KUALA LUMPUR: Forum Pasaran Modal ASEAN (ACMF) melancarkan Wawasan ACMF 2025, pelan tindakan lima tahun mulai 2021-2025 di samping menyambut baik kemajuan Taksonomi Kewangan Lestari ASEAN.
Pelan tindakan itu telah disokong semasa Mesyuarat Pengerusi ACMF Ke-34 yang dihoskan secara maya oleh Autoriti Monetari Brunei Darussalam.
Dalam kenyataan hari ini, ACMF berkata dalam merealisasikan Matlamat ACMF 2025, pelan tindakan itu menggariskan tiga objektif strategik: mendorong pertumbuhan dan pemulihan dengan kelestarian, menggalakkan dan mengekalkan keterangkuman, dan memperkukuh dan mengekalkan keteraturan dan daya tahan.
Sementara itu, ACMF berkata, lima keutamaan penting yang menyokong objektif strategik itu ialah memacu ketelusan dan pendedahan ke tahap yang lebih tinggi, meneruskan pengharmonian peraturan, memperhebat pembinaan kapasiti, meningkatkan komunikasi dan mewujudkan kesedaran dan memperkukuh kerjasama dan penyelarasan.
Katanya pelan tindakan itu adalah berdasarkan pelan tindakan ACMF bagi 2016 hingga 2020 dan dibangunkan dengan maklum balas daripada peserta pasaran modal dan pihak berkepentingan yang lain bagi memastikan ia inklusif dan relevan, terutamanya dalam keadaan normal baharu.
Matlamat ACMF 2025 akan dibentangkan dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan ASEAN pada akhir bulan ini untuk sokongan.
ACMF turut memuji usaha penyelarasan yang dibuat setakat ini dengan badan-badan kerajaan ASEAN yang lain, pengawalselia perbankan dan pengawalselia insurans di bawah Jawatankuasa Kerja mengenai Pembangunan Pasaran Modal, Jawatankuasa Peringkat Kanan bagi Integrasi Kewangan ASEAN, dan Mesyuarat Pengawalselia Insurans ASEAN mengenai inisiatif Taksonomi Kewangan Lestari ASEAN.
Dalam Mesyuarat Pengerusi ACMF itu, kumpulan itu turut mengambil maklum mengenai tarikan berterusan terhadap inisiatif kelestarian kewangan ACMF yang dilancarkan sebelum ini seperti Piawaian Bon Hijau ASEAN, Piawaian Bon Sosial ASEAN dan Piawaian Bon Kelestarian ASEAN.
Sebanyak US$8.35 bilion (US$1=RM4.11) bon yang dilabelkan di bawah piawaian ASEAN ini telah diterbitkan mulai 2017 sehingga akhir 2020.
Katanya, sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk menggalakkan dan memperkukuhkan daya tarikan kelas aset ASEAN dan memperluaskan tawaran Skim Pelaburan Kolektif ASEAN rentas sempadan (ASEAN CIS), kumpulan itu menyambut baik perkembangan penyertaan Filipina dalam rangka kerja ASEAN CIS.
Katanya kumpulan itu turut menyokong Pelan Pelaksanaan Penilaian Kad Skor Tadbir Urus Korporat ASEAN 2021 semasa mesyuarat itu dengan penilaian domestik oleh badan peringkat domestik yang disasarkan bermula pada suku ketiga 2021.
ACMF adalah kumpulan pengawalselia pasaran modal dari 10 negara anggota ASEAN iaitu Malaysia, Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 15 2021
ACMF adalah kumpulan pengawalselia pasaran modal dari 10 negara anggota ASEAN iaitu Malaysia, Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Forum Pasaran Modal ASEAN lancarkan pelan tindakan lima tahun
Pelan tindakan itu disokong semasa Mesyuarat Pengerusi ACMF Ke-34 yang dihoskan secara maya oleh Autoriti Monetari Brunei Darussalam.