KUALA LUMPUR: Eksport perabot Malaysia pada Januari-Julai 2022 mencatatkan peningkatan berbanding tahun lalu walaupun industri itu berdepan dengan pelbagai cabaran, menurut Majlis Perabot Malaysia (MFC).
Presidennya, Khoo Yeow Chong memberitahu Bernama pada acara Reka Interiors Exhibition (RiX) 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Khamis, jumlah keseluruhan eksport perabot, termasuk perabot kayu ialah RM8.50 bilion berbanding RM7.20 bilion bagi tempoh yang sama tahun lalu.
"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Majlis Kayu-kayan Malaysia (MTC) kerana mempromosikan produk-produk perabot Malaysia secara aktif di seluruh dunia." kata beliau.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi MTC Noraihan Abdul Rahman berkata, eksport perabot kayu bagi tempoh tersebut berjumlah RM6.93 bilion, naik 14.4 peratus daripada tempoh yang sama tahun lalu.
"Pengukuhan dolar AS turut menyumbang kepada kenaikan nilai eksport," katanya.
Pada acara RiX itu, MTC, MFC dan Institut Perekabentuk Dalaman Malaysia (MIID) turut mengumumkan selesainya Program Inkubator Reka Bentuk TIMB3R untuk edisi pertama dan kedua, inisiatif bagi reka bentuk dan pembuatan produk perabot dan kayu yang pertama seumpamanya.
Program itu bertujuan mengembangkan sektor perabot dan perkayuan Malaysia serta untuk mengukuhkan reka bentuk dan rantaian nilai pembuatan bagi memenuhi kehendak pasaran antarabangsa.
Program yang berlangsung selama enam bulan itu menghubungkan pereka yang mengambil bahagian dengan pengilang untuk mengkonsepkan, mereka bentuk dan mencipta produk perabot dan kayu yang berdaya maju secara komersial bagi pasaran global.
Produk akhir akan diperagakan di Malaysia Export Furniture Exhibition (EFE) 2023, salah satu pameran kelengkapan dan perabot antarabangsa terbesar di Asia Tenggara.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 28 2022
Jumlah keseluruhan eksport perabot, termasuk perabot kayu ialah RM8.50 bilion berbanding RM7.20 bilion bagi tempoh yang sama tahun lalu.
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Eksport perabot naik 18 peratus kepada RM8.5 bilion - MFC
Jumlah keseluruhan eksport perabot, termasuk perabot kayu ialah RM8.50 bilion berbanding RM7.20 bilion bagi tempoh yang sama tahun lalu.