Namun menurut Pengarah Unit Ekonomi dan Bisnes, IDEAS, Juita Mohamad, ia bukanlah satu-satunya cara memerangi krisis kenaikan harga barang untuk tempoh jangka masa sederhana dan panjang.
"Bukan sahaja Malaysia, banyak negara mengambil langkah mengekang kenaikan harga barang dan makanan seperti pemberian subsidi.
"Subsidi dan tindakan pengawalan harga barang oleh kerajaan memerlukan peruntukan yang besar.
"Pelaksanaan kawalan harga melalui subsidi adalah sesuatu yang tidak mampan untuk jangka masa panjang lantaran ia memerlukan kos yang tinggi," katanya dalam temu bual bersama Niaga AWANI pada Khamis.
Mengulas lanjut, beliau berpandangan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) harus menyediakan garis panduan yang jelas berkait penghapusan AP itu.
Ini bagi memastikan harga barangan makanan berada pada paras yang kompetatif selain tidak membebankan pengguna serta pengeluar produk tempatan.