SINGAPURA: Ekonomi Singapura meningkat 0.4 peratus pada asas tahun ke tahun pada suku pertama 2023, menyederhana daripada pengembangan 2.1 peratus pada suku sebelumnya, kata Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) Singapura.
Ekonomi Singapura meningkat 3.6 peratus pada 2022.
Kementerian itu dalam kenyataan hari ini berhubung prestasi ekonomi Singapura pada suku itu berkata, pihaknya mengekalkan ramalan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2023 Singapura pada 0.5 peratus hingga 2.5 peratus.
Pada asas pelarasan musim suku ke suku, MTI berkata ekonomi menguncup 0.4 peratus daripada pertumbuhan 0.1 peratus pada suku keempat 2022.
Dari segi prestasi sektor,menurutnya sektor pembuatan merosot 5.6 peratus tahun ke tahun, lebih buruk daripada penguncupan 2.6 peratus pada suku terdahulu.
"Prestasi lemah sektor itu adalah disebabkan output yang berkurangan di seluruh kluster kecuali kluster kejuruteraan pengangkutan," katanya.
MTI berkata sektor pembinaan berkembang 7.2 peratus tahun ke tahun, meneruskan pertumbuhan 10.0 peratus pada suku terdahulu, dengan output pembinaan sektor awam dan swasta meningkat pada suku berkenaan.
Sektor penginapan pula menokok 21.9 peratus tahun ke tahun, meningkat daripada pertumbuhan 7.8 peratus pada suku sebelumnya, katanya.
"Pertumbuhan pada suku itu disokong oleh pemulihan kukuh bagi ketibaan pelawat antarabangsa daripada asas rendah dalam tempoh sama tahun lepas apabila sekatan perjalanan masuk masih dilaksanakan," katanya.
Dari segi unjuran ekonomi pada 2023, MTI berkata prestasi ekonomi negara maju seperti Amerika Syarikat dan Zon Euro lebih berdaya tahan daripada yang dijangkakan, disokong oleh permintaan terhadap perkhidmatan domestik.
"Bagaimanapun, unjuran pertumbuhan untuk tempoh berbaki tahun ini kekal lemah," katanya.
MTI berkata walaupun permintaan luaran terhadap barang niaga dan komoditi Singapura lebih lemah, prospek pertumbuhan negara utama Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand kekal positif, disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan serta pemulihan yang berterusan.
Sehubungan itu, kementerian menjangka prospek permintaan luar Singapura lebih lemah sepanjang tahun ini.
"Di peringkat domestik, prospek pertumbuhan sektor berkaitan penerbangan dan pelancongan bagi ekonomi Singapura kekal positif disebabkan pemulihan yang berterusan bagi perjalanan udara antarabangsa dan pelancongan masuk.
"Bagaimanapun, prospek sektor pembuatan dan sektor berkaitan perdagangan lain ekonomi telah merosot," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 25 2023
MTI berkata, pihaknya mengekalkan ramalan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2023 Singapura pada 0.5 peratus hingga 2.5 peratus. - Fail/Pixabay
"Dokumen yang dimaksudkan tidak disorok" - Fahmi
Menteri Komunikasi berkata beliau ambik maklum bahawa Mahkamah Rayuan telah memutuskan kes ini diremit semula ke Mahkamah Tinggi.
"Maka kita perlu mengambil pandangan dan nasihat dari peguam negara tentang beberapa perkara yang tidak akan memprejudiskan perjalanan kes tersebut"
#AWANInews
"Maka kita perlu mengambil pandangan dan nasihat dari peguam negara tentang beberapa perkara yang tidak akan memprejudiskan perjalanan kes tersebut"
#AWANInews
[TERKINI] Sidang Media Mingguan Menteri Komunikasi
Ikuti siding media mingguan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil Di Kementerian Komunikasi, Putrajaya
92 juta pekerjaan terjejas pada 2030 - WEF
Kira-kira 170 peranan baharu dijangka diwujudkan dan 92 juta pekerjaan akan terjejas menjelang 2030 selain menghasilkan peningkatan bersih sebanyak 78 juta pekerjaan baharu.
JS-SEZ bab baharu dalam usaha sama pembangunan ekonomi serantau
Pemeteraian perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) semalam menandakan bab baharu dalam usaha sama membangunkan ekonomi serantau.
[TERKINI] Pasukan penyiasat mula analisis perakam data penerbangan pesawat Jeju Air
Pasukan penyiasat bersama Amerika Syarikat dan Korea Selatan memulakan analisis perakam data penerbangan pesawat malang Jeju Air.
Lelaki mengaku tak bersalah lakukan sumbang mahram anak tiri
Seorang lelaki didakwa atas tiga pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap seorang anak perempuan tirinya pada 2019 dan 2024.
Peniaga gerai mengaku hina Agong, didenda RM3,000
Seorang peniaga gerai makanan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Rabu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong di aplikasi X, minggu lalu.
Terbuka Malaysia 2025: Soon Huat-Shevon mara ke pusingan kedua
Pasangan beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai melangkah mudah ke pusingan kedua Kejohanan Terbuka Malaysia 2025.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya kini ranking ke-132 dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelakon China hilang jadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia
Seorang pelakon China yang dilaporkan hilang minggu lalu berhampiran sempadan Thailand-Myanmar dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia.
COVID-19: Singapura buka 75 peratus sektor ekonomi, sekolah dijangka dibuka berperingkat
Republik itu turut dijangka membuka semula sesi persekolahan secara berperingkat sepanjang bulan Jun.
Ekonomi Singapura berkembang 0.7 peratus pada 2019
Ekonomi Singapura berkembang sebanyak 0.7 peratus pada 2019, lebih rendah berbanding pertumbuhan 3.4 peratus yang dicatatkan pada 2018.
Ekonomi Singapura tumbuh 2.0% 2015
Angka tersebut adalah lebih rendah daripada 3.3 peratus pada 2014.