KUALA LUMPUR: Grab Malaysia menggariskan enam langkah menerusi GrabProtect demi menjamin keselamatan dan pergerakan pengguna dan rakan perkidmatan semasa berurusan.
Enam langkah itu termasuk borang isytihar kesihatan yang memerlukan rakan pemandu dan penghantar selain penumpang mengisytiharkan tahap kesihatan masing-masing sebelum memulakan pemanduan, menghantar pesanan atau menempah kenderaan.
Rakan pemandu dan penghantar makanan wajib memakai pelitup muka setiap kali menggunakan platform Grab dan syarat sama dikenakan kepada penumpang sekiranya dan tempahan boleh dibatalkan sekiranya mana-mana pihak tidak mengenakan pelitup muka.
Pihak Grab juga memastikan rakan pemandu dan penghantar makan dilengkapi dengan kit kebersihan bagi melindungi kenderaan serta beg penghantaran masing-masing. Syarikat juga menyediakan subsidi bagi perkhidmatan nyah kuman (disinfection) terhadap kereta dan beg penghantaran.
Dalam usaha memastikan keselamatan rakan pemandu dan penumpang, Grab menggunakan pelbagai isyarat untuk mengesan sebarang masalah ketika berlaku sesuatu perjalanan termasuk GPS, keadaan trafik dan risikan peta.
Pihak Grab juga menyediakan perkhidmatan bantuan kecemasan sepanjang tahun menerusi butang kecemasan. Penumpang boleh menambah nombor perhubungan kecemasan pada ikon tetapan yang akan dihubungkan secara automatik sebagai butang kecemasan.
Kongsi Perjalanan Saya (Share My Ride) merupakan salah satu ciri untuk berkongsi perjalanan dengan orang tersayang melalui satu pautan dan butiran tersebut dapat dikesan di laman web.
Hanya rakan pemandu dan penumpang dengan Risiko Rendah (Low Risk) dan Kontak Kasual Tidak Bergejala (Casual Contact No Symptom) yang tertera pada status risiko MySejahtera COVID-19 layak menggunakan perkhidmatan e-hailing Grab.
“Warga Malaysia kini kembali kepada rutin harian masing-masing dan kami melihat lebih ramai telah keluar rumah dan turut menempah pengangkutan secara lebih kerap.
"Platform kami yang menyedia kemudahan dan pilihan pengangkutan yang selamat kini turut dilengkapi dengan polisi GrabProtect sebagai usaha melindung kesihatan dan keselamatan para pengguna.
"Kami berharap langkah ini dapat memberikan ketenangan minda kepada komuniti dan orang ramai ketika mereka melazimi norma baharu ini, manakala rakan pemandu dapat menjalankan tugas demi mencari punca pendapatan secara tenang menerusi platform kami,” kata Ketua Operasi Grab Malaysia, Rashid Shukor.
Sebagai tambahan kepada langkah siap siaga kesihatan dan keselamatan ini, GrabInsure mengadakan kerjasama dengan Chubb untuk menawarkan secara percuma dengan liputan sehingga RM7,800 bagi penduduk Malaysia (manfaat termasuk untuk pemandu dan rakan penghantar).
Artikel asal di DagangNews
Dagang News
Sat Nov 06 2021
Dalam usaha memastikan keselamatan rakan pemandu dan penumpang, Grab menggunakan pelbagai isyarat untuk mengesan sebarang masalah ketika berlaku sesuatu perjalanan. - Foto DagangNews
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Grab perkenal 6 langkah keselamatan rakan perkhidmatan, pengguna menerusi GrabProtect
Rakan pemandu dan penghantar perlu isytihar tahap kesihatan sebelum memulakan pemanduan, menghantar pesanan.
Menteri Pengangkutan sambut baik SOP ketat Grab
Pada Jun lalu, Grab melancarkan dasar keselamatan ketat bagi mengurang risiko jangkitan COVID-19.