KUALA LUMPUR: George Kent (Malaysia) Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM31.26 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2022 (Tahun Kewangan 2022) atas sokongan hasil RM355.22 juta.
Pada tahun kewangan sebelumnya, kumpulan itu telah menukarkan akhir tahun kewangannya daripada 31 Jan kepada 31 Mac.
Berikutan perubahan itu, prestasi suku yang berakhir pada 31 Mac, 2022, yang menjadi suku keempat Tahun Kewangan 2022, tidak dapat dibandingkan dengan suku keempat tahun kewangan sebelumnya, kata syarikat tersebut dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Selasa.
George Kent berkata hasil kumpulan bagi bahagian pemeteran terus mencatatkan keputusan kukuh sebanyak RM55.4 juta bagi suku tersebut dengan hasil kumulatif RM152.7 juta.
Ia berkata nilai perolehan kontrak kumpulan itu bagi meter airnya juga kekal kukuh dengan tempahan bernilai RM78 juta.
Bahagian kejuruteraan kumpulan mencatatkan hasil sebanyak RM64.2 juta dengan keuntungan segmen bagi suku tersebut berjumlah RM16.8 juta.
Sementara itu bagi memberi ganjaran kepada pemegang sahamnya, lembaga pengarah mengisytiharkan dividen interim kedua 1.5 sen sesaham bagi Tahun Kewangan 2022.
Dividen akan dibayar pada 7 Julai, 2022, kepada pemegang saham yang namanya tertera dalam rekod pendeposit syarikat setakat 16 Jun, 2022.
Pada masa hadapan kumpulan itu berkata ia akan terus mencari lebih banyak tender projek pada 2022, di dalam dan luar negara selain meneroka peluang perniagaan lain termasuk pengambilalihan perniagaan yang melengkapkan kumpulan.
Mengulas mengenai prestasi dan prospek kumpulan, pengerusinya Tan Sri Tan Kay Hock berkata Tahun Kewangan 2022 mencatatkan keputusan memberangsangkan meskipun persekitaran mencabar yang disebabkan oleh pandemik COVID-19, tekanan inflasi daripada harga input yang tinggi dan ketidaktentuan akibat daripada konflik Rusia-Ukraine.
Beliau berkata kedua-dua bahagian pemeteran dan kejuruteraan mencatatkan prestasi baik untuk mencapai keputusan akhir tahun yang kukuh.
Tan juga berkata kumpulan itu menjangka bahagian pemeteran akan kekal kukuh dan meneruskan momentum pertumbuhannya yang padu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 01 2022

George Kent (Malaysia) Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM31.26 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2022 (Tahun Kewangan 2022) atas sokongan hasil RM355.22 juta.

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.

George Kent catat untung bersih RM31.26 juta, hasil RM355.22 juta bagi FY2022
Pada tahun kewangan sebelumnya, kumpulan itu telah menukarkan akhir tahun kewangannya daripada 31 Jan kepada 31 Mac.

George Kent terima tawaran tunai RM53 juta daripada MRCB bagi pegangan dalam usaha sama
George Kent menerima tawaran tunai daripada MRCB untuk menjual lima juta saham biasanya dalam MRCB George Kent Sdn Bhd.

Pertikaian dengan George Kent bagi projek LRT3, MRCB dapat penyelesaian RM2.3 juta
Pertikaian itu berpunca daripada pilihan mendapatkan pembiayaan untuk MRCB George, yang ditubuhkan untuk melaksanakan projek pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT3).

LRT3 akan diteruskan, telan belanja RM16.6 bilion
Pelaksanaan projek itu akan dimodelkan semula daripada Rakan Kongsi Penyampaian Projek (PDP) kepada rejim kontrak harga tetap.