KUALA LUMPUR: Haily Group Berhad anak syarikat milik penuhnya, Haily Construction Sdn Bhd (Haily Construction) telah menerima Surat Anugerah (LA) daripada Factor Synergy Sdn Bhd bagi projek pembinaan di Kluang, Johor dengan jumlah kontrak sebanyak RM23.7 juta.
Dalam pemfailan kepada Bursa Malaysia, Haily berkata, kontrak tersebut merangkumi pembinaan 66 unit rumah teres dua tingkat, 1 unit rumah pengawal,1 unit sub-stesen Tenaga Nasional Berhad (TNB), 1 unit pintu masuk ke projek dan kerja-kerja infrastruktur untuk melaksanakan Fasa 2 projek.
"Kerja-kerja bagi keseluruhan projek hendaklah bermula pada tarikh mula pada 1 November 2021 dan hendaklah disiapkan tidak lewat daripada tarikh siap pada 30 April 2023.
"Tempoh penyiapan kerja-kerja tersebut ialah 18 bulan dari tarikh mula," katanya di sini pada Jumaat.
Sebelum ini Haily Group Bhd melaporkan telah memperoleh kontrak bernilai RM24.5 juta daripada Meridin East Sdn Bhd untuk pembinaan dan penyiapan projek kediaman teres di Plentong, Johor Bahru.
Pengarah Eksekutifnya, See Tin Hai berkata keupayaan syarikat untuk mendapatkan kontrak baharu secara konsisten adalah bukti rekod prestasinya yang terbukti dalam kerja pembinaan berkualiti dan penyampaian projek.
"Walaupun tahun lalu mencabar bagi kebanyakan industri pembinaan, Haily kelihatan berada dalam keadaan baik untuk pertumbuhan selanjutnya," katanya.
Artikel asal di DagangNews
Dagang News
Sat Nov 06 2021

Walaupun tahun lalu mencabar bagi kebanyakan industri pembinaan, Haily kelihatan berada dalam keadaan baik untuk pertumbuhan selanjutnya. - Foto DagangNews

Umat Islam perlu utamakan perpaduan ummah - Raja Muda Perlis
Baginda bertitah umat Islam tidak boleh membiarkan sebarang perbezaan kecil menjadi punca persengketaan sebaliknya perlu mengutamakan nilai persaudaraan dan kasih sayang.

KPN cadang Modul Pendidikan Rukun Negara diperluas ke semua tadika
Modul itu antara tiga modul khusus yang dibangunkan dan diajar di Tabika Perpaduan ketika ini.

PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
nwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

Aaron-Wooi Yik perkemas corak permainan agresif
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mahu kembali memperkemas corak permainan agresif yang pernah menjadi 'senjata' kemenangan mereka dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

Impian berkecai, wang lesap: Jurukimpal Malaysia ditipu sindiket pekerjaan di Kemboja
Warga Malaysia berusia 24 tahun dari Kuala Lumpur itu sebaliknya terperdaya untuk bekerja di Siem Reap.

Sarawak teroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa - Abang Johari
Sarawak sedang meneroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pengeluaran komponen aeroangkasa bernilai tinggi.

Menteri UK letak jawatan kerana peruntukan bantuan dikurangkan
Menteri Pembangunan Antarabangsa Britain meletak jawatan berikutan pengumuman kerajaan untuk memotong peruntukan bantuan bagi membiayai peningkatan perbelanjaan bidang pertahanan.
Tumpuan Sabtu – 1 Mac 2025
10 Berita Pilihan - (28 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Persiapan sambutan bulan Ramadan
Ikuti temubual wartawan Astro AWANI, Syaff Shukri bersama Ketua Naqib / Ketua Imam Masjid At Taqwa TTDI, Ahmad Fakhruddin Mohd Tahir berkenaan dengan persiapan sambutan bulan Ramadan.

Haily raih kontrak RM41.28 juta bina vila, resort eksklusif di Iskandar Puteri
Pembinaan merangkumi Fasa 1 Pembangunan Strata Resort Pelancongan yang terletak di Aurora Sentral, Pulai, Johor.

Haily Group terima Surat Anugerah bernilai RM23.7 juta bagi projek pembinaan di Johor
Sebelum ini, ia telah memperoleh kontrak bernilai RM24.5 juta untuk pembinaan dan penyiapan projek kediaman teres di Plentong.