KUALA LUMPUR: Kesihatan digital perlu menjadi pemacu utama dalam merevolusi sistem penyampaian penjagaan kesihatan di seluruh rantau ini.
Bercakap kepada Forum Perniagaan ASEAN 2024 yang berlangsung baru-baru ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ketika ini wujud keperluan mendesak bagi anggota ASEAN menerima transformasi digital dalam sektor tersebut.
"Cabaran yang wujud ketika ini disebabkan oleh permintaan yang meningkat untuk perkhidmatan kesihatan berkualiti tinggi selepas wabak COVID-19 sekali gus membawa kepada peningkatan kos penjagaan kesihatan.
"Penggunaan teknologi digital dalam penjagaan kesihatan dikenal pasti sebagai penyelesaian kos efektif untuk menangani cabaran ini, membolehkan penyediaan perkhidmatan penjagaan kesihatan sentiasa dipertingkat walaupun di kawasan terpencil dan kurang mendapat perkhidmatan," katanya ketika berucap di hadapan lebih 250 delegasi dari 10 anggota ASEAN termasuk China.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pandemik COVID-19 telah menjadi pemangkin kepada usaha mempercepatkan penggunaan sistem kesihatan berteknologi maju di seluruh ASEAN.
Peralihan pantas ke arah penyelesaian kesihatan digital ini telah mendorong pelaburan besar dalam perniagaan berdaya teknologi, dengan tumpuan khusus pada telekesihatan, penjagaan atas permintaan dan analitik ramalan dalam sektor teknologi kesihatan Asia Tenggara.
Forum Perniagaan ASEAN berfungsi sebagai platform untuk kerjasama dan pertukaran pengetahuan di kalangan pemain industri, wakil kerajaan dan profesional bagi membincangkan pelbagai topik antaranya transformasi digital, peluang perdagangan dan pelaburan, ketahanan rantaian bekalan, pembangunan sumber manusia, pertumbuhan hijau dan perubahan iklim, perniagaan dan peraturan alam sekitar, pelancongan, hospitaliti, penjagaan kesihatan serta bioteknologi.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Jul 01 2024

Petugas fisioterapi melakukan rawatan perubatan pengesanan kesakitan dan rawatan kesakitan kepada seorang pesakit. - Gambar hiasan/BERNAMA
Ismail Sabri masih perlukan pemantauan rapi doktor
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih memerlukan pemantauan rapi pihak hospital.
SPRM tahan dua bergelar Datuk, antara 4 pegawai Ismail Sabri
Sumber rapat SPRM memaklumkan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula 21 Februari terhadap tiga individu.

Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Loke berkata pihaknya tidak berasa terganggu dengan dakwaan tersebut dan menjalankan tugas yang diamanahkan seperti biasa.
AWANI Borneo [23/2/2025] – Petros-Petronas | Pembangunan | Ramalan MetMalaysia
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Forum Perniagaan ASEAN 2024: Digitalisasi pemacu utama inovasi penjagaan kesihatan
Ketika ini wujud keperluan mendesak bagi anggota ASEAN menerima transformasi digital dalam sektor tersebut.