Manila berharap Malaysia dapat berkongsi kekayaan ekonomi bersama negara jirannya bagi merangsang pertumbuhan ekonomi serantau.
Perkara itu dinyatakan Setiausaha Jabatan Perdagangan dan Industri Filipina, Ramon M. Lopez, dalam pertemuan dengan delegasi misi promosi francais Malaysia yang diketuai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan(KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Ramon berkata banyak perkara yang boleh dipelajari dari Malaysia dalam bidang perdagangan, selari dengan kedudukan Malaysia pada tangga ke-18 dalam Indeks Mudah Untuk Menjalankan Perniagaan global.
"Kami juga berhasrat mengikut jejak langkah Malaysia dalam memudahcarakan perniagaan bagi memacu pertumbuhan ekonomi positif, sekali gus memperbaiki kedudukan Filipina dalam indeks yang sama," kata Ramon.
Jika di Malaysia hanya mengambil masa beberapa jam sahaja untuk menyelesaikan proses pendaftaran syarikat, Ramon berkata di Filipina pada masa ini, proses keseluruhan akan mengambil masa sehingga lima hari.
Sementara itu, Hamzah berkata Malaysia menerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bersedia membantu dengan berkongsi maklumat dan kepakaran yang diperlukan.
Hamzah mengetuai misi promosi francais Malaysia selama dua hari di Manila selama dua hari selain menyertai Pameran Francais Asia Filipina 2016, yang dirasmikan Naib Presidennya, Leni Robredo, pada Jumaat.
Ini merupakan misi kedua yang disertai Malaysia tahun ini menerusi program Franchise Malaysia Goes Global (FMGG) 2016 selepas misi yang sama di Jakarta, Indonesia bulan lepas.
Selain menyertai pameran, KPDNKK turut menjalankan kajian pasaran serta meneroka peluang kerjasama dengan agensi-agensi yang terlibat dalam pembangunan industri francais di Filipina.
Antara agensi yang turut sama dalam misi ini ialah Pebadanan Nasional Berhad (PNS), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Perbadanan Harta Intelek (MyIPO), Persatuan Francais Malaysia (MFA) dan 10 syarikat francais tempatan.
Bernama
Sat Jul 23 2016

Hamzah (gambar) mengetuai misi promosi francais Malaysia selama dua hari di Manila selain menyertai Pameran Francais Asia Filipina 2016. - Gambar fail
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Sudah tiba masa Malaysia iktiraf kerajaan baharu Syria - GPM
Katanya, pengiktirafan ke atas kerajaan baharu Syria oleh Malaysia akan membuka ruang bagi memperkukuh diplomasi dan solidariti dunia Islam.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.

Ringgit melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh hampir 2 minggu
Ringgit ditutup tinggi pada Khamis mendapat rangsangan daripada kemungkinan perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA
Sektor teknologi digital menerima pelaburan RM163.6 bilion, mengatasi nilai pelaburan digital diluluskan pada 2023 sebanyak 250 peratus.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Bagaimana ASEAN boleh mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS?
Penyelarasan transaksi rentas sempadana bukan sahaja mengurangkan kebergantungan ASEAN kepada Dolar AS, malah dapat tingkatkan perdagangan serantau, memperkukuh kestabilan ekonomi, dan menjadikan ASEA