Go Shop saluran 118 kini membawa nama baharu, Ruuma yang memberi tumpuan barangan kelengkapan rumah seperti perabot, aksesori rumah, peralatan dapur dan alat memasak.
Sementara, Go Shop saluran 120 membawa nama Gaaya pula menawarkan produk kecantikan dan gaya hidup, keperluan perjalanan, peranti digital dan trend fesyen terkini.
Ruuma mempamerkan jenama popular seperti Corelle, La Gourmet, Shogun, Khind dan Haier. Manakala gaaya menampilkan jenama seperti Simplysiti, Siti Khadijah, Christy Ng dan Leanen.
Sempena pelancaran baharu ini, Go Shop turut mengadakan Ruuma & Gaaya Fair yang menawarkan promosi dan hadiah eksklusif dari 1 Februari hingga 29 Februari.