KUCHING: Ekonomi negeri Sarawak dijangka bertambah mantap dengan pendapatan lebihan yang lebih besar hasil pelaburan dalam Dana Kekayaan Berdaulat.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata beliau yakin dengan sejumlah RM8 bilion yang disimpan di institusi kewangan yang kukuh, dana itu akan terus berkembang baik tanpa diusik bagi tempoh 20 tahun.
"Melainkan kita menghadapi krisis peperangan dan juga krisis yang memerlukan dana, tetapi dalam keadaan biasa, kita tidak sentuh dana itu bagi tempoh 20 tahun, pertumbuhannya akan terus bertambah kukuh, seperti Dana Kekayaan Berdaulat Norway.
"Sebab itu kita ada ahli daripada pakar antarabangsa yang pernah menguruskan dana seumpama itu, seorang daripada Eropah dan seorang lagi dari Amerika," katanya selepas mengadakan mesyuarat bersama Ahli Lembaga Penjaga Dana Kekayaan Masa Depan Berdaulat Sarawak di sini, hari ini.
Abang Johari berkata ahli lembaga penjaga dana itu akan memantau dan menguruskan dana berkenaan mengikut tata kelola dunia, mengikut Santiago Principles, dan laporan tahunan hasil serta pengurusan dana itu akan bentangkan di hadapan Dewan Undangan Negeri (DUN) setiap tahun.
"Mereka mempunyai pengalaman dan integriti dalam pengurusan, cara pelaburan ini saya serahkan kepada pakar. Ada beberapa jawatankuasa yang penting untuk menilai risiko sebelum mereka melabur. Sudah tentu mereka akan melihat keadaan pasaran," katanya.
Beliau berkata Sarawak kini adalah sebahagian daripada ahli Forum Antarabangsa Kekayaan Berdaulat Dana (IFSWF) yang bertapak di London sebagai sebuah institusi global yang penting.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 29 2023

Abang Johari berkata beliau yakin dengan sejumlah RM8 bilion yang disimpan di institusi kewangan yang kukuh, dana itu akan terus berkembang baik tanpa diusik bagi tempoh 20 tahun. - Gambar fail/Bernama

Umat Islam harus bina kekuatan ekonomi, kuasai AI dan digital - PM Anwar
Dalam menghadapi persaingan dunia yang sengit dan mencabar, umat Islam perlu merangkul usaha untuk membina kekuatan ekonomi serta menguasai kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital.
Satu juta mahasiswa akan terima pelaburan awal percuma
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata seramai satu juta mahasiswa akan menerima pelaburan awal percuma RM50 menerusi program Celik MADANI.
Denggi: Peningkatan kes di Filipina pada kadar membimbangkan
Jabatan kesihatan memberi amaran peningkatan suhu dan cuaca yang tidak menentu mewujudkan persekitaran pembiakan yang ideal untuk nyamuk, memburukkan lagi keadaan.
PM Thailand arah tindakan keras terhadap e-rokok
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan tindakan keras menyeluruh terhadap rokok elektronik, memberi amaran bahawa mana-mana pegawai yang didapati bersubahat akan berdepan tindakan tegas.
Pesawat American Airlines dilencong ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara laut Caspian, dengan diiringi dua pesawat Eurofighter tentera udara Itali bagi memastikan pendaratan selamat.
Pilihan Raya Jerman: Kepimpinan Olaf Scholz disifatkan 'malapetaka'
Ramai berpendapat keputusan pilihan raya pada Ahad memperlihatkan kekuatan parti Christian Democratic Union of Germany (CDU), pimpinan calon canselor, Friedrich Merz, namun tidak kurang juga mendakwa keputusan itu meragukan.
[TERKINI] Roberta Flack, penyanyi lagu 'Killing Me Softly With His Song', meninggal dunia
Pemilik suara emas bagi lagu malar segar, The First Time Ever I Saw Your Face dan Killing Me Softly With His Song, Roberta Flack, meninggal dunia pada pagi Isnin.
Malaysia perluas bantuan ke Baitulmaqdis - Anwar Ibrahim
Anwar berkata bantuan menerusi instrumen wakaf akan dilaksanakan selaras permohonan Imam Masjid Al- AQSA Sheikh Dr Ekrima Sa'id Sabri yang mahu negara ini membantu kemajuan di Baitulmaqdis
17 sekolah baharu dijangka mula operasi tahun ini - Fadhlina
17 sekolah tersebut merangkumi lapan sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah membabitkan Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
RUU Pindaan Perlembagaan, Perkhidmatan Parlimen dibentang bacaan pertama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said yang membentangkan RUU itu berkata bacaan kedua bagi kedua-dua RUU berkenaan akan dibuat pada sidang kali ini.

Ekonomi Sarawak akan bertambah mantap, hasil dari Dana Kekayaan Berdaulat
Ekonomi negeri Sarawak dijangka bertambah mantap dengan pendapatan lebihan yang lebih besar hasil pelaburan dalam Dana Kekayaan Berdaulat.