KUALA LUMPUR: Eksport pakaian dan segala kelengkapan pakaian terpilih meningkat 18.5 peratus tahun ke tahun kepada RM499.9 juta, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
Di peringkat negeri, Johor mencatatkan eksport tertinggi bagi pakaian dan kelengkapan terbabit bernilai RM272.7 juta (54.5 peratus) dan diikuti oleh Selangor (RM104.3 juta, 20.9 peratus) serta Perlis (RM41.0 juta, 8.2 peratus).
"Eksport pada April 2022 meningkat sebanyak RM21.9 bilion (+20.7 peratus) berbanding bulan sama tahun sebelumnya manakala import juga meningkat RM18.7 billion (+22.0%) pada April 2022 berbanding bulan sama 2021," kata Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan Statistik Eksport Import Mengikut Negeri Pada April 2022, yang dikeluarkan semalam.
Menurut beliau, eksport lebih tinggi direkodkan bagi kebanyakan negeri iaitu Pulau Pinang (+RM9.0 bilion), Selangor (+RM3.7 bilion), Sarawak (+RM3.4 bilion), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (+RM1.7 bilion), Sabah (+RM1.6 bilion), Johor (+RM1.6 bilion) dan Kedah (+RM1.3 bilion).
Bagaimanapun, eksport susut di Melaka (-RM631.4 juta), Terengganu (-RM349.2 juta), Negeri Sembilan (-RM324.0 juta) dan Perak (-RM280.1 juta).
Mengulas prestasi import mengikut negeri, Mohd Uzir berkata import meningkat RM18.7 billion (+22.0 peratus) pada April 2022 berbanding bulan sama tahun sebelumnya.
"Peningkatan import dicatatkan di Pulau Pinang (+RM5.4 bilion), Selangor (+RM3.0 bilion), Melaka (+RM2.2 bilion), Kedah (+RM1.7 bilion), Johor (+RM1.5 bilion) dan Kuala Lumpur (+RM1.4 bilion)," katanya.
Import bagaimanapun susut di Kelantan (-RM170.7 juta), Sabah (-RM102.0 juta) dan di Terengganu (-RM38.6 juta).
"Antara lima negeri pengeksport utama, Pulau Pinang kekal di kedudukan teratas sebanyak 29.3 peratus dan diikuti oleh Johor (20.0 peratus), Selangor (19.5 peratus), Sarawak (8.1 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (4.3 peratus)," katanya.
Beliau berkata bagi import, Selangor kekal sebagai penyumbang utama sebanyak 25.6 peratus, diikuti oleh Pulau Pinang (23.4 peratus), Johor (18.3 peratus), Kuala Lumpur (7.3 peratus) dan Kedah (5.7 peratus).
Pada minggu lepas, Jabatan Perangkaan telah mengumumkan data perdagangan bagi April 2022 yang meningkat 21.3 peratus tahun ke tahun kepada RM231.4 bilion dengan eksport meningkat 20.7 peratus kepada RM127.5 bilion manakala import bernilai RM103.9 bilion (+22.0 peratus).
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 27 2022

Statistik eksport import mengikut negeri, April 2022. - Foto Jabatan Perangkaan Malaysia
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Eksport pakaian, kelengkapan terpilih meningkat kepada RM499.9 juta
Johor mencatatkan eksport tertinggi bagi pakaian dan kelengkapan terpilih bernilai RM272.7 juta, diikuti Selangor dan Perlis.