Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak yang pernah berkhidmat dengan Malaysia LNG Sdn. Bhd. di Bintulu, Tan Sri Hamid Bugo dilantik sebagai Pengerusi Petroleum Sarawak Berhad (Petros) yang baharu ditubuhkan.
Pejabat Ketua Menteri Sarawak dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan selain Hamid, turut dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah ialah Datuk Mohammad Medan Abdullah, Sharbini Suhaili, Zuraimi Sabki dan Heng Hock Cheng.
Malah Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg turut melahirkan keyakinannya terhadap komposisi Lembaga Pengarah Petros ini kerana mereka kesemuanya merupakan kelompok profesional dan berpengalaman luas dalam industri ini.
Mereka juga memiliki rekod cemerlang dan terbukti telah berkhidmat sebagai pemegang jawatan utama dalam industri minyak dan gas.
Pelantikan ahli lembaga ini akan memastikan Petros secara strategik bergerak di atas landasan yang betul serta beroperasi dengan model perniagaan yang baik, serta mampu mencapai matlamat yang dimaksudkan.
Objektif utama penubuhan Petros adalah untuk membolehkan Sarawak mengambil bahagian dalam pembangunan sektor huluan minyak dan gas khususnya dalam penerokaan dan pengekstrakan minyak dan gas di perairan Sarawak.
Inisiatif ini juga selaras dengan aspirasi Sarawak untuk mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik dalam kalangan bakat tempatan selain membawa kembali bakat-bakat dan tenaga pakar Sarawak yang kini sedang berkhidmat di luar negeri.
Pada masa yang sama, Petros juga boleh menjadi platform yang baik untuk mengasah lebih ramai usahawan untuk menyokong pertumbuhan dan inovasi industri bernilai tambah tinggi di negeri ini.
Petros kini sedang memilih Ketua Pegawai Eksekutifnya dan jawatan pengurusan utama lain untuk membolehkannya memulakan operasi pada suku pertama, 2018.
Rudi Affendi Khalik
Fri Aug 25 2017
Tan Sri Hamid Bugo pernah berkhidmat dengan Malaysia LNG Sdn. Bhd. di Bintulu. - Foto Bernama
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Hamid Bugo dilantik Pengerusi Petros
Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Tan Sri Hamid Bugo dilantik sebagai Pengerusi Petroleum Sarawak Berhad (Petros) yang baharu ditubuhkan.