KUALA LUMPUR: Eksport daging lembu Hanwoo Korea Selatan yang pertama disahkan halal ke Malaysia bermula bulan depan, membolehkan perdagangan dua hala antara kedua-dua negara dijangka meningkat, dan bakal merangsang pengembangan eksport republik itu ke lebih banyak negara-negara yang majoritinya beragama Islam.
Menteri Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar (Mafra) Korea Selatan, Chung Hwang Keun berkata berikutan eksport produk baharu itu ke Malaysia, angka perdagangan berpotensi lebih tinggi daripada rekod tahun lepas sebanyak AS$26.7 bilion (AS$1 = RM4.47).
"Pada 2022, jumlah dagangan antara Korea Selatan dan Malaysia mencecah AS$26.7 bilion, meningkat kira-kira AS$6 bilion atau 30 peratus berbanding 2021.
"Walaupun jumlah nilai eksport daging lembu Korea adalah kira-kira AS$30 juta tahun lepas, kami menjangkakan kesan positif dalam meningkatkan perdagangan kami dengan Malaysia.
"Memandangkan minat yang tinggi terhadap masakan Korea, dipengaruhi oleh muzik dan drama (televisyen) Korea, kami akan berusaha untuk terus mengaktifkan eksport daging lembu Korea," katanya kepada Bernama dalam temu bual eksklusif sempena pelancaran acara promosi Hanwoo Korean Beef pada Jumaat.
Chang berada di Kuala Lumpur untuk lawatan tiga hari bagi bertemu dengan pegawai-pegawai kerajaan dan syarikat berkaitan import bagi mempromosikan lagi eksport daging lembu Hanwoo Korea.
Terdahulu, beliau bertemu rakan sejawatannya dari Malaysia, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu dan mengeluarkan deklarasi bersama bagi memperluaskan kerjasama dalam keselamatan makanan, pertanian pintar dan eksport makanan.
Memperluaskan daging lembu Korea ke negara-negara Islam
Chang berkata Malaysia adalah pasaran pertama bagi daging lembu Korea yang disahkan halal, dan terdapat ruang yang besar untuk mengembangkan lagi eksport daging lembu halal.
"Kami menjangkakan pengembangan eksport selanjutnya ke negara-negara lain yang memerlukan pensijilan halal, seperti Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), yang mana rundingan mengenai pemeriksaan eksport telah diselesaikan.
"Kami merancang untuk berusaha mengembangkan eksport daging lembu Korea ke negara Islam lain, termasuk UAE, dengan memastikan penyediaan pensijilan dan rundingan yang diperlukan," katanya.
Chang memberitahu selepas hampir lima tahun perbincangan, pemantauan rapi dan bantuan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kedua-dua negara telah bersetuju dengan syarat kebersihan import, dengan Mafra menerima kelulusan akhir setelah melakukan pemeriksaan dari Januari hingga Februari tahun ini.
Perkembangan terkini itu, membolehkan Malaysia menjadi negara pertama mempamerkan daging lembu Hanwoo, menjadikannya negara keempat termasuk Hong Kong, Macau dan Kemboja yang boleh mengimport daging lembu Korea.
"Dengan sukacitanya dimaklumkan iaitu pada Mac tahun ini, Korea Selatan telah menubuhkan pusat penyembelihan yang pertama diperakui halal, dan berikutan itu, Malaysia menjadi negara pertama yang boleh mempamerkan daging lembu Hanwoo.
"Walaupun menghadapi pelbagai cabaran semasa mendapatkan pensijilan halal, rundingan kuarantin untuk eksport daging lembu Hanwoo telah selesai pada 2020," katanya.
Chang berkata kerajaan Korea Selatan telah memberikan sokongan kepada proses itu dengan memberi penjelasan terperinci kepada pegawai-pegawai Jakim yang menjalankan pemeriksaan di tapak, menekankan usaha dan persediaan yang luar biasa dilakukan oleh syarikat eksport-import untuk mendapatkan pensijilan halal, sekali gus memudahkan penyelesaian prosedur dengan jayanya.
Ketika ditanya mengenai pusat penyembelihan domestik yang banyak diperkatakan di Seoul, Chang berkata Jakim telah menyediakan latihan kepada pekerja untuk meningkatkan kecekapan halal mereka.
"Walaupun tiada pelan khusus untuk berkongsi teknologi dan ilmu halal, kami akan berusaha sedaya upaya memastikan penyembelihan halal dapat dijalankan tanpa sebarang masalah dengan menguruskan proses secara ketat, dan jika perlu, kami akan mewujudkan peluang pertukaran dengan pakar-pakar halal pada masa hadapan," katanya.
Pada masa ini, hanya sebuah pusat penyembelihan di Korea Selatan yang menerima pensijilan halal iaitu di Hongcheon, wilayah Gangwon.
Keunikan daging lembu Hanwoo Korea Selatan
Chang berkata daging lembu Hanwoo adalah unik, dengan rasanya yang tersendiri dan hanya boleh didapati di Korea Selatan.
Beliau berkata daging lembu itu terkenal dengan jalur-jalur lemak yang sama rata - yang menjadikan tekstur dagingnya lembut dan menghasilkan rasa yang penuh enak - dan telah mendapat reputasi melalui pelbagai media luar negara dan pempengaruh.
"Tambahan pula, setiap peringkat proses pengeluaran Hanwoo, dari ladang hingga ke meja makan, diuruskan dengan ketat melalui sistem kebolehkesanan bagi memastikan keselamatan dan kualitinya.
"Dengan memasukkan nombor pengesan dalam talian, pembeli atau pengguna boleh mendapat pengesahan secara langsung gred, kawasan pengeluaran dan maklumat ladang daging lembu Hanwoo.
"Kami mohon untuk anda mencuba daging lembu Hanwoo, yang bukan sahaja lazat tetapi juga selamat untuk dimakan," tambah menteri itu.
Pada 2022, Korea Selatan merupakan rakan dagangan kelapan terbesar Malaysia, dengan nilai perdagangan berjumlah RM114.21 bilion, meningkat 29.3 peratus daripada yang direkodkan pada 2021.
Negara Asia Timur itu merupakan pelabur asing ketujuh terbesar Malaysia dalam sektor pembuatan untuk projek-projek yang dilaksanakan bernilai RM33 bilion. - BERNAMA
Bernama
Fri May 12 2023
![Eksport daging lembu Hanwoo Korea Selatan yang disahkan halal ke Malaysia tingkatkan perdagangan dua hala Eksport daging lembu Hanwoo Korea Selatan yang disahkan halal ke Malaysia tingkatkan perdagangan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81683897047_ChungHwangKeun.jpg)
Chang berada di Kuala Lumpur untuk lawatan tiga hari bagi bertemu dengan pegawai-pegawai kerajaan dan syarikat berkaitan import bagi mempromosikan lagi eksport daging lembu Hanwoo Korea. - Gambar BERNAMA
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Eksport daging lembu Hanwoo Korea Selatan yang disahkan halal ke Malaysia tingkatkan perdagangan dua hala Eksport daging lembu Hanwoo Korea Selatan yang disahkan halal ke Malaysia tingkatkan perdagangan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81683897047_ChungHwangKeun.jpg)
Eksport daging lembu Hanwoo Korea Selatan yang disahkan halal ke Malaysia tingkatkan perdagangan dua hala
Ia merangsang pengembangan eksport republik itu ke lebih banyak negara-negara yang majoritinya beragama Islam.