KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menyifatkan Hab Data dan Perkhidmatan Mastercard yang dilancarkan hari ini di ibu negara sebagai peluang baik untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam landskap ekonomi digital rantau ini.
Beliau berkata Malaysia kini menarik banyak syarikat global besar untuk menubuhkan pusat data mereka di negara ini, seiring dengan komitmen kerajaan untuk jadikan Malaysia sebagai peneraju dalam ekonomi digital.
"Saya melancarkan Hab Data dan Perkhidmatan Mastercard yang baharu di Malaysia untuk rantau Asia Pasifik," katanya dalam catatan di Facebooknya, hari ini.
Sementara itu, Mastercard dalam satu kenyataan berkata Hab Data dan Perkhidmatan Mastercard di Malaysia yang akan memberikan khidmat kepada pelanggan di seluruh rantau Asia Pasifik dengan menawarkan perkhidmatan melangkaui transaksi, juga akan memupuk barisan bakat-bakat merentasi keupayaan tertentu yang menumpukan kepada sains data, pembangunan produk dan rundingan pembayaran.
Syarikat penyelesaian teknologi pembayaran global itu berkata hab di Kuala Lumpur itu akan menyokong organisasi itu dalam memberikan penyelesaian kepada rakan kongsi dalam isu keselamatan siber, risiko kredit, dan analitik data untuk membantu pelanggan tempatan dan mereka di seluruh rantau ini dalam mengukur dan membolehkan potensi perniagaan mereka.
Pengurus Cawangan Malaysia dan Brunei Mastercard Beena Pothen berkata mempunyai sebuah Hab Data dan Perkhidmatan Mastercard di Malaysia mengukuhkan komitmen Mastercard untuk menyumbang kepada cita-cita negara ini muncul sebagai sebuah ekonomi digital dan membantu barisan bakat-bakat tempatan kerana Malaysia menyediakan sebuah latar belakang cemerlang dalam bentuk infrastruktur, teknologi dan insan.
"Ekonomi digital ialah satu penyumbang utama kepada pertumbuhan di Malaysia dan dijangka mewakili satu perempat daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) menjelang 2025, bermakna terdapat keperluan jelas membina keupayaan digital, memupuk bakat dan melabur dalam peningkatan kemahiran untuk menyokong pertumbuhan jangka panjang," katanya.
Pelancaran Hab Data dan Perkhidmatan Mastercard dilaksanakan berikutan pengumuman satu perkongsian antara Mastercard dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk membina sebuah Hab Inovasi Siber.
Menggunakan kepakaran Mastercard dalam keselamatan siber di samping infrastruktur pendidikan UTM, kemudahan baharu itu akan menawarkan kursus dan latihan kemahiran dalam bidang berkaitan keselamatan siber kepada pelajar dan profesional di pertengahan kerjaya, menyasarkan untuk membina tenaga kerja sedia-siber dan mengukuhkan ketahanan digital negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 09 2023

Fahmi Fadzil menyifatkan Hab Data dan Perkhidmatan Mastercard yang dilancarkan hari ini di ibu negara sebagai peluang baik untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam landskap ekonomi digital rantau ini. - Foto FB Fahmi Fadzil
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Hab Data dan Perkhidmatan Mastercard, kukuhkan kedudukan negara dalam ekonomi digital
Ia sebagai peluang baik untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam landskap ekonomi digital rantau ini.