Eksport barangan ke China tidak lagi dikenakan cukai pada 2018, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II Datuk Seri Ong Ka Chuan.
Beliau berkata pemansuhan halangan bukan tarif itu akan meliberalisasikan pergerakan barangan dari Malaysia ke republik itu.
"Kita telah menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA), di mana barangan kita yang memasuki negara ini adalah 96 peratus bebas cukai... dan kita akan mencapai sifar peratus akhirnya (100 peratus bebas cukai) dan semua barangan tidak akan dicukai.
"Ini akan membawa ke arah e-dagang. Apabila barangan tidak dikenakan cukai, pembeli boleh membeli barangan secara terus melalui Internet," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pavalion Malaysia pada Ekspo China ASEAN (CAEXPO) ke-13 di sini pada Sabtu.
Ong berkata e-dagang merupakan kaedah untuk bergerak ke depan bagi syarikat Malaysia ,bukan hanya untuk memudahkan dagangan dengan China, bahkan dengan negara rakan dagangan Malaysia sedia ada.
Beliau berkata perjanjian antara Malaysia dan Turki telah meningkatkan eksport produk Malaysia ke negara itu sebanyak 123 peratus.
Menerusi s-dagang, angka ini akan terus meningkat, katanya.
Ong berkata daripada 205 syarikat yang menyertai CAEXPO empat hari tahun ini, 40 peratus daripadanya mempunyai operasi perniagaan lain menggunakan platform dalam talian.
CAEXPO yang bermula esok, disertai 205 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang akan mengetengahkan produk dan perkhidmatan masing-masing.
CAEXPO yang dianjurkan bersama oleh China dan 10 anggota ASEAN, bermatlamat menggalakkan kerjasama dan pembangunan bersama China dan ASEAN.
Tumpuan utama penyertaan CAEXPO tahun ini adalah untuk memanfaatkan CAFTA, mempromosikan eksport Malaysia, menarik pelaburan dari China, mengetengahkan industri pelancongan Malaysia selain menjenamakan Malaysia sebagai negara dinamik yang kaya dengan sumber semula jadi serta memiliki asas ekonomi yang kukuh dan properniagaan. - BERNAMA
Bernama
Sat Sep 10 2016
Ong berkata pemansuhan halangan bukan tarif itu akan meliberalisasikan pergerakan barangan dari Malaysia ke republik itu. - Gambar fail
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Eksport ke China bebas cukai pada 2018
Pemansuhan halangan bukan tarif itu akan meliberalisasikan pergerakan barangan dari Malaysia ke republik itu.