Apabila kita dengar perkataan 'hackers' ataupun penggodam, sudah pasti kita bayangkan perkara yang negatif atau orang jahat.
Ketika perbuatan menggodam menyebabkan kesusahan kepada pengguna telefon pintar, komputer, stesen janakuasa ataupun kenderaan, ada kebaikan terhadap penemuan kelemahan pada sistem komputer yang dibongkar penggodam.
Penemuan kelemahan tersebut oleh penggodam mahupun pakar keselamatan komputer membantu pihak tertentu untuk memastikan sebuah perisian atau aplikasi dibina dengan lebih baik.
Terdapat pelbagai jenis penggodam dalam dunia ini dan perkara ini dijelaskan pakar keselamatan siber yang juga ketua bagi Open Web Application Security Project (OWASP) Malaysia Chapter, Mohd Fazli Azran.
Menurut Fazli, penggodam dalam maksudnya memang 'jahat' kerana terjemahan sebenar kepada bahasa Inggeris adalah 'Cracker'.
Menurut Fazli ada tujuh jenis hacker atau penggodam, termasuk programmer (pengatur cara), pembangun, administrator (pentadbir) dan jurutera.
Jenis penggodam berdasarkan penjelasan Fazli adalah:
1. Pakar Keselamatan - Mereka adalah pengamal keselamatan (security practitioner) yang membuat segala peraturan dan kod etika mengenai polisi, ISO, audit, dasar ICT dan yang berkaitan dengan keselamatan IT.
2. Profesional - Mereka ini dalam golongan pakar perunding, pereka (designer) atau arkitek dalam pembentukan sesuatu sistem, perisian dan rangkaian (network).
3. Pengatur cara/Pembangun - Mereka ini dalam golongan pereka cipta kod untuk sesuatu sistem, aplikasi dan perisian.
4. Hobbyist - Mereka ini terdiri dalam golongan yang suka membuat sistem secara suka-suka atau lebih tepat ialah sukarela. Mereka ini boleh bertukar menjadi baik membantu membentuk sesuatu sistem atau menjadi nakal dengan menganggu sistem yang sedia ada atau merosakkannya.
5. Script Kiddies - Mereka ini dalam golongan yang suka menggunakan sistem atau perisian orang lain dan menggunakannya untuk aktiviti nakal dengan menggodam laman web atau sistem.
6. Elit - Mereka ini dalam golongan pergerakan bawah tanah (underground) yang suka mengganggu atau merosakkan sesuatu sistem atau aplikasi untuk mengaut keuntungan dan bermotifkan politik, peribadi atau bisnes.
7. Newbies/Noob - Mereka ini golongan yang baharu hendak bermula dan mempunyai minat untuk belajar dalam aktiviti pengaturcaraan, perangkaian dan penskripan kod.
Hacker vs Cracker
Hacker - Mempunyai kepakaran untuk tujuan baik seperti pembangunan sistem, aplikasi, jaringan dan perisian.
Cracker - Mempunyai kepakaran untuk tujuan jahat untuk merosakkan sistem, aplikasi, jaringan dan perisian.
Kini penggunaan istilah 'Cracker' kurang mendapat tempat dihati wartawan ataupun media.
Jadi penggunaan 'hacker' lebih afdal dan popular dikalangan media sehingga istilah 'hacker' menjadi ikutan sebagai satu ikon yang popular bagi penggodam seluruh dunia.
Ulasan BBC ada menyatakan, penggodam sebenarnya kawan bukan lawan kerana memastikan perisian atau aplikasi pengguna selamat daripada kumpulan penjenayah siber.
Ujian kelemahan pada perisian atau aplikasi membolehkan sistem pertahanan diperkukuhkan daripada serangan penjenayah siber yang mahu mencuri data peribadi selain memeras ugut dengan mengunci data milik orang lain.
OWASP adalah organisasi amal global yang memberi tumpuan kepada meningkatkan keselamatan perisian dan beroperasi bukan untuk keuntungan.
Ian Johan Ariff
Fri Aug 07 2015
![Hackers - jahat atau baik? Hackers - jahat atau baik?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/71438925909_hacker.jpg)
Penggunaan hacker ataupun penggodam lebih popular digunakan media di seluruh dunia untuk semua jenis penjenayah siber.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Hackers - jahat atau baik? Hackers - jahat atau baik?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/71438925909_hacker.jpg)
Hackers - jahat atau baik?
Hacker atau Cracker? Mana satu lawan mana satu kawan?