Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) melantik DatukKhairil Anuar Aziz sebagai Pegawai yang Bertanggungjawab untuk mengambil alih tugas dan tanggungjawab Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, berkuat kuasa serta-merta.
Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, FGV turut mengumumkan bahawa Jawatankuasa Eksekutif Lembaga akan dibubarkan berkuat kuasa serta-merta mulai hari ini.
Khairil Anuar, yang dilahirkan dan dibesarkan di Felda Sungai Klah, Sungkai, Perak, ketika ini merupakan Ketua Pegawai Operasi, Logistik.
Beliau menyertai kumpulan tersebut sejak 2012.
"Beliau adalah generasi kedua peneroka Felda," kata syarikat tersebut.
Sementara itu dalam satu kenyataan lain, FGV mengumumkan Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd telah membeli 400,000 saham FGV pada 17 Julai 2017.
Dengan pembelian itu, koperasi tersebut memiliki 204.56 juta saham yang bersamaan dengan 5.61 peratus kepentingan ekuiti FGV.
Dalam kenyataan berasingan hari ini, FGV berkata, Khairil Anuar akan menjalankan kerja dan tanggungjawab Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif secara sementara, berkuat kuasa hari ini semasa tempoh interim.
"Jawatankuasa Eksekutif Lembaga (BEC) dibubarkan berkuat kuasa serta merta.
"Lembaga Pengarah FGV mengucapkan terima kasih kepada anggota BEC, terdiri daripada Datuk Omar Salim, Datuk Zafer Hashim dan Azman Ahmad atas sumbangan mereka sejak 6 Jun, 2017," menurut kenyataan itu.
Khairil Anuar, yang berkelulusan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Coventry University, United Kingdom, ketika ini merupakan pengarah di Pelaburan MARA Bhd; Sinergi Perdana Sdn. Bhd ( sebuah konsortium ditubuhkan oleh Felda, Risda dan Felcra di bawah naungan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Jabatan Perdana Menteri) dan Lembaga Pelabuhan Kuantan Bhd.
Sebelum menyertai FGV, Khairil Anuar memperoleh pengalaman luas dalam logistik dan pengedaran, teknologi maklumat, pengurusan projek, jualan dan pemasaran serta pembangunan perniagaan, kebanyakannya bagi pengurusan kanan.
Beliau berkhidmat di Renong Bhd Group dan beberapa jawatan lain di UEM Group Bhd, Cement Industries of Malaysia Bhd dan Time Engineering Bhd.
Khairil Anuar pernah dilantik sebagai Pengerusi Kluster syarikat berkaitan kerajaan dan anggota panel Gabungan Pemikir Profesional Felda sejak 2009.
Bernama
Thu Jul 20 2017
![FGV lantik Khairil Anuar Aziz pegawai yang bertanggungjawab FGV lantik Khairil Anuar Aziz pegawai yang bertanggungjawab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/41500559661_FELDA.jpg)
Khairil Anuar, yang dilahirkan dan dibesarkan di Felda Sungai Klah, Sungkai, Perak, ketika ini merupakan Ketua Pegawai Operasi Logistik. - Bernama
![JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719746052_TBVapingjpg.jpg)
JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini
JKNT keluarkan 5,431 notis bernilai RM1.3 juta berkaitan pelbagai kesalahan hasil pemeriksaan ke atas 15,356 premis melalui 831 operasi penguatkuasaan di seluruh negeri Terengganu.
![Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723719935_tbPekSumberKebajik.jpg)
Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan
DVS bangunkan pek sumber kebajikan haiwan sebagai bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran di semua prasekolah di bawah KPM seluruh negara.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Bursa Malaysia pulih daripada penurunan awal, ditutup hampir mendatar Bursa Malaysia pulih daripada penurunan awal, ditutup hampir mendatar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721994407_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia pulih daripada penurunan awal, ditutup hampir mendatar
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.04 peratus atau 0.59 mata kepada 1,612.94 daripada 1,612.35 semasa ditutup pada Rabu.
![Bursa gantung jualan singkat SP Setia Bursa gantung jualan singkat SP Setia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722341186_BursaMalaysia.jpg)
Bursa gantung jualan singkat SP Setia
Bursa Malaysia menggantung jualan singkat SP Setia Bhd bagi baki tempoh hari ini selepas penyusutan harga yang ketara.
![Bursa Malaysia dibuka tinggi, ambil petunjuk positif Wall Street Bursa Malaysia dibuka tinggi, ambil petunjuk positif Wall Street](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721994407_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia dibuka tinggi, ambil petunjuk positif Wall Street
Pada 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 0.47 mata kepada 1,609.99 daripada 1,609.52 semasa ditutup pada Selasa.
![Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit seiring peningkatan pasaran serantau Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit seiring peningkatan pasaran serantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722341186_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit seiring peningkatan pasaran serantau
Bursa Malaysia kekal rendah hampir sepanjang hari dagangan tetapi berjaya naik sedikit semasa sesi penutup sejajar dengan aliran meningkat di pasaran serantau, kata seorang penganalisis.
![Bursa Malaysia dibuka rendah Bursa Malaysia dibuka rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 3.95 mata kepada 1,602.71 daripada 1,606.66 pada Isnin.
![Bursa Malaysia ditutup tinggi, indeks komposit kekal di atas paras 1,600 Bursa Malaysia ditutup tinggi, indeks komposit kekal di atas paras 1,600](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722341186_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia ditutup tinggi, indeks komposit kekal di atas paras 1,600
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.66 peratus atau 10.61 mata kepada 1,606.66 daripada paras penutup 1,596.05 pada Khamis.
![Bursa Malaysia dibuka tinggi Bursa Malaysia dibuka tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81665132351_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.21 mata kepada 1,601.26 daripada 1,596.05 pada Jumaat lepas.
![Bursa Malaysia ditutup kukuh, IK naik 0.35 peratus Bursa Malaysia ditutup kukuh, IK naik 0.35 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722341186_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia ditutup kukuh, IK naik 0.35 peratus
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 5.67 mata kepada 1,596.05 daripada 1,590.38 semasa ditutup pada Khamis.
![Bursa Malaysia ditutup rendah akhiri kenaikan dua hari berturut-turut Bursa Malaysia ditutup rendah akhiri kenaikan dua hari berturut-turut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721994407_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia ditutup rendah akhiri kenaikan dua hari berturut-turut
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini mengakhiri kenaikan dua hari berturut-turut susulan ketidakpastian berhubung dasar penurunan kadar faedah oleh Fed AS dan BoJ.
![Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu minat belian, IK naik 2.46 pct Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu minat belian, IK naik 2.46 pct](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722341186_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu minat belian, IK naik 2.46 pct
Bursa Malaysia kembali ke zon positif selepas ditutup lebih tinggi pada Selasa, didorong oleh aktiviti belian saham-saham yang berharga rendah.