Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 5.3 peratus tahun ini sebelum meningkat kepada 5.8 peratus tahun depan dengan permintaan domestik terus menyokong pertumbuhan, kata RAM Holdings Bhd.

"Keadaan global dijangka pulih secara berperingkat tahun ini dengan pembuat dasar dalam ekonomi-ekonomi penting secara sistematik mengamalkan pendekatan akomodatif dalam usaha memerangi kekurangan struktur mereka," kata perkhidmatan penyelidikan kredit dan nasihat bebas itu dalam satu kenyataan Khamis.

RAM berkata penggunaan persendirian domestik dijangka mencatat pertumbuhan sihat berikutan keadaan pasaran buruh yang menggalakkan, dibantu oleh inisiatif dan pemberian kerajaan.

Sementara itu, RAM berkata dasar fiskal kekal menggalakkan aktiviti ekonomi.