peminat McDonald’s, salah satu produk popular mereka adalah burger Big Mac.
Tahukah anda, burger Big Mac di Malaysia adalah 59 peratus lebih murah berbanding di Amerika Syarikat (AS)?
Jika dibaca sekali imbas, ia nyata sesuatu yang menarik namun ia juga menggambarkan bahawa ringgit telah dinilai lebih rendah sebanyak 59 peratus berbanding kadar tukaran asing semasa.
Itu dapatan kajian oleh 'Indeks Big Mac' yang dikeluarkan majalah ekonomi terkemuka The Economist.
Apa itu Indeks Big Mac?
Dalam teori ekonomi, kesamarataan kuasa membeli merupakan satu konsep di mana nilai tukaran asing akan bergerak ke arah kesaksamaan dari semasa ke semasa.
Teori ini membuktikan sekumpulan barangan, dan dalam indeks ini adalah burger Big Mac, sepatutnya mempunyai kos yang hampir sama disetiap negara.
Pemilihan burger Big Mac adalah kerana harga sekumpulan barangan biasanya berbeza di setiap negara, justeru indeks ini memilih burger Big Mac untuk melakukan perbandingan mata wang.
Ia juga kerana Mcdonald's mempunyai cawangan di 119 negara setakat Januari 2020.
Harga burger Big Mac jauh berbeza
Menurut Indeks Big Mac, harga burger Big Mac di AS pada Julai 2020 adalah AS$5.71 (RM24.3) manakala di Malaysia ia dijual pada harga AS$2.34 (RM9.99).
Jika kita kira berdasarkan harga itu, kadar tukaran asing kita sepatutnya hanya pada 1.74, berbanding kadar tukaran semasa.
Setakat pembukaan pagi Selasa, ringgit didagang pada 4.2550/2600 berbanding dolar AS.
Berdasarkan Indeks Big Mac, bukan ringgit sahaja dinilai lebih rendah, sebaliknya nilai Baht (32.7 peratus), Dolar Singapura (25.8 peratus) dan Rupiah (59 peratus).
Apa maksudnya kepada ekonomi?
Menurut Penganalisis Pasaran FXTM Han Tan, indeks itu bukanlah pengukur tepat kepada nilai ringgit kerana beberapa faktor lain memainkan peranan antaranya unjuran ekonomi dan sentimen pasaran.
Tambahnya meskipun nilai ringgit yang lemah mampu menjadi faktor positif bagi dagangan Malaysia, namun pandemik COVID-19 menjejaskan permintaan global.
“Ringgit yang lemah mampu menjadikan eksport Malaysia lebih kompetitif di peringkat global namun malangnya kita saksikan permintaan global menyusut terutama pada suku kedua tahun ini.
Ia menyusut kerana penggantungan aktiviti ekonomi di seluruh dunia susulan pandemik COVID-19. Kerana itu angka eksport empat bulan pertama Malaysia menyusut,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI.
Nilai ringgit yang rendah juga dikhuatiri membawa kepada kadar inflasi diimport yang lebih tinggi, namun bagi Han, kelemahan harga minyak mentah global menjadikan ekonomi kini berdepan deflasi.
“Apa yang kita saksikan kini adalah deflasi disebabkan harga minyak mentah yang rendah. Saya faham kebimbangan akan wujudnya inflasi diimport akibat kelemahan nilai ringgit, namun itu dijangka tidak berlaku tahun ini.
“Kita telah saksikan ringgit yang lebih stabil berbanding dolar sejak beberapa bulan ini, malah sejak beberapa minggu ini juga kita saksikan pemulihan nilai ringgit berbanding dolar namun masih sekitar 4.20,” ujarnya.
Han berkata, langkah dengan rangsangan ekonomi yang diperkenalkan kerajaan serta tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan kadar faedah, pemulihan ekonomi dijangka mampu dicapai menjelang 2021 dan sekali gus menyokong nilai ringgit yang lebih kukuh.
Najib Aroff
Tue Jul 21 2020
Menurut Indeks Big Mac, harga burger Big Mac di AS pada Julai 2020 adalah AS$5.71 (RM24.3) manakala di Malaysia ia dijual pada harga AS$2.34 (RM9.99). - Astro AWANI
Liga Super: Selangor atasi KL City 1-0, Bos Gaurus ikat Harimau Kumbang 3-3
Peluang terbaik babak pertama hadir pada minit ke-30, hasil hantaran Alvin Fortes kepada Quentin Cheng, namun gagal disempurnakan.
Kebakaran L.A : 14 maut, korban dijangka meningkat
Anggota bomba menghadapi cabaran besar dalam usaha mereka untuk mengawal kebakaran besar yang telah memusnahkan kawasan kejiranan Pacific Palisades di Los Angeles.
Pasca perang Syria: menteri luar eropah bincang mansuh sekatan Syria
Menteri-menteri luar Kesatuan Eropah (EU) akan mengadakan mesyuarat pada akhir Januari untuk membincangkan kemungkinan pemansuhan sekatan terhadap Syria.
Kekejaman Zionis: Israel guna hasil cukai Palestin bayar hutang elektrik PA
Israel merancang menggunakan hasil cukai yang dikutip bagi pihak Pihak Berkuasa Palestin (PA) untuk membayar hutang hampir 2 bilion shekel (544 juta dolar amerika) PA kepada syarikat elektrik milik kerajaan Israel, Israel Electric Co (IEC).
Israel harap rundingan bebaskan tahanan berhasil segera
Presiden Israel, Isaac Herzog, menyatakan harapan agar rundingan untuk membebaskan tahanan di Gaza dapat dimuktamadkan dalam masa terdekat.
Menerusi hantaran di X, Herzog menyifatkan situasi itu sebagai tempoh yang kritikal bagi Israel.
Menerusi hantaran di X, Herzog menyifatkan situasi itu sebagai tempoh yang kritikal bagi Israel.
Jumlah mangsa di Johor terus meningkat pagi Isnin
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor terus meningkat setakat 6 pagi Isnin.
Kekejaman zionis: Biden gesa gencatan senjata kepada Netanyahu - White House
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, mengadakan perbualan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Ahad, menurut kenyataan White House.
2 maut, bot laju berlanggar bot pelancong di perairan Balimbang,
Dua lelaki warga asing maut selepas bot laju mereka berlanggar dengan bot pelancong di perairan Balimbang. Polis siasat di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan.
Khabib Nurmagomedov dikeluarkan dari penerbangan
Pramugari mempersoalkan kesediaan Khabib Nurmagomedov membantu penumpang lain jika berlaku kecemasan di barisan keluar.
Fenomena air pasang besar luar biasa resahkan penduduk Terengganu
Air pasang besar luar biasa landa perairan Terengganu, jejas 20 keluarga. Dua pusat pemindahan dibuka bagi mangsa terkesan. Penduduk gusar akibat ombak mengganas.
Harga burger Big Mac gambarkan ringgit 59 peratus lebih rendah
Dalam teori ekonomi, kesamarataan kuasa membeli merupakan satu konsep di mana nilai tukaran asing akan bergerak ke arah kesaksamaan dari semasa ke semasa.