Felda Mobile Sdn Bhd menyasar untuk menarik 500,000 peneroka Felda di seluruh negara bagi melanggan produk dan perkhidmatan di bawah usaha sama penyedia perkhidmatan digital mudah alih (MDSP) dengan Tune Talk Sdn Bhd dalam tempoh dua tahun setengah hingga tiga tahun lagi.
Ketua Pegawai Eksekutif Felda Mobile Mohamed Shah Redza Hussein berkata fasa pertama usaha sama ini akan bermula Disember ini dan syarikat tersebut merancang untuk melancarkan perkhidmatan nilai tambahan digital termasuk sistem penghantaran pesanan dilengkapi dengan sistem pemberitahuan dan perkhidmatan pengiriman.
Perkhidmatan tersebut boleh diguna pakai melalui kad SIM prabayar untuk peneroka dan akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.
"Kami sedang dalam proses mengeluarkan kad SIM dan kemudian mengagihkannya kepada rangkaian penjual kami, yang kini sedang dibentuk dalam komuniti Felda," kata beliau kepada pemberita selepas menandatangani perjanjian dengan Tune Talk di sini pada Selasa.
Turut hadir ialah Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk Jason Lo.
Mohamed Shah Redza berkata Felda Mobile menyasarkan untuk membentuk MDSP sepenuhnya khusus untuk komuniti Felda, yang merangkumi entiti Korporat Felda dan peneroka Felda. Seterusnya syarikat tersebut akan mengembangkan perkhidmatan kepada pascabayar pada awal tahun hadapan.
Felda Mobile adalah usaha sama antara Koperasi Permodalan Felda Malaysia 2 Bhd (KPF2) dan Niche Impact Sdn Bhd, dan disokong oleh pelbagai rakan kongsi dalam bidang teknologi dan nilai tambah digital.
KPF2 memiliki kepentingan 30 peratus dalam usaha sama tersebut manakala Niche Impact menguasai baki 70 peratus.
Tune Talk merupakan pengendali teknologinya dan rakan kongsi penjenamaan, manakala Celcom adalah penyedia infrastruktur telekomunikasi.
"Tiada pelaburan kewangan daripada Felda untuk usaha sama ini, sebaliknya mereka menyediakan pelanggan. Keseluruhan dana sebanyak RM7 juta untuk Felda Mobile disediakan oleh Niche Impact," kata Mohamed Shah Redza. -- Bernama
Bernama
Wed Oct 19 2016
![Felda Mobile sasar 500,000 peneroka langgan perkhidmatan baharu Felda Mobile sasar 500,000 peneroka langgan perkhidmatan baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/71476840415_FeldaMobile.jpg)
Pengerusi Kumpulan FELDA Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (tiga, kiri) menyaksikan pertukaran dokumen MoU pada Majlis Pemeteraian Perjanjian di antara Felda Mobile Sdn Bhd dan Tune Talk Sdn Bhd di Menara Felda pada Selasa. - Foto Bernama
![RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678788517_MahkamahUtama.jpg)
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
![Felda Mobile sasar 500,000 peneroka langgan perkhidmatan baharu Felda Mobile sasar 500,000 peneroka langgan perkhidmatan baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/71476840415_FeldaMobile.jpg)
Felda Mobile sasar 500,000 peneroka langgan perkhidmatan baharu
Felda Mobile Sdn Bhd menyasar untuk menarik 500,000 peneroka Felda di seluruh negara bagi melanggan produk dan perkhidmatan digital mudah alih.