KUALA LUMPUR: Funding Societies Malaysia, platform pembiayaan digital perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara bersama-sama Foodpanda, peneraju platform penghantaran atas talian, menjalinkan usaha sama strategik untuk menawarkan penyelesaian pembiayaan digital jangka pendek bagi rakan niaga dalam rangkaian Foodpanda.
Usaha sama tersebut yang berjaya menyalurkan RM1 juta secara keseluruhan telah membolehkan pengusaha perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan mendapat lebih akses kepada peluang pembiayaan perniagaan.
Ia bagi memudahkan keperluan operasi perniagaan, memperluaskan perniagaan, di samping memastikan kelangsungan PMKS terutama dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu kesan pandemik COVID-19 ketika ini.
Sebanyak 20,000 hingga 30,000 rakan niaga dari pelbagai segmen di dalam rangkaian Foodpanda dijangka akan menerima manfaat daripada penyelesaian pembiayaan bersesuaian yang ditawarkan oleh Funding Societies.
Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Funding Societies Malaysia, Wong Kah Meng berkata, pihaknya didorong oleh tujuan bersama Foodpanda untuk memberi lebih sokongan kepada sektor PMKS yang pastinya paling terkesan dalam menghadapi cabaran ekonomi yang berpanjangan ini.
"Menerusi kerjasama ini, rakan niaga dalam rangkaian luas mereka akan memperoleh penyelesaian pembiayaan jangka pendek, tanpa cagaran, dengan manfaat tambahan iaitu pengalaman aplikasi penuh atas talian yang serba pantas dan lancar.
"Malah, jumlah pembiayaan RM1 juta yang telah berjaya dicapai sehingga kini khusus menerusi usahasama ini adalah bukti keyakinan PMKS terhadap pembiayaan digital sebagai pilihan pembiayaan berdaya maju, seterusnya mengukuhkan lagi komitmen kami dalam berkhidmat untuk perniagaan yang dicicir (underserved) dan tidak dibantu (unserved) dari semua segmen," katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Pengarah Urusan Foodpanda, Sayantan Das berkata, pihaknya ingin memastikan Foodpanda dapat menyediakan peluang pembiayaan kepada rakan niaga.
“Seluruh negara telah mengalami waktu yang sukar sepanjang tahun lepas. Kami ingin memastikan bahawa kami dapat menyediakan peluang pembiayaan kepada rakan niaga bagi membolehkan mereka untuk meneruskan kelangsungan perniagaan di sebalik cabaran yang dihadapi.
"Usahasama yang dimeterai bersama Funding Societies ini membolehkan kami menawarkan bantuan pembiayaan yang amat diperlukan oleh rakan niaga kami. Maklum balas yang kami terima daripada rakan niaga kami setakat hari ini juga adalah amat positif, dan kami gembira kerana dapat menjadi sebahagian dari kejayaan perniagaan mereka,” katanya.
Cabaran utama yang dihadapi pengusaha kecil makanan dan minuman sepanjang pandemik COVID-19 ini adalah untuk memastikan perniagaan masih dapat diteruskan.
"Pembiayaan ini membantu saya untuk menampung kos-kos seperti stok harian, sewa bulanan dan bil utiliti sepanjang pandemik.
"Di waktu sebegini, di mana perniagaan dan strategi pemasaran kami terjejas teruk, saya percaya inisiatif seperti ini berupaya membantu saya dan ramai pengusaha lain yang bertungkus-lumus untuk memastikan kelangsungan perniagaan,” kata Abdul Rahman dari Al-Raudah Arabian Food.
Manakala Saiful dari Dapur Seri Buluh berkata, inisiatif dari Foodpanda Malaysia dan Funding Societies ini membolehkan dia mendapatkan modal pusingan secara harian dan bulanan sepanjang tempoh yang sukar ini.
"Dalam keadaan pandemik sekarang, amat sukar bagi saya untuk mendapatkan aliran tunai harian, namun dengan adanya inisiatif seperti ini, peluang untuk kami meneruskan perniagaan dan menyimpan lebihan tunai bagi persediaan sekiranya situasi bertambah teruk kini lebih tinggi," katanya.
Pembiayaan digital kini menjadi semakin popular di Malaysia disebabkan manfaatnya dalam memberikan keterangkuman kewangan, khususnya untuk PMKS yang sering tercicir atau tidak dibantu oleh medium pembiayaan tradisional.
Pembiayaan digital bertujuan mengatasi isu-isu lazim dalam proses permohonan sistem kewangan tradisional seperti keperluan cagaran, dokumentasi yang rumit serta tempoh pemprosesan yang lama, seterusnya membolehkan PMKS untuk mendapatkan pembiayaan secara pantas untuk tujuan mengembangkan perniagaan.
Satu kelebihan unik usahasama ini adalah pra-kelulusan pembiayaan yang ditawarkan oleh Funding Societies, dengan menggunakan maklumat dari pangkalan data PMKS di Foodpanda seperti transaksi jualan rakan niaga dalam penilaian kredit mereka.
Kenyataan Media
Fri May 28 2021
Sebanyak 20,000 hingga 30,000 rakan niaga dari pelbagai segmen di dalam rangkaian Foodpanda dijangka akan menerima manfaat daripada penyelesaian pembiayaan bersesuaian yang ditawarkan. - Foto Funding Societies
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Tiga beranak maut kemalangan di Setiu baru pulang majlis konvokesyen anak bongsu
Tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Setiu, Terengganu awal pagi tadi, dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kelantan selepas menghadiri majlis konvokesyen anak.
Syarat tambahan lesen memandu kepada warga emas? Kerajaan tidak akan terburu-buru - Anthony
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, didorong oleh momentum meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
174 individu ditahan disyaki terlibat aktiviti pelacuran di Johor
Polis menahan 174 individu termasuk 162 warga asing dalam 16 serbuan menerusi Op Noda yang dijalankan di beberapa kawasan di negeri ini bermula 16 Nov lepas hingga hari ini.
Kerajaan tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
DUN Kelantan sebulat suara lulus Belanjawan negeri 2025
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini sebulat suara meluluskan Belanjawan 2025 yang dibentangkan Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Funding Societies, Foodpanda sedia pembiayaan digital, bantu PMKS tempatan
Sebanyak 20,000 hingga 30,000 rakan niaga dari pelbagai segmen di dalam rangkaian Foodpanda dijangka akan menerima manfaat daripada penyelesaian pembiayaan bersesuaian yang ditawarkan.