KUALA LUMPUR: Landskap ekonomi Malaysia dijangka terus sederhana dalam tempoh terdekat berdasarkan data pada bulan Julai dan Ogos, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
Jabatan itu berkata ekonomi Malaysia menunjukkan pertumbuhan sederhana dengan berkembang 4.2 peratus pada separuh pertama 2023.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata prestasi itu dipengaruhi oleh pertumbuhan5.6 peratus pada suku pertama dan 2.9 peratus pada suku kedua.
"Jumlah perdagangan pada Julai 2023 merosot 14.4 peratus daripada RM252.8 bilion pada bulan yang sama tahun lalu kepada RM216.4 bilion. Eksport menyusut 13.1 peratus kepada RM116.8 bilion, manakala import menguncup 15.9 peratus kepada RM99.7 bilion.
"Sementara itu, lebihan dagangan meningkat 7.9 peratus dari tahun sebelumnya kepada RM17.1 bilion," katanya dalam satu kenyataan hari ini sempena Sorotan Statistik Ekonomi Malaysia.
Pada Ogos 2023, jumlah perdagangan Malaysia mencatatkan nilai RM213.0 bilion, menguncup 19.8 peratus atau RM52.7 bilion, manakala eksport dan import mencatatkan pertumbuhan negatif dua digit, masing-masing 18.6 peratus dan 21.2 peratus, tahun ke tahun.
Sebaliknya, lebihan dagangan meningkat sedikit sebanyak 0.1 peratus kepada RM17.3 bilion.
Mohd Uzir berkata melihat keadaan ekonomi negara pada Julai 2023, Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia pulih semula kepada 0.7 peratus pada Julai 2023, daripada -2.2 peratus pada bulan sebelumnya.
Beliau berkata peningkatan kecil pada Julai 2023 disokong oleh pertumbuhan dalam sektor perlombongan (4.2 peratus) dan sektor elektrik (1.5 peratus).
Sementara itu, sektor pembuatan kekal negatif, walaupun pada kadar yang lebih rendah sebanyak 0.2 peratus.
Pada masa yang sama, nilai jualan sektor pembuatan berjumlah RM144 bilion pada Julai 2023, turun bagi bulan kedua berturut-turut, kepada -3.0 peratus tahun ke tahun (y-o-y) daripada -4.0 peratus pada bulan sebelumnya.
Prestasi itu dipengaruhi oleh kemerosotan berterusan dalam subsektor petroleum, kimia, getah dan plastik, mencecah kepada -15.3 peratus pada bulan tersebut.
Nilai jualan industri berorientasikan eksport yang mewakili 72.1 peratus daripada jumlah jualan terus menurun sebanyak 7.0 peratus pada Julai 2023 berbanding Jun -7.4 peratus.
"Walau bagaimanapun, prestasi industri berorientasikan dalam negeri kekal cergas, mencapai 9.2 peratus pada Julai 2023 berbanding 6.8 peratus pada Jun 2023, mengurangkan kesan kemerosotan dalam industri berorientasikan eksport," kata Mohd Uzir.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 27 2023
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata ekonomi Malaysia menunjukkan pertumbuhan sederhana dengan berkembang 4.2 peratus pada separuh pertama 2023. - Gambar fail/Astro AWANI
Lebih 18,000 kandungan di media sosial diminta diturunkan - Fahmi
Sebanyak 18,785 kandungan yang melanggar undang-undang negara di pelbagai platform media sosial telah diminta diturunkan oleh MCMC sejak 1 Januari lepas.
Zoo Yangon sambut ulang tahun ke-119
Zoo Yangon menyambut ulang tahun ke-119 yang juga merupakan zoo tertua di asia tenggara.
Thailand tingkat langkah keselamatan sempadan & migrasi
Thailand komited mempercepatkan pelaksanaan langkah komprehensif bagi menangani isu migrasi rentas sempadan dan membanteras aktiviti haram di sepanjang sempadannya, khususnya di sempadan Thailand-Myanmar.
Tiada unsur jenayah dalam kes pegawai tinggi BAM - Azam Baki
Satu laporan lengkap berhubung siasatan akan dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kerana wujud beberapa perkara yang perlu diperbetulkan.
Penjawat awam direman bantu siasatan kes tuntutan palsu RM132,000
Seorang penjawat awam direman membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu berkaitan bayaran saguhati kepada saudara baru.
Kilang BYD $1 bilion di Indonesia selesai akhir 2025
Pembangunan kilang syarikat pembuatan automotif Build Your Dream (BYD) di Indonesia dijangka siap sepenuhnya hujung tahun 2025 ini. Kilang pembuatan kenderaan elektrik dari China itu menelan belanja $1 bilion dolar Amerika. Kilang itu terletak dua jam dari bandaraya Jakarta.
Singapura perkenal program penjagaan paliatif awal untuk pesakit jantung
Singapura memperkenalkan program penjagaan paliatif awal untuk pesakit jantung dengan pembiayaan sebanyak SGD6.5 juta.
Singapura perketat kawalan penggunaan skrin untuk kanak-kanak
Singapura memperkenalkan langkah lebih ketat untuk mengawal penggunaan skrin oleh kanak-kanak dalam usaha untuk memupuk gaya hidup lebih sihat.
Sekolah di sekitar Bangkok ditutup susulan pencemaran udara
Beberapa sekolah di sekitar Bangkok diarah tutup untuk sementara waktu susulan pencemaran udara yang berada pada tahap tidak sihat.
WEF2025: The Geoeconomics of Energy and Materials
In an increasingly volatile geopolitical and technological landscape, where should leaders focus their attention to effectively shape the geoeconomics of energy and materials?
Inflasi Malaysia pada Jun terkawal, kekal 2% pada bulan pertama rasionalisasi subsidi
Inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus pada Jun 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.0 berbanding 130.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Niaga hadapan FBM KLCI dijangka terus catat momentum meningkat minggu depan
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan trajektori meningkat minggu depan.
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar kepada RM5.1 bilion pada Januari
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar pada Januari, apabila warga asing menjual bersih sekuriti hutang bernilai RM5.1 bilion.
Elak birokrasi, tumpu usaha tarik pelabur asing - Tengku Zafrul
Semua kementerian perlu memberi tumpuan terhadap usaha menarik pelaburan dari luar negara dengan mengurangkan birokrasi.
Inflasi Malaysia 2.4 peratus pada Jun, terendah bagi separuh pertama 2023
Inflasi Malaysia pada Jun 2023 mereda kepada 2.4 peratus, angka terendah bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Bursa Malaysia dibuka rendah susulan sentimen berhati-hati
Bursa Malaysia memulakan dagangan Isnin dengan lebih rendah berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.
Ringgit susut berikutan pengukuhan dolar AS
Ringgit meneruskan penurunannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal Isnin.
Elon Musk minta jumpa PM Anwar minggu depan
Bilionair Elon Musk menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu depan berhubung penambahan pelaburan di Malaysia.
Anwar umum duti setem dikurang kepada 0.10 peratus, tingkat daya saing pasaran saham
Kerajaan mengumumkan kadar duti setem bagi saham yang didagangkan di Sekuriti Bursa Malaysia dikurangkan daripada 0.15 peratus kepada 0.10 peratus daripada nilai kontrak.
AmInvestment semak turun unjuran pendapatan Malaysia Airports bagi FY23-FY24
Bagaimanapun, keuntungan bersih FY25 dikekalkan dengan menjangkakan peningkatan yang mampan dalam trafik penumpang MAHB.