KUALA LUMPUR: Indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) memulakan dagangan Khamis dengan lebih tinggi, meskipun prestasi semalaman Wall Street sebaliknya rendah ketika peniaga terus bersikap berhati-hati menjelang pengumuman data perbelanjaan penggunaan Amerika Syarikat (AS) pada lewat hari ini.
Pada 9.17 pagi, FBM KLCI menokok 1.94 mata kepada 1,547.53 daripada paras 1,545.59 di akhir dagangan semalam.
Sewaktu pasaran dibuka, indeks berkenaan naik 2.03 mata kepada 1,547.62.
Bagaimanapun, sentimen pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 390 berbanding 187 manakala 289 kaunter lain tidak berubah; 1,424 tidak didagangkan dan 43 lain digantung dagangannya.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata prestasi semalaman Wall Street susut dengan Purata Perindustrian Dow Jones ditutup merosot 23 mata manakala Nasdaq menguncup 88 mata susulan hasil Perbendaharaan 10 tahun AS turun kepada 4.266 peratus.
Selain itu, Indeks Hang Seng Hong Kong merosot 254 mata yang juga prestasi terburuknya dalam tempoh empat minggu apabila peniaga memutuskan untuk mengambil keuntungan.
"Bagaimanapun, kalangan pemaju Hong Kong mendapat suntikan rangsangan berikutan pembatalan sekatan ke atas urus niaga hartanah," katanya kepada Bernama.
Di pasaran tempatan, beliau menyifatkan pemulihan segera diperlukan bagi mengekalkan sentimen keyakinan bagi memacu aliran peningkatan indeks.
"Oleh itu, kami menjangkakan indeks itu mungkin berlegar dalam lingkungan 1,545.pada hari ini," katanya.
Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank dan CIMB masing-masing naik dua sen kepada RM9.53 dan RM6.45; Public Bank menokok satu sen kepada RM4.44; Tenaga Nasional meraih enam sen kepada RM11.02 dan Petronas Chemicals meningkat lima sen kepada RM6.90.
Bagi saham aktif, MY E.G. Services menambah 2.5 sen kepada 81.5 sen; Velesto Energy naik satu sen kepada 29 sen; Ekovest turun 2.5 sen kepada 45 sen manakala Hong Seng Consolidated dan Bumi Armada tkekal pada 1.5 sen dan 52 sen.
Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas turun 7.20 mata pada 11,456.43; Indeks FBMT 100 susut 7.72 mata kepada 11,123.62; Indeks FBM Emas Shariah merosot 12.67 mata kepada 11,470.29; Indeks FBM 70 kehilangan 66.94 mata kepada 15,371.69 dan Indeks FBM ACE berkurangan 17.10 mata kepada 4,748.14.
Bagi prestasi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 29.67 mata kepada 17,329.30; Indeks Perladangan menokok 1.21 mata kepada 7,156.93 namun Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.37 mata kepada 175.57 manakala Indeks Tenaga susut 2.49 mata kepada 922.15.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 29 2024
![FBM KLCI dibuka tinggi walaupun prestasi semalaman Wall Street susut FBM KLCI dibuka tinggi walaupun prestasi semalaman Wall Street susut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704944594_BURSAMALAYSIA.jpg)
Pada 9.17 pagi, FBM KLCI menokok 1.94 mata kepada 1,547.53 daripada paras 1,545.59 di akhir dagangan semalam. -Gambar fail/Bernama
![Pemimpin Australia, New Zealand dan Kanada gesa gencatan senjata segera di Gaza Pemimpin Australia, New Zealand dan Kanada gesa gencatan senjata segera di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721105049_zionist.jpg)
Pemimpin Australia, New Zealand dan Kanada gesa gencatan senjata segera di Gaza
Ketiga-tiga pemimpin itu menggesa Israel untuk memberi maklum balas terhadap keputusan ICJ minggu lepas yang menganggap pendudukan wilayah Palestin oleh Israel adalah haram.
![Kerajaan tidak tergesa-gesa laksana pelarasan subsidi diesel - Armizan Kerajaan tidak tergesa-gesa laksana pelarasan subsidi diesel - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721985598_DatukArmizanMohdA.jpg)
Kerajaan tidak tergesa-gesa laksana pelarasan subsidi diesel - Armizan
Kerajaan tidak tergesa-gesa dalam melakukan penyelarasan subsidi diesel sebaliknya ia dilakukan selepas kajian menyeluruh.
Kerajaan tidak terburu-buru laksana pelarasan diesel
Kerajaan tidak tergesa-gesa dalam melakukan penyelarasan subsidi diesel sebaliknya ia dilakukan selepas kajian menyeluruh, merangkumi pelbagai aspek diselesaikan.
![Program PERMATA Negara pastikan kanak-kanak B40 dapat pendidikan awal berkualiti Program PERMATA Negara pastikan kanak-kanak B40 dapat pendidikan awal berkualiti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721983154_AgendaAWANIPermat.jpg)
Program PERMATA Negara pastikan kanak-kanak B40 dapat pendidikan awal berkualiti
Program-program PERMATA ditubuhkan dengan hasrat untuk mengalu-alukan kanak-kanak dan remaja daripada setiap lapisan kaum.
Keuntungan bersih Westport naik kepada RM203.74 juta, umum dividen 8.89 sen
Perdagangan serantau antara Asia menjadi asas pertumbuhan jumlah kontena Westports dengan laluan perdagangan itu menyumbang 65 peratus daripada jumlah kontena yang dikendalikan.
Pulau Pinang pengeksport utama Malaysia untuk Jun 2024
Kerajaan tidak tergesa-gesa dalam melakukan penyelarasan subsidi diesel sebaliknya ia dilakukan selepas kajian menyeluruh, merangkumi pelbagai aspek diselesaikan.
Sumbangan PMKS kepada KDNK berkembang 5.0 peratus pada 2023
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), pertumbuhan PMKS juga mengatasi KDNK Malaysia iaitu 3.6 peratus pada 2023.
KDNK dijangka kekal positif pada separuh kedua tahun 2024 - Pakar
MIDF Research mengunjurkan KDNK Malaysia kekal positif pada separuh kedua 2024, dengan Abdul Mui’zz Morhalim optimis melihat peningkatan saham tempatan dan lonjakan dalam sektor pembinaan dan perkhidmatan. Momentum ini dijangka berterusan disokong oleh pertumbuhan sektor perkhidmatan dan pemulihan sektor pelancongan.
![Lif Komtar dihentikan susulan limpahan air Lif Komtar dihentikan susulan limpahan air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696916841_komtar.jpg)
Lif Komtar dihentikan susulan limpahan air
Kejadian itu disedari pengawal keselamatan bertugas yang mengesan limpahan air dari bilik tangki tersebut pada 3.15 pagi tadi.
Kes pembubaran: Pita Limjaroenrat harap Parti Move Forward bertahan
Pemimpin pembangkang Thailand, Pita Limjaroenrat, berharap partinya, Move Forward, akan bertahan susulan kes membubarkan parti itu.
![Detik sukar bagi Bursa Malaysia kian berlalu Detik sukar bagi Bursa Malaysia kian berlalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/71590550335_BursaMalaysia.jpg)
Detik sukar bagi Bursa Malaysia kian berlalu
Petunjuk pasaran itu dijangka mencecah paras 1,530 pada akhir tahun, disokong oleh mudah tunai domestik yang kukuh.
![Bursa Malaysia ditutup tinggi seiring kebanyakan pasaran serantau Bursa Malaysia ditutup tinggi seiring kebanyakan pasaran serantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/41587960040_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia ditutup tinggi seiring kebanyakan pasaran serantau
FBM KLCI dibuka 5.19 mata lebih tinggi kepada 1,382.12 dan bergerak di antara 1,382.02 dengan 1,392.23 sepanjang dagangan hari ini.
![Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/41588734275_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur hari ini ketika indeks utama susut sedikit berikutan prestasi Public Bank dan Hong Leong Bank.
![Bursa Malaysia teruskan peningkatan pada awal dagangan Bursa Malaysia teruskan peningkatan pada awal dagangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/51586920767_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia teruskan peningkatan pada awal dagangan
Bursa Malaysia meneruskan kenaikan semalam apabila dibuka lebih tinggi hari ini, didorong oleh belian berterusan di kaunter-kaunter berkaitan indeks berikutan sentimen serantau yang positif.
Harga saham BSKL dijangka meningkat
Harga saham di Bursa Malaysia dijangka meneruskan aliran meningkatnya minggu ini.