Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) masih mengadakan perbincangan dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mengenai pilihan untuk melaksana, yang termasuk perjanjian pajakan tanah (LLA) yang akan memanfaatkan pelbagai pihak berkepentingan.
Presiden dan Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Zakaria Arshad berkata, keutamaan pilihan adalah untuk kepentingan terbaik FGV, Felda dan pemegang saham lain dan menawarkan penyelesaian menang-menang untuk semua.
Felda dilaporkan terbuka kepada idea untuk menyelesaikan LLA dan mendapat balik tanah yang kini dipajak dan diuruskan FGV dalam usaha untuk memperoleh pulangan lebih tinggi.
Kepentingan Felda dalam FGV adalah kira-kira 34 peratus dan FGV menguruskan kira-kira 335,000 hektar daripada 850,000 hektar tanah Felda.
"Perbincangan telah bermula beberapa bulan lalu dan masih berjalan dan kami belum dapat penyelesaian terbaik bagaimana meningkatkan harga saham FGV bagi faedah pemegang sahamnya serta bagi kepentingan peneroka Felda.
"Kami telah mengemukakan banyak idea dan antaranya adalah LLA. Bagaimanapun, belum ada apa yang dibawa ke peringkat lembaga kerana semuanya masih di peringkat perbincangan," katanya pada sidang akhbar semasa lawatan dua hari media ke kemudahan penyelidikan dan pembangunannya di Enstek, Negeri Sembilan dan Tekam, Pahang di sini, pada Rabu.
Menurutnya, LLA itu adalah komponen perniagaan penting untuk FGV dan bukan mudah untuk dibuat keputusan.
Jika Felda memutuskan untuk keluar daripadanya, ia perlu memberi notis 11 bulan kepada FGV dan perlu membayar minimum RM3 bilion pampasan bagi penamatan LLA, kata Zakaria.
Beliau berkata, disebabkan masalah sebenar yang mencetuskan pilihan LLA adalah berkaitan aliran tunai Felda, kedua-dua pihak perlu berbincang lagi bagi menangani perkara itu.
Menurutnya, jika terpaksa mengeluarkan lebih banyak wang untuk pampasan, akan memburukkan lagi aliran tunai Felda.
Kedua-dua pihak bukannya bersaing, tetapi melengkapi antara satu sama lain, oleh itu mereka perlu mampu membincangkan penyelesaian terbaik untuk semua, tambahnya.
"Saya berpendapat kita perlu memanfaatkan kekuatan satu sama lain bukannya bertindak sendirian. Saya percaya Felda juga mempunyai matlamat yang sama, tetapi sebarang keputusan yang dibuat, FGV akan merangka strategi yang sesuai," katanya.
Sementara itu, mengenai kemungkinan muncul pemegang saham baharu dalam FGV berikutan rombakan besar oleh Felda, Zakaria berkata, beliau tidak tahu butiran perbincangan berkenaan.
Pemegang saham baharu dikatakan ahli perniagaan Indonesia, Tan Sri Peter Sondakh, yang menguasai PT Eagle High Plantations Tbk dan Martua Sitorus, pengasas bersama Wilmar International Ltd, melalui suntikan aset ke dalam kumpulan tersebut sebagai balasan untuk saham dan penguasaan pengurusan.
Bagaimanapun, FGV akan mengalu-alukan sebarang pengambilalihan ekuiti jika mereka boleh membawa masuk kepakaran bagi manfaat kumpulan tersebut, tambah Zakaria.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 03 2017
Datuk Zakaria Arshad berkata, keutamaan pilihan adalah untuk kepentingan terbaik FGV, FELDA dan pemegang saham lain dan menawarkan penyelesaian menang-menang untuk semua. - Gambar fail
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Johor hasrat perluas tanaman lada hitam
Johor berhasrat memperluas tanaman lada hitam berskala sederhana di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip.
Suzana Idayu Wati wanita pertama dilantik Pengarah Besar Felda
Ahli Lembaga Pengarah Felda Datuk Suzana Idayu Wati Osman dilantik sebagai Pengarah Besar Felda yang baharu berkuat kuasa hari ini, menjadi wanita pertama dilantik ke jawatan berkenaan.
Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan Indonesia
Felda bersedia untuk menghubungkan syarikat Malaysia, khususnya unit perniagaannya dengan firma dalam KEIND untuk meneroka peluang baharu di kedua-dua negara dan antarabangsa.
12 cedera dua kereta bertembung di Jengka
Sebanyak 12 individu termasuk empat kanak-kanak cedera selepas dua kereta bertembung di Jalan Felda Jengka 4 menghala Maran hari ini.
Taaveekun, KPF Agro Properties perluas kerjasama, edar baja perapi tanah untuk ladang Felda
Kumpulan Taaveekun akan terus memperluaskan kolaborasi bersama KPF Agro Properties Sdn. Bhd dalam penghasilan dan pembekalan perapi tanah untuk merawat tanaman sawit di ladang-ladang FELDA di Malaysia
'Jangan lupa jasa peneroka awal Felda' - PM Anwar
Jasa peneroka awal Felda jangan sesekali dilupakan kerana golongan itu merupakan pengasas tanah rancangan tersebut dan hasil usaha mereka, dinikmati generasi masa kini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bincang, teliti rayuan untuk serah tanah adat kepada penduduk di Tambisan - Anwar
Kerajaan Persekutuan dan negeri, serta Felda, akan adakan perbincangan untuk meneliti rayuan mengenai penyerahan semula tanah adat di Tambisan.
Malaysia mahu berbaik dengan semua negara - Anwar
Beliau meminta tidak ada pihak cuba menekan negara dalam menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara lain.
RM267.76 juta untuk projek prasarana awam, rumah ibadat bukan Islam di Johor
KPKT mengumumkan peruntukan RM267.76 juta bagi 40 projek prasarana awam serta pembaikan dan penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam (RIBI) di Johor tahun ini.
FGV kekal komited terhadap amalan pengambilan pekerja bertanggungjawab
FGV Holdings Bhd kekal komited terhadap amalan pengambilan pekerja yang bertanggungjawab dan prinsip 'tiada yuran pengambilan' untuk bekas pekerja migran melalui program pembayaran baliknya.