KUALA LUMPUR: Pengeluar alat ganti automotif yang tersenarai di Pasaran Utama, EP Manufacturing Bhd kini semakin hampir dengan hasratnya untuk merealisasikan kepelbagaian dalam perniagaan dalam pengeluaran Kenderaan Elektrik (EV) generasi akan datang, dengan memanfaatkan `agenda hijau’ Kerajaan China serta pembiayaan dana global.
Kerajaan Wilayah Kawasan Baru Pantai Barat Qingdao dan Sharkgulf Technologies Group Limited berganding bahu menubuhkan Blueshark Gigafactory untuk mengeluarkan kenderaan elektrik (EV).
Untuk itu, sebuah dana yang dikaitkan dengan Kerajaan Perbandaran Qingdao serta Sharkgulf telah memeterai perjanjian untuk melabur secara bersama dalam Gigafactory yang canggih. Sharkgulf ialah pembangun dan pengeluar EV dua roda jenama "Blueshark".
Susulan perkembangan ini juga, EPMB pada Selasa telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) dengan Sharkgulf dan CIS Pride Silver Rock Fund (CIS) untuk memulakan perkongsian strategik baharu itu.
Berikutan peristiwa penting itu, EPMB menceburi bidang pembuatan, pemasangan dan pengedaran EV dua roda untuk Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara yang lain, dalam usahanya untuk memanfaatkan industri EV dua roda global yang bernilai berbilion dolar.
Kumpulan EPMB akan menubuhkan Kilang Pembuatan dan Pusat Jualan serta Pengedaran di Malaysia untuk EV dua roda berjenama Blueshark.
Selain itu, EPMB juga akan menubuhkan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (“R&D”), yang mana akan berkongsi pengetahuan teknikal dan sumber kepada Gigafactory Sharkgulf di Kawasan Baru Pantai Barat Qingdao.
CIS akan menjadi pembiaya utama untuk usaha niaga baharu ini. Mandat pelaburan CIS adalah, antara lain, untuk melabur atau memperoleh pelaburan berkenaan untuk pembinaan kilang pembuatan Sharkgulf di China dan kilang pembuatan EPMB di Malaysia, pajakan kewangan produk dab perkhidmatan Sharkgulf serta kemudahan dan pengurusan Rantaian bekalan produk Sharkgulf.
CIS adalah dana pelaburan yang diuruskan oleh Silver Rock Capital Limited, Realchamp Asset Management Limited dan The Pride Group Limited.
Silver Rock yang mana juga adalah platform pelaburan yang diasaskan bersama oleh Steven Rockefeller III dan Silver Mountain Group.
Silver Mountain Group telah ditubuhkan di Hong Kong oleh sebuah keluarga dari Eropah pada tahun 2013. Silver Mountain Group mempunyai rangkaian yang luas dalam bidang penjagaan kesihatan dan sumber antarabangsa, dan berusaha untuk menjadi penghubung antara China, AS dan Eropah.
Sementara itu, Sharkgulf adalah syarikat yang sedang berkembang pesat dalam bidang EV beroda dua. Sehingga Oktober 2021, syarikat itu telah memohon 120 paten nasional, yang mana 54 daripadanya telah diperoleh. Dalam tempoh dua tahun akan datang, terdapat lebih 400 paten bagi ciptaan yang digunakan oleh Sharkgulf di seluruh dunia.
Motosikal EV berjenama Blueshark Sharkgulf boleh dibuka kuncinya dengan mudah itu hanya dengan cap jari, selain dilengkapi dengan 74 penderia, termasuk penderia tekanan, giroskop 6 paksi, penderia voltan & arus, penderia suhu. Setiap minit, penderia memuat naik data sehingga 300 kali, memberikan sokongan data untuk mengoptimumkan pengalaman pemanduan pengguna. Ia juga merupakan kenderaan dua roda EV pertama dengan sistem pengendalian.
EV beroda dua ini dikuasakan oleh bateri litium-ion mudah alih generai dan boleh tukar, sekali gus menjadikan motosikal lebih padat dan cekap. Dalam beberapa saat, pengguna akan dapat menukar bateri terpakai untuk bateri yang dicas penuh di "stesen pertukaran".
"Stesen pertukaran" ini boleh diletakkan di mana-mana yang boleh diakses seperti kedai serbaneka, stesen minyak dan tempat letak kereta. Bateri juga boleh dicas di rumah menggunakan dok pengecasan khusus.
Majlis pemeteraian perjanjian hari ini disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Institut Robotik dan IoT Automotif Malaysia (MARii), Dato' Madani Sahari dan Steven Cheng Seng Hock, Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang berpangkalan di Shanghai.
Acara ini adalah kemajuan daripada Memorandum Persefahaman (MOU) yang ditandatangani antara EPMB dan MARii yang dimeterai pada 10 November 2021 iaitu untuk bekerjasama dan menerokai penghantaran super ekosistem dan EV.
Pengerusi Eksekutif EPMB Hamidon Abdullah berkata, usaha ini akan membuka lembaran baharu kepada langkah syarikat untuk mempelbagaikan serta melengkapkan perniagaan kami sekarang. Usaha EV beroda dua itu akan menjadi bahagian yang berasingan sama sekali. – DagangNews.com
Dagang News
Wed Mar 09 2022
EV dua roda jenama "Blueshark" dibangunkan dan dimajukan oleh Sharkgulf. - Foto DagangNews
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
EPMB meterai MoA dengan Sharkgulf, CIS untuk bina kilang pembuatan EV di Malaysia
Kumpulan EPMB akan menubuhkan Kilang Pembuatan dan Pusat Jualan serta Pengedaran di Malaysia untuk EV dua roda berjenama Blueshark.