Peserta berusia 15 tahun menjadi peserta termuda menyertai program Hackathon Angelhack Kuala Lumpur tajaan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) tahun ini.
Penyertaan tersebut juga sejajar dengan tema "Anyone Can Code" yang telah berlangsung pada 4 dan 5 Jun lalu.
Bagi program memasuki tahun keempat ini, peserta perlu membangunkan aplikasi baharu secara berkumpulan dalam tempoh dua hari.
Ia bertemakan Gaya Hidup Pintar, Dagangan O2O (Online to Offline) dan Analisa Big Data.
Menurut Duta Angelhack Kuala Lumpur, Heislyc Loh, tujuan program Hackaton diadakan adalah bagi mencungkil bakat muda dalam industri teknologi digital.
“Di sini kami mencabar peserta dengan permasalahan yang telah wujud dalam komuniti kita yang mana ia akan membawa kepada lebih banyak idea yang berpotensi untuk menjadi sebuah perniagaan,” katanya kepada Astro AWANI.
Dalam masa yang sama, Pengarah Modal Inovasi MDEC, Ir Dr Karl Ng berkata kerjasama ini, dalam masa yang sama, dapat menarik minat pemain industri ke atas rekaan yang telah dihasilkan nanti.
“Hackaton secara asasnya adalah cara untuk mendapatkan seberapa ramai koder untuk bekerjasama dalam ruang digital dan bekerja untuk komuniti.
“Dalam masa yang sama usahawan akan lebih teruja melihat prospek inovasi digital yang direka, penyelesaian yang dicipta dan aplikasi perkhidmatan yang berguna untuk perniagaan, rakyat mahupun kerajaan,” jelasnya.
Sementara itu rata-rata peserta yang hadir melihat kesempatan menyertai Hackaton adalah satu peluang untuk membuktikan kebolehan mereka setanding dengan golongan profesional.
Seramai 370 peserta menyertai program Hackaton Angelhack Kuala Lumpur.
Empat peserta dari Universiti Asia Pasifik (APU) dinobatkan sebagai juara menerusi rekaan inovasi digital aplikasi dan web yang bertajuk 'Kraud’.
Mereka akan mewakili Malaysia ke Hari Demo Global Tahunan di Silicon Valley San Fransisco, Amerika Syarikat.
Azyyati Ahmad
Mon Jun 06 2016

Empat peserta dari Universiti Asia Pasifik (APU) dinobatkan sebagai juara menerusi rekaan inovasi digital aplikasi dan web yang bertajuk 'Kraud. - Foto Angelhack
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Hackerton Angelhack KL cungkil bakat muda dalam inovasi digital
Peserta berusia 15 tahun menjadi peserta termuda menyertai program Hackathon Angelhack Kuala Lumpur tajaan MDEC.