FGV Holdings Bhd (FGV) memulakan prosiding undang-undang di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap 14 bekas lembaga pengarah dan kakitangan berhubung pembelian Asian Plantations Ltd (APL).
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, FGV berkata, prosiding undang-undang itu adalah terhadap, antaranya, bekas presiden kumpulan/ketua pegawai eksekutif dan pengarah bukan eksekutif bukan bebas juga bekas pengerusi dan pengarah bukan eksekutif.
Saman itu berhubung pembelian oleh syarikat berkenaan 100 peratus kepentingan ekuiti dalam APL melalui tawaran tunai bersyarat pada 2014.
FGV mengambil tindakan berkenaan terhadap lembaga pengarah kerana kerugian yang dialami akibat kegagalan mereka melaksanakan tugas fidusiari masing-masing, kewajipan kesetiaan dan/atau tanggungjawab menjalankan pengurusan yang wajar, kemahiran dan ketekunan.
Syarikat berkenaan juga memohon relif terhadap defendan untuk ganti rugi berjumlah RM514 juta terhadap kerugian daripada pembelian APL dan secara alternatif, ganti rugi terhadap kerugian daripada pembelian APL yang akan dinilai oleh mahkamah.
FGV juga memohon relif terhadap faedah pada kadar lima peratus setahun terhadap ganti rugi yang diberikan bermula dari tarikh saman itu difailkan sehingga tarikh penyelesaian penuh dan muktamad.
Ia juga memohon faedah pada kadar lima peratus setahun terhadap jumlah kos yang diberikan bermula daripada tarikh di mana kos diberikan sehingga tarikh penyelesaian penuh dan muktamad.
Ia pada masa ini menilai kesan kewangan yang timbul daripada litigasi terhadap syarikat dan akan membuat penjelasan lanjut pada tarikh lain.
"Bagaimanapun, tiada kesan terhadap operasi semasa," kata FGV.
Dalam makluman berasingan kepada Bursa Malaysia, FGV berkata, penyiasatan forensik terhadap pembelian APL sudah diselesaikan.
Lembaga pengarah masih dalam proses menyemak semula dapatan dan nasihat undang-undang terhadap tiga siasatan forensik yang diselesaikan, seperti yang dinyatakan terdahulu, iaitu pelaburan FGV dalam FGV Cambridge Nanosystems Ltd, pembelian kondominium Troika dan pajakan kereta syarikat.
Dua siasatan forensik sedang dalam proses iaitu pelaburan FGV dalam FGV Green Energy Sdn Bhd dan pembelian Yapidmas plantations di Sabah.
Dalam kenyataan bertarikh 28 Ogos 2018, lembaga pengarah juga melaporkan bahawa terdapat siasatan dalaman yang sedang dijalankan membabitkan enam perkara.
Enam perkara berkenaan antaranya, talian kredit terbuka, amalan pembelian perdagangan yang lemah dan jualan minyak sawit yang lemah yang menyebabkan hutang kira-kira RM100 juta.
Ini juga termasuk anugerah langsung pemerolehan kontrak yang melanggar amalan terbaik dan kekurangan pekerja yang kritikal antara Mei 2016 dan April 2018, yang menyebabkan kerugian kewangan melebihi RM170 juta sepanjang tempoh berkenaan.
Berhubung siasatan itu, lembaga pengarah sudah mengambil dan dalam proses mengambil tindakan berkaitan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 23 2018

Dalam kenyataan bertarikh 28 Ogos 2018, lembaga pengarah FGV juga melaporkan bahawa terdapat siasatan dalaman yang sedang dijalankan membabitkan enam perkara.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

FGV mulakan prosiding undang-undang terhadap 14 bekas pengarah dan kakitangan
Saman itu berhubung pembelian oleh syarikat berkenaan 100 peratus kepentingan ekuiti dalam APL melalui tawaran tunai bersyarat pada 2014.