BEIJING: Eksport minyak sawit dan berkaitan dengan minyak sawit Malaysia ke China dijangka meningkat tahun ini atau kekal berada pada paras tahun lepas, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Tahun lepas, eksport minyak sawit dan produk berkaitan minyak sawit dari Malaysia ke China mencecah AS$3.72 bilion atau RM14.86 bilion, jumlah besar ini membentuk 11.4 peratus daripada jumlah keseluruhan eksportdi seluruh dunia iaitu berjumlah RM130.25 bilion .
"Terdapat banyak pasaran yang belum kita tembusi di China. Justeru, kita perlu terus mengukuhkan hubungan perdagangan antara Malaysia dan China," katanya selepas mengadakan dua pertemuan dua hala dengan Menteri Pentadbiran Am dan Kastam China Yu Jianhua dan Naib Premier China Liu Guozhong di sini hari ini.
Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata lawatannya ke China adalah susulan daripada lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara itu pada Mac tahun ini.
Semasa lawatan itu, Anwar bertemu dengan Presiden China Xi Jinping untuk menandakan lawatan sulungnya ke China sejak memegang jawatan perdana menteri pada November 2022.
Malaysia juga mencatat rekod tertinggi dalam komitmen pelaburan sepanjang lawatan berkenaan berjumlah RM170 bilion (AS$38.6 bilion).
Mengenai import minyak sawit, Fadillah berkata China komited untuk meningkatkan lagi jumlah import minyak sawit dan produk hiliran mengandungi minyak sawit dari Malaysia yang merupakan pengeluar minyak sayuran kedua terbesar di dunia.
Beliau berkata China merancang untuk meningkatkan bukan sahaja import minyak sawit tetapi juga derivatif termasuk tokotrienol, ia merupakan vitamin E berasaskan minyak sawit.
''China juga mahu melihat bagaimana kita boleh meningkatkan kerjasama daripada segi penyelidikan dan pembangunan untuk meningkatkan penggunaan minyak sawit di negara ini,'' kata Fadillah.
Beliau berkata mesyuarat itu turut membincangkan eksport buah segar ke China.
"Kami telah mengeksport nangka ke Nanning tahun ini dan mereka berminat untuk meningkatkan penghantaran buah-buahan lain termasuk durian," katanya.
Fadillah dijadual bertemu Menteri Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar Tang Renjian esok.
Beliau dalam lawatan rasmi sulungnya ke China dari 12 hingga 19 November.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 16 2023
FADILLAH: Terdapat banyak pasaran yang belum kita tembusi di China. Justeru, kita perlu terus mengukuhkan hubungan perdagangan antara Malaysia dan China. - Gambar fail
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Kerajaan sasar pengembangan pasaran eksport buluh sehingga RM85 juta pada 2030
Perdagangan eksport buluh dan produk berasaskan buluh juga menunjukkan peningkatan sebanyak 47 peratus pada 2023.
Eksport durian segar ke China tidak jejas pasaran tempatan
Pengeksportan pertama durian segar ke China tidak akan menjejaskan pasaran dan harga buah itu di pasaran tempatan.
Malaysia kekal pengeksport LNG kelima terbesar pada 2023
Jumlah eksport LNG Malaysia pada 2023 ialah 26.75 juta tan, membentuk kira-kira 7% daripada jumlah LNG yang diniagakan di seluruh dunia.
Malaysia dijangka eksport durian segar ke China selewat-lewatnya Oktober tahun ini
Melalui MoU yang ditandatangani 19 Jun lalu, Malaysia mendapat 'lampu hijau' untuk mengeksport durian, namun belum dipastikan tarikh sebenarnya.
Malaysia rekod perdagangan perkhidmatan RM433.2 bilion pada 2023 - Jabatan Perangkaan
Jumlah perdagangan perkhidmatan Malaysia berjumlah RM433.2 bilion pada 2023, menyumbang 23.8 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar.
Perdagangan Malaysia pada Mei meningkat kepada RM246.31 bilion, tertinggi dalam 20 bulan
Perdagangan Malaysia kekal kukuh pada Mei 2024, mencatatkan pertumbuhan dua digit tahun ke tahun sebanyak 10.3 peratus kepada RM246.31 bilion.
Eksport mi segera Korea Selatan lepasi AS$100 juta buat julung kali dalam April - Kastam
Eksport mi segera atau "ramyeon" dalam Bahasa Korea mencecah AS$108.6 juta pada April, naik 46.8 peratus dari setahun sebelumnya.
Pengeluaran getah asli Malaysia bagi Februari 2024 menurun 2.0 peratus - Perangkaan
Perbandingan tahun ke tahun menunjukkan pengeluaran getah asli meningkat 9.1 peratus daripada 27,209 tan metrik pada Februari 2023.
Ekonomi Malaysia bakal pulih dengan sokongan eksport - FMM
Data PMI memberi isyarat bahawa aktiviti pembuatan kembali rancak dan berada di landasan untuk mencatatkan pemulihan beransur-ansur.
Perdagangan Malaysia bagi Feb 2024 tumbuh 3.3 peratus, cecah RM211.79 bilion - MITI
Eksport berkurangan secara marginal sebanyak 0.8 peratus kepada RM111.33 bilion manakala import sebaliknya meningkat 8.4 peratus kepada RM100.46 bilion.