KUALA LUMPUR: Indeks barometer Bursa Malaysia ditutup rendah memandangkan pelabur mengalihkan tumpuan terhadap saham berharga rendah.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan 3.49 mata kepada 1,614.37 berbanding 1,617.86 semasa ditutup pada Jumaat, diimbangi oleh penyusutan dalam Press Metal dan YTL Corporation.
Indeks barometer dibuka tinggi 1.38 mata kepada 1,619.24, menunjukkan paras tertinggi harian dan mencecah paras terendah 1,613.01 pada sesi selepas tengah hari.
Sentimen pasaran adalah positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 628 berbanding 531, dengan 470 kaunter tidak berubah, 769 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung dagangan.
Jumlah dagangan meningkat kepada 5.96 bilion unit bernilai RM3.30 bilion daripada 5.73 bilion unit bernilai RM4.05 bilion pada Jumaat.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata, aktiviti perdagangan di Malaysia dan rantau ini suram apabila pasaran China, Hong Kong dan Taiwan tidak beroperasi kerana cuti.
"Sentimen keseluruhan bercampur-campur memandangkan peniaga kurang berharap terhadap pengurangan kadar Rizab Persekutuan AS tahun ini disebabkan pasaran buruh negara yang terhad," katanya kepada Bernama.
Pada Jumaat lepas, data penyata gaji bukan ladang (NFP) AS menyatakan sebanyak 272,000 pekerjaan baharu diwujudkan pada Mei, melepasi unjuran konsensus 182,000 manakala pertumbuhan gaji tahunan kembali meningkat, menimbulkan ketidakpastian mengenai potensi pengurangan kadar faedah minggu ini.
Segala perhatian terarah kepada angka inflasi AS bagi Mei, yang akan dikeluarkan pada hari yang sama berakhirnya mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan pada 12 Jun.
Selain itu, beliau berkata fokus pasaran turut tertumpu kepada kebimbangan politik zon Euro yang lebih meningkat berikutan pilihan raya secara mengejut di Perancis.
Berikutan ketidakpastian global yang semakin meningkat, beliau berkata FBM KLCI mungkin diniagakan dalam jajaran 1,610-1,630 untuk minggu ini.
Kaunter wajaran tinggi Press Metal menyusut 14 sen kepada RM5.75, berkemungkinan disebabkan pengambilan untung susulan kenaikan minggu lepas.
YTL Corp menyusut lima sen kepada RM3.60, Petronas Dagangan turun 48 sen kepada RM18.10, KLK berkurangan 30 sen kepada RM20.86, dan IOI rendah empat sen kepada RM3.86.
Bagi saham aktif, Hubline meningkat tiga sen kepada 7.0 sen, JAKS Resources naik dua sen kepada 17.5 sen manakala Talam, Metronic dan Industronics masing-masing tidak berubah pada 1.5 sen, 2.0 sen dan 4.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 0.86 mata kepada 12,356.01 dan Indeks FBMT 100 menyusut 11.48 mata kepada 11,928.98.
Sementara itu, Indeks FBM Emas Syariah naik 8.78 mata kepada 12,662.31, Indeks FBM 70 meningkat 40.69 mata kepada 17,835.57 dan Indeks ACE FBM menambah 91.77 mata kepada 5,669.09.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 3.88 mata kepada 17,646.15dan Indeks Tenaga meraih 13.88 mata kepada 983.11, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.37 mata kepada 198.02 manakala Indeks Perladangan turun 43.05 mata kepada 7,102.28.
Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 3.96 bilion unit bernilai RM2.82 bilion daripada 3.55 bilion unit bernilai RM3.47 bilion pada Jumaat.
Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 399.07 juta unit bernilai RM46.45 juta daripada 891.70 juta unit bernilai RM124.67 juta.
Jumlah dagangan Pasaran ACE naik 1.60 bilion saham bernilai RM430.22 juta daripada 1.29 bilion saham bernilai RM452.67 juta sebelumnya.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 534.47 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (737.89 juta), pembinaan (594.11 juta), teknologi (479.25 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (78.68 juta), hartanah (657.70 juta), perladangan (15.23 juta), REIT (18.71 juta), dana tertutup (11,000), tenaga (246.12 juta), penjagaan kesihatan (54.37 juta), telekomunikasi dan media (49.66 juta ), pengangkutan dan logistik (349.37 juta), utiliti (141.25 juta), dan amanah perniagaan (2.59 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 10 2024
![FBM KLCI ditutup rendah berikutan minat beralih kepada saham berharga rendah FBM KLCI ditutup rendah berikutan minat beralih kepada saham berharga rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Indeks barometer dibuka tinggi 1.38 mata kepada 1,619.24, menunjukkan paras tertinggi harian dan mencecah paras terendah 1,613.01 pada sesi selepas tengah hari. - Gambar fail/bursa.listedcompany.com
Panas sangat! Capybara pun makan ais
Kerana cuaca terlalu panas, bukan sahaja manusia menerima kesannya, malah haiwan juga terasa bahang. Di Rusia, Capybaras yang tinggal di sebuah zoo di Moscow diberi makanan istimewa iaitu ais.
Moscow sangkal kenyataan Trump
Duta Besar Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Vassily Nebenzia menyangkal kenyataan calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang berkata konflik perang antara Rusia dan Ukraine akan mampu diselesaikannya sekiranya dipilih ke jawatan itu kelak.
Parti Buruh berada di depan berbanding Parti Konservatif
Bagaimanapun, beliau berkata keputusan tersebut boleh berubah jika berlaku peralihan undi atau 'swing vote' menjelang hari pengundian.
Blinken tepis dakwaan Biden tidak berupaya pimpin AS
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken kesal dengan kritikan yang dilemparkan terhadap prestasi Joe Biden di pentas debat perdana bertemu Donald Trump Jumaat lalu yang disifatkan sebagai tidak bermaya.
Protes di Nairobi belum reda, merebak ke Mombasa
Protes di Nairobi, Kenya yang memaksa Presiden William Ruto untuk melepaskan jawatan, tidak menunjukkan tanda reda malah semakin meluas sehingga ke wilayah Mombasa. Terbaharu, tembakan gas terpaksa dilepaskan terhadap penunjuk perasaan, selain beberapa individu turut ditahan polis.
Pesawat Air Europa mendarat cemas, puluhan cedera
Media antarabangsa melaporkan, pesawat Boeing 787-9 itu terpaksa membuat lencongan dan mendarat di lapangan terbang Natal di timur laut Brazil.
87 angka kematian direkodkan akibat dirempuh
Sekurang-kurangnya 87 mangsa meninggal dunia dalam kejadian rempuhan di sebuah acara keagamaan di utara India, Uttar Pradesh pada Selasa.
Singapura 'sedia secara prinsip' iktiraf Palestin
Dr Vivian Balakrishnan berkata penyelesaian dua negara adalah 'satu-satunya jalan berdaya maju' untuk mencapai penyelesaian yang komprehensif, adil dan berkekalan terhadap konflik, yang diperjuangkan oleh Singapura secara konsisten.
Kerajaan gesa rakyat Malaysia di Asia Barat daftar segera
Kementerian Luar berkata rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke rantau Asia Barat dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan ikuti perkembangan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.
Lawatan khas Sheikh Al-Azhar Al-Sharif ke Malaysia 2-5 Julai
Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra), semasa lawatan tersebut, Sheikh Al-Azhar akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Seri Perdana.
![Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit susulan aktiviti pengambilan untung pada sesi akhir dagangan hari ini, diseret turun oleh indeks wajaran tinggi yang diterajui kaunter telekomunikasi.
![Bursa Malaysia dibuka tinggi lepasi paras 1,600 mata Bursa Malaysia dibuka tinggi lepasi paras 1,600 mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia dibuka tinggi lepasi paras 1,600 mata
Bursa Malaysia dibuka tinggi melepasi paras psikologi 1,600 mata pada Selasa, didorong pembelian semasa harga murah.
![Bursa Malaysia dibuka rendah Bursa Malaysia dibuka rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang lemah.
![Bursa Malaysia dibuka rendah Bursa Malaysia dibuka rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.70 mata kepada 1,583.24 daripada 1,584.94 pada Khamis.
![Bursa Malaysia dibuka tinggi sebelum alami penurunan Bursa Malaysia dibuka tinggi sebelum alami penurunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka tinggi sebelum alami penurunan
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.71 mata kepada 1,587.24 daripada 1,590.95 ketika ditutup pada Rabu.
![Bursa Malaysia dibuka meningkat namun susut kemudiannya akibat ketidaktentuan pasaran Bursa Malaysia dibuka meningkat namun susut kemudiannya akibat ketidaktentuan pasaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia dibuka meningkat namun susut kemudiannya akibat ketidaktentuan pasaran
Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal dagangan Rabu sebelum susut kemudiannya ketika sentimen pelabur kekal berhati-hati.
![Bursa Malaysia teruskan aliran menurun susulan kekurangan pemangkin Bursa Malaysia teruskan aliran menurun susulan kekurangan pemangkin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia teruskan aliran menurun susulan kekurangan pemangkin
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.28 mata atau 0.27 peratus kepada 1,585.38 daripada paras penutup 1,589.66 pada Isnin.
![Bursa Malaysia dibuka rendah Bursa Malaysia dibuka rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa, mencerminkan sentimen pelabur berhati-hati berikutan prestasi bercampur-campur dalam pasaran global.
![Bursa Malaysia menyusut susulan aktiviti pengambilan untung berterusan Bursa Malaysia menyusut susulan aktiviti pengambilan untung berterusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia menyusut susulan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada 5 petang hari ini, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun sebanyak 0.05 peratus atau 0.71 mata kepada 1,589.66 daripada 1,590.37 ketika ditutup Jumaat lepas
![Bursa Malaysia rendah dalam dagangan awal Bursa Malaysia rendah dalam dagangan awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705634447_TBBursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia rendah dalam dagangan awal
Pada 9.16 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.57 kepada 1,584.80 daripada 1,590.37 pada Jumaat lepas.