Lembaga Profesional Perkhidmatan Kewangan (FSPB) menyasarkan untuk membantu menggalakkan budaya profesionalisme dalam kalangan institusi kewangan, kata Pengerusinya, Tan Sri Dr Mohd Munir Abdul Majid.
Jelasnya, usaha itu akan dilakukan menerusi piawaian lembaga itu - Kod Etika dan Kod Tatakelakuan FSPB yang secara bersama membentuk satu kod profesional bagi industri berkenaan.
Malah, beliau turut menyifatkan kod-kod berkenaan akan memainkan peranan penting bagi menangani kebimbangan yang dibangkitkan oleh kalangan penggiat industri.
"Menerusi kerjasama erat dengan pihak industri dalam usaha membantu mereka melaksanakannya, FSPB juga dapat mempertingkatkan profilnya, menjelaskan pendekatan yang lebih kepada menasihat serta menerangkan aspek rasional dan mekanik penerimaan piawaian itu secara sukarela
"Jika perlu, FSPB juga mungkin menimbang untuk bekerjasama dengan institusi secara individu bagi mengatasi cabaran tertentu mereka bagi melaksanakan kod berkenaan," katanya.
Kod etika FSPB itu menggariskan lima prinsip asas yang perlu dipatuhi institusi dan individu dalam industri perkhidmatan kewangan.
Lima prinsip itu adalah kecekapan, integriti, keadilan, kerahsiaan dan objektiviti bagi meningkatkan tahap profesionalisme dan etika yang dalam segenap industri itu bagi menyemai, mengekalkan dan mempertingkat kepercayaan dan keyakinan orang awam terhadap sektor berkenaan.
Sementara itu, Institut Kewangan Asia selaku peranannya sebagai sekretariat FSPB, turut menerbitkan satu laporan penyelidikan terbaru bertajuk ''Earning the Trust: Ethical Standards and Practices in the Malaysian Financial Services Industry.''
Ia antara lainnya memaparkan hasil tinjauan kalangan pengamal perkhidmatan kewangan Malaysia bagi mendapatkan maklumat mengenai tahap etika industri serta menilai tahap kesedaran, penerimaan dan pelaksanaan Kod Etika FSPB membabitkan individu dan pertubuhan berkaitan.
Kajian itu juga antara lainnya mendedahkan bahawa 40 peratus responden ternyata bimbangkan kesan akibat melaporkan tingkah laku yang tidak beretika.
Malah, majoriti bersetuju bahawa usaha pelaksanaan kod FSPB itu akan memberi manfaat kepada industri bagi meningkatkan tahap profesional serta mewujudkan budaya lebih beretika. -- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 24 2017
MOHD MUNIR: Jika perlu, FSPB juga mungkin menimbang untuk bekerjasama dengan institusi secara individu bagi mengatasi cabaran tertentu mereka bagi melaksanakan kod berkenaan. - Gambar fail
Projek pembinaan MRT3 hanya akan bermula pada 2027 - CEO MRT
Pembinaan di tapak projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) hanya dijangka bermula pada 2027 iaitu setelah Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) menyelesaikan proses pemerolehan tanah.
Masa makin suntuk untuk capai persetujuan
Masa makin suntuk buat pihak yang berunding di Persidangan Perubahan Iklim (COP29) di Baku untuk mencapai persetujuan khususnya berkaitan dengan pendanaan iklim.
Tapi bagaimana Malaysia dapat memimpin tindakan iklim di pentas dunia dengan kepengerusian ASEAN 2025.
Tapi bagaimana Malaysia dapat memimpin tindakan iklim di pentas dunia dengan kepengerusian ASEAN 2025.
Agenda AWANI: Kad Laporan 2024: Apa Menteri Perpaduan buat?
Ikuti perkongsian YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara mengenai fokus dan prestasi Kementerian Perpaduan Negara sepanjang 2024 serta inisiatif pemerkasaan kawasan rukun tetangga dalam Agenda AWANI 9 malam ini.
Selangor dijangka muktamadkan penggunaan Akta 672 selewatnya awal 2025
Kerajaan Selangor menjangka memuktamadkan keputusan mengguna pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) pada akhir tahun ini atau awal 2025.
AWANI Ringkas: Majlis Agama Islam Johor laksana pemulihan akidah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM1.887 bilion
Kerajaan Negeri Terengganu hari ini membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM1.887 bilion yang diperuntukkan untuk Perbelanjaan Mengurus.
#AWANIRingkas 18 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 November 2024
1️⃣ Majlis Agama Islam Johor laksana pemulihan akidah
2️⃣ Fokus aspek reformasi pembentukan bakat
3️⃣ Malaysia terajui pernyataan bersama ASEAN
#awaniringkas
1️⃣ Majlis Agama Islam Johor laksana pemulihan akidah
2️⃣ Fokus aspek reformasi pembentukan bakat
3️⃣ Malaysia terajui pernyataan bersama ASEAN
#awaniringkas
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir tahniah kepada Siti Nurhaliza
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan tahniah kepada penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin.
Agenda AWANI: COP29 | Panel Saintis Jaguh Isu perubahan Iklim
Bagaimana gabungan saintis dunia yang mewakili Borneo, Amazon dan Congo cuba mencari cara dan solusi terbaik dalam menangani isu perubahan iklim selain mencapai matlamat SDGs? Diskusi #AgendaAWANI di #COP29 Baku, Azerbaijan jam 830 mlm ini di @501Awani
MOT sedia teliti keperluan baik pulih jajaran perkhidmatan kereta api di Pantai Timur
Kementerian Pengangkutan (MOT) bersedia untuk meneliti keperluan membaik pulih dan kebolehlaksanaan jajaran perkhidmatan kereta api di pintu masuk utama Pantai Timur di Rantau Panjang-Pekan Golok.
FSPB mahu bantu pertingkat budaya profesionalisme institusi kewangan
Jelasnya, usaha itu akan dilakukan menerusi piawaian lembaga itu - Kod Etika dan Kod Tatakelakuan FSPB yang secara bersama membentuk satu kod profesional bagi industri berkenaan.