KUALA LUMPUR: Ericsson menjalinkan kerjasama bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Digital Nasional Berhad (DNB) bagi mewujudkan inisiatif pendidikan 5G di Malaysia yang akan memberi manfaat kepada lebih 1,200 pelajar tahun pertama universiti itu
Menerusi jalinan kerjasama itu, Ericsson akan membuka platform Ericsson Educate kepada pelajar UTM bagi menawarkan akses kepada bahan-bahan pembelajaran tentang teknologi utama merangkumi rangkaian 5G, kecerdasan buatan (artificial intelligence), pembelajaran mesin (machine learning), automasi (automation), rantaian blok (blockchain), pengkomputeran awan, sains data, IoT dan telekomunikasi.
Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail berkata, menerusi kerjasama itu, pihaknya dapat menghasilkan graduan berkualiti tinggi serta bertaraf dunia selaras dengan teras strategik universiti itu.
“Kerjasama kami dengan Ericsson dan DNB adalah untuk menyepadukan kandungan yang dipacu industri dengan kurikulum kami, bagi membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan graduan kami agar berdaya saing dalam persekitaran kerja Industri 4.0.
“Ia juga akan memaksimumkan potensi dan kecemerlangan individu dalam tenaga kerja melalui peluang latihan semula dan peningkatan kemahiran (reskilling and upskilling)," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Kerjasama itu membolehkan pelajar serta pensyarah mendapatkan sumber pembelajaran digital daripada portal Ericsson Educate tanpa kos selain program ijazah dan kelayakan mikro UTM yang berasaskan dalam talian.
Pada masa yang sama, Ericsson juga akan pensyarah UTM untuk menggunakan bahan-bahan kursus di samping mata pelajaran yang diajar oleh mereka.
Selain itu, DNB akan berusaha mewujudkan peluang kepada peserta kursus untuk menyertai DNB sebagai pelajar latihan amali selepas menamatkan kursus yang relevan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat DNB, Zuraida Jamaluddin berkata, rangkaian 5G akan menjadi pemangkin utama dalam mengubah ekonomi digital Malaysia selain mewujudkan persekitaran pembelajaran yang akan memacu inovasi masa hadapan.
"Ini akan membantu merapatkan jurang digital dan menjamin kesamarataan dalam pendidikan khususnya yang melibatkan masyarakat terpinggir.
"Kami teruja dengan kerjasama bersama UTM dan Ericsson ini, di mana DNB akan menyediakan pakar subjek dan perundingan, serta menawarkan peluang latihan kepada peserta kursus yang berkelayakan selepas tamat pengajian dari UTM," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Ericsson Malaysia, Sri Lanka dan Bangladesh, David Hagerbro berkata, kerjasama itu merupakan langkah penting oleh Ericsson dan DNB untuk membangunkan tenaga kerja mahir 5G di Malaysia untuk menyokong wawasan MyDigital kerajaan.
“Pelaburan kami dalam UTM bertujuan mempercepatkan transformasi digital Malaysia termasuk membina tenaga kerja mahir 5G.
"Dengan melengkapkan pembelajaran UTM dengan kandungan Ericsson Educate serta wawasan industri DNB, UTM akan mengukuhkan lagi kemahiran ICT mereka sekali gus meningkatkan ketersediaan bakat mahir 5G di negara ini,” katanya. - DagangNews.com
Dagang News
Wed Jan 12 2022

Menerusi jalinan kerjasama itu, Ericsson akan membuka platform Ericsson Educate kepada pelajar UTM bagi menawarkan akses kepada bahan-bahan pembelajaran tentang teknologi utama. -Dagang News
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
[TERKINI] Polis cari perakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
Polis sedang mengesan individu yang merakam detik ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin berjalan sambil memimpin tangan dua anaknya sebelum video itu dimuat naik ke media sosial, baru-baru ini.

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).

UTM terima 97 pelajar perintis Fakulti Kecerdasan Buatan
UTM hari ini menerima 97 pelajar yang telah mendaftar untuk mengikuti pengajian di Fakulti Kecerdasan Buatan (FAI) bagi pengajian Sarjana Muda Sepenuh Masa, sesi akademik 2024/2025.

Lapan struktur haram atas tanah UTM diroboh
Sebuah kandang ternakan antara lapan struktur binaan yang dirobohkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam operasi yang dijalankan.

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UTM tekad lahir lebih ramai graduan STEM
Bagi mencapai hasrat itu, pelbagai program diadakan termasuk mencipta rekod MBOR baharu sempena Mechanical Open Day and Exhibition 2024.

UTM lonjak 76 anak tangga dalam ranking universiti Asia
UTM berada pada kedudukan ke-85 tahun ini berbanding ke-161 tahun sebelumnya dalam Ranking Universiti Asia Times Higher Education 2024.

UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.

Fakulti AI UTM dijangka dirasmikan 3 Mei depan
Penubuhan Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dijangka dirasmikan pada 3 Mei depan.

KPT kerjasama dengan UTM bangunkan fakulti AI pertama - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia sedang membangunkan Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama di Malaysia.

UTM terajui SDG 7 di peringkat global, kekal tangga teratas untuk SDG 9 di Malaysia
UTM telah menunjukkan peningkatan cemerlang dengan empat SDG berada pada ranking 100 Teratas: masing-masing SDG 7 (#1), SDG 9 (#39), SDG 4 (#70), adan SDG 16 (#96).

Siap siaga bencana alam, komuniti setempat perlu diperkasakan
Kesiapsiagaan bencana alam harus diperkasakan dari peringkat akar umbi termasuk komuniti setempat seperti barisan pengurusan di peringkat ketua kampung dan penghulu.