KOTA KINABALU: Pusat Sehenti Usahawan Global (GLOPEC) di bawah Yayasan Sabah bakal melancarkan promosi `Taste of Sabah’ di London pada 12 Mei depan, yang mengenengahkan produk perusahaan kecil dan sederhana negeri di bawah bayu ini.
Pengarah GLOPEC, Azmi Aziz berkata, pameran tersebut membabitkan demonstrasi dan merasa makanan untuk usahawan GLOPEC telah berlangsung di Kensington, United Kingdom, sejak Disember tahun lalu hingga Mac lepas.
Menurut beliau, GLOPEC berperanan membantu mempercepatkan proses pemasaran di luar negara menerusi lantikan rakan-rakan strategik antarabangsa.
‘’Selain UK, kami juga menyasarkan pasaran Perancis, Jerman, Belanda, China, Taiwan, Hong Kong, Macau, Indonesia dan Thailand untuk produk-produk PKS Sabah.
‘’Pada masa ini, produk-produk PKS Sabah yang dieksport ke UK dan negara China terdiri daripada hasil pertanian, minuman, barangan batik dan kraf serta kosmetik,’’ katanya kepada DagangNews.com di sini.
Azmi berkata, pihaknya juga telah berjaya mendapatkan pasaran baharu di Timur Tengah apabila Surat Hasrat ditandatangani antara GLOPEC dan Alfa Mart di Ekspo Dubai pada 23 Disember 2021.
GLOPEC merupakan usaha berterusan Yayasan Sabah dengan kerjasama Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) bagi merancakkan lagi usaha memperkasakan usahawan PKS Sabah, serta membuka pasaran global.
Menurutnya, beberapa kriteria dan syarat perlu dipenuhi untuk melayakkan PKS Sabah menyertai program GLOPEC.
Pengeluar-pengeluar bumiputera perlu mempunyai syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), mempunyai premis atau kilang yang ada keupayaan untuk menghasilkan barangan sepanjang tahun, Amalan Pengilangan Yang baik (GMP), Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) dan lain-lain lagi.
‘’Program GLOPEC ini memberikan peluang kepada usahawan bumiputera Sabah untuk meningkatkan lagi prestasi dan daya saing mereka agar lebih berinovatif dalam bidang perusahaan,’’ katanya.
Azmi berkata, PKS Sabah diingatkan mengenai pentingnya peranan pemasaran yang strategik, penjenamaan produk-produk keluaran Sabah yang berkesan dan merancang dengan membentuk satu promosi produk yang unik untuk menarik pelanggan-pelanggan yang disasarkan.
‘'Saya memerhatikan bahawa sebahagian daripada usahawan PKS Sabah tidak memberi perhatian yang terperinci kepada tujuh prinsip pemasaran.'
'Tujuh prinsip yang saya maksudkan ialah produk, harga, promosi, tempat, pembungkusan, kedudukan dan pelanggan.
‘’Memandangkan produk, pasaran, pelanggan dan keperluan sentiasa berubah mengikut trend semasa, usahawan mesti mengambil inisiatif mengkaji semula tujuh prinsip tersebut untuk memastikan perniagaan mereka berada di landasan yang betul dan boleh mencapai hasil maksimum dan membolehkan PKS Sabah bertanding di pasaran global,'’ kata Azmi. – DagangNews.com
Dagang News
Wed Apr 20 2022
Majlis penghantaran pertama produk IKS GLOPEC untuk dieksport ke United Kingdom, baru-baru ini. -Dagang News
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
GLOPEC lancar Taste of Sabah' di London 12 Mei ini
GLOPEC berperanan membantu mempercepatkan proses pemasaran di luar negara menerusi lantikan rakan-rakan strategik antarabangsa.