Sebahagian daripada perolehan RM10.4 bilion hasil daripada penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) akan digunakan untuk mengembangkan pasaran di Indonesia, Myanmar dan Kemboja.
Naib presiden kanan dan ketua perladangan Felda Global Ventures Plantations (M) Sdn Bhd (FGVPM) Malaysia, Ismail Hassan berkata dengan kawasan tanah seluas 14,000 hektar syarikat di Kalimantan, adalah tidak ekonomi untuk membina kilang minyak sawit yang baharu.
"Kami perlu mengembangkan keluasan hektar dalam usaha membina kilang yang boleh komersil secara berdaya maju," kata beliau kepada pemberita selepas majlis pembayaran zakat FGVPM berjumlah RM10 juta kepada tujuh negeri di sini.
Ismail berkata dalam perniagaan perladangan, seseorang itu mesti memikirkan jumlahnya.
"Jika tidak menguntungkan secara ekonomi, maka, persamaan logistik pula perlu diambil kira. Sekiranya kosnya tinggi, ia akan merugikan kita," kata beliau sambil menambah yang penyumberan untuk tanah di Malaysia agak sukar sekarang ini.
"Di Sabah dan Sarawak, tanahnya gambut dalam dan kita perlukan sekurang-kurangnya keadaan gambut yang cetek untuk penanaman," kata beliau.
Beliau berkata yang FGV menghasilkan 3.3 juta tan metrik minyak sawit mentah setiap tahun dan ia perlu terus mengekalkan ataupun menambah jumlah itu.
"FGV pada masa ini mengendalikan kira-kira 350,000 hektar estet perladangan kelapa sawit di Malaysia yang menghasilkan 5.2 juta tan metrik tandan buah segar pada 2011," kata beliau.
Bernama
Thu Mar 28 2013
Pertanian: Menyingkap kisah pesawah muda pacu keterjaminan makanan
Isu keterjaminan makanan di Malaysia tidak boleh dipandang enteng, apatah lagi melibatkan makanan ruji seperti beras. Astro AWANI, mendekati pesawah-pesawah muda, menyingkap kisah bagaimana golongan belia mampu terlibat aktif dalam industri ini, yang sebelum ini dianggap sebagai sukar dan tidak berbaloi.
[TERKINI] Ahli GISB didakwa di Mahkamah Majistret Putrajaya
Wartawan Kanan Astro AWANI, Firdaus Azil kini di Mahkamah Majistret Putrajaya untuk membawakan perkembangan terkini pendakwaan terhadap seorang ahli kumpulan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISB).
Tupperware Bersedia Failkan Kebankrapan Akibat Hutang dan Permintaan Menurun
Tupperware, jenama ikonik bekas plastik, bersedia memfailkan kebankrapan selepas berdepan hutang mencecah $700 juta dan permintaan yang terus menurun, meskipun usaha penstrukturan semula dan pelantikan kepimpinan baharu.
Bicara kes Zayn Rayyan: Mahkamah PJ kembali jadi tumpuan
Suasana di pekarangan kompleks mahkamah ini mula dipenuhi pengamal media yang hadir sejak jam 8.30 pagi bagi mengikuti perkembangan kes berkenaan.
UCL: Jaringan 'pengantin baru' Endrick warnai kemenangan Real Madrid
Stuttgart ternyata menghadirkan tentangan buat Real yang beraksi di laman sendiri, memberikan ancaman untuk mengejutkan juara Eropah 15 kali itu.
Mangsa banjir terus meningkat, jumlah terkini 2,194 di 11 PPS
Jumlah itu meningkat berbanding 2,039 orang daripada 341 keluarga yang dilaporkan jam 11 malam tadi.
#AWANIRingkas 18 September 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 18 September 2024
1️⃣ 2,180 mangsa ditempatkan di 11 PPS
2️⃣ Dakwaan di bawah Seksyen 506
3️⃣ Pertingkat mutu pendidikan, latihan & tawar perkhidmatan perubatan
#awaniringkas
1️⃣ 2,180 mangsa ditempatkan di 11 PPS
2️⃣ Dakwaan di bawah Seksyen 506
3️⃣ Pertingkat mutu pendidikan, latihan & tawar perkhidmatan perubatan
#awaniringkas
AWANI Ringkas: 2,180 mangsa ditempatkan di 11 PPS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Israel dalang di sebalik letupan di seluruh Lubnan
Letupan yang menyebabkan lapan orang terbunuh dan 2,750 orang cedera merupakan hasil operasi bersama antara Mossad dan tentera Israel.
Awani Pagi: Apa yang anda perlu tahu mengenai mpox?
Awani Pagi 7.30 hari ini memberi tumpuan kepada isu penularan Cacar Monyet atau Monkey Pox, segala yang anda perlu tahu mengenai penyakit ini, bersama Dr Tan Seok Hong / Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia
Taaveekun, KPF Agro Properties perluas kerjasama, edar baja perapi tanah untuk ladang Felda
Kumpulan Taaveekun akan terus memperluaskan kolaborasi bersama KPF Agro Properties Sdn. Bhd dalam penghasilan dan pembekalan perapi tanah untuk merawat tanaman sawit di ladang-ladang FELDA di Malaysia
'Jangan lupa jasa peneroka awal Felda' - PM Anwar
Jasa peneroka awal Felda jangan sesekali dilupakan kerana golongan itu merupakan pengasas tanah rancangan tersebut dan hasil usaha mereka, dinikmati generasi masa kini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bincang, teliti rayuan untuk serah tanah adat kepada penduduk di Tambisan - Anwar
Kerajaan Persekutuan dan negeri, serta Felda, akan adakan perbincangan untuk meneliti rayuan mengenai penyerahan semula tanah adat di Tambisan.
Malaysia mahu berbaik dengan semua negara - Anwar
Beliau meminta tidak ada pihak cuba menekan negara dalam menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara lain.
RM267.76 juta untuk projek prasarana awam, rumah ibadat bukan Islam di Johor
KPKT mengumumkan peruntukan RM267.76 juta bagi 40 projek prasarana awam serta pembaikan dan penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam (RIBI) di Johor tahun ini.
FGV kekal komited terhadap amalan pengambilan pekerja bertanggungjawab
FGV Holdings Bhd kekal komited terhadap amalan pengambilan pekerja yang bertanggungjawab dan prinsip 'tiada yuran pengambilan' untuk bekas pekerja migran melalui program pembayaran baliknya.
Pilih calon penghubung Kerajaan Pusat dengan DUN Nenggiri - Ahmad Maslan
Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri memerlukan wakil rakyat yang boleh menjadi penghubung kepada Kerajaan Persekutuan, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.
Nenggiri akan berubah wajah jika rakyat beri mandat kepada BN - Ahmad Zahid
Nenggiri akan berubah wajah dalam tempoh setahun jika rakyat memberi mandat kepada Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri 17 Ogos depan.
Golden melon Felda Sungai Tengi Selatan gah tembusi tembok pasar raya besar
Berpegang kepada peribahasa berbudi kepada tanah, tanah tidak menipu, menjadi resepi kepada kejayaan generasi peneroka Felda Sungai Tenggi Selatan, Hulu Selangor mengusahakan tanaman golden melon.
Guna EV di Felda, ladang
EV itu dijangka digunakan di Felda pada hujung tahun ini secara berperingkat bagi menggantikan kenderaan sedia ada.