KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia berada pada landasan yang betul disokong oleh pelbagai data positif pada suku pertama tahun ini yang menunjukkan bahawa asas dan prospek ekonomi negara adalah kukuh, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Beliau berkata antara data ekonomi positif tersebut termasuklah peningkatan pasaran saham Malaysia sebanyak 96 mata atau 6.77 peratus, penurunan kadar pengangguran ke paras 3.4 peratus, kadar inflasi kekal stabil pada 1.5 peratus dan peningkatan jumlah eksport sebanyak 13.3 peratus.
Nga yang juga merupakan Ketua Whip Parlimen DAP berkata selain itu ekonomi negara turut disokong oleh peningkatan wang rizab bank negara kepada AS$114.5 bilion, jumlah pelaburan yang diluluskan mencecah RM329.5 bilion serta perkembangan pesat dalam industri pelancongan.
"Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa komited untuk membela nasib rakyat dan kini sedang fokus untuk membangunkan semula ekonomi negara.
"Ini bukan sahaja menunjukkan kesungguhan Kerajaan MADANI untuk memulihkan ekonomi, tetapi juga mengesahkan bahawa negara kita berkemampuan menarik pelaburan asing dan pelaburan domestik. Usaha kerajaan kini mula membuahkan hasil," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata Bursa Malaysia merupakan salah satu daripada tiga pasaran saham yang mencatatkan prestasi terbaik di rantau Asia Pasifik tahun ini melonjak sebanyak 6.77 peratus yang mana merupakan kali pertama dalam tempoh enam tahun.
"Lonjakan pasaran saham bermakna syarikat tersenarai dalam Bursa Malaysia mencatat rekod keuntungan yang baik, dan ia juga menunjukkan persekitaran perniagaan di Malaysia berkembang ke arah yang lebih baik," katanya.
Menurutnya, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Ghaffour jelas menyatakan bahawa ringgit pada masa ini berada di bawah nilai sebenar dan ia bakal beransur pulih, oleh itu peningkatan Bursa Malaysia adalah salah satu tanda petunjuk menuju ke arah yang positif.
Selain itu, Nga berkata Malaysia mencatatkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM329.5 bilion pada 2023 meningkat 23 peratus dari 2022, sekali gus menjadikannya jumlah tertinggi dalam sejarah manakala kadar pengangguran negara juga kini menurun kepada 3.4 peratus, yang paling rendah sejak pandemik.
Sementara itu, katanya, langkah pengecualian visa selama 30 hari kepada pelancong dari China, India dan negara Asia Barat mulai 1 Dis, 2023, menyaksikan ketibaan jumlah pelancong dari China meningkat 35 peratus dan dari India sebanyak 68 peratus.
"Di samping itu, Malaysia juga berjaya menarik lebih 5,000 kumpulan pelancong dari China melawat ke Malaysia dan menyumbang sebanyak RM1.5 bilion kepada ekonomi negara sempena Tahun Baharu Cina baru-baru ini.
"Menurut statistik Kedutaan China, lebih 3 juta orang pelancong China dijangka melawat Malaysia pada tahun ini dan bakal menyumbang lebih kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara," katanya.
Bagaimanapun Nga berkata pemulihan ekonomi bukan sekadar memerlukan peningkatan hasil semata-mata tetapi juga perlu disokong oleh usaha mengurangkan perbelanjaan.
Justeru, katanya, Kerajaan MADANI bertekad untuk membawa reformasi jangka masa panjang dengan melaksanakan dasar subsidi bersasar dan merasionalkan pencen untuk kakitangan penjawat awam baharu.
"Kedua-dua reformasi dasar ini akan membantu mengukuhkan kedudukan fiskal kewangan negara serta membolehkan kerajaan melabur lebih banyak sumber dalam pembangunan seperti sektor pendidikan, kesihatan serta infrastruktur awam dah ia bakal memberi lebih manfaat jangka masa panjang kepada rakyat dan negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 04 2024

Ekonomi Malaysia berada pada landasan yang betul disokong oleh pelbagai data positif pada suku pertama tahun ini yang menunjukkan bahawa asas dan prospek ekonomi negara adalah kukuh, kata Nga Kor Ming. - Gambar fail/BERNAMA
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Inflasi Malaysia pada Jun terkawal, kekal 2% pada bulan pertama rasionalisasi subsidi
Inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus pada Jun 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.0 berbanding 130.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Niaga hadapan FBM KLCI dijangka terus catat momentum meningkat minggu depan
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan trajektori meningkat minggu depan.

Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar kepada RM5.1 bilion pada Januari
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar pada Januari, apabila warga asing menjual bersih sekuriti hutang bernilai RM5.1 bilion.

Elak birokrasi, tumpu usaha tarik pelabur asing - Tengku Zafrul
Semua kementerian perlu memberi tumpuan terhadap usaha menarik pelaburan dari luar negara dengan mengurangkan birokrasi.

Inflasi Malaysia 2.4 peratus pada Jun, terendah bagi separuh pertama 2023
Inflasi Malaysia pada Jun 2023 mereda kepada 2.4 peratus, angka terendah bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Bursa Malaysia dibuka rendah susulan sentimen berhati-hati
Bursa Malaysia memulakan dagangan Isnin dengan lebih rendah berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.

Ringgit susut berikutan pengukuhan dolar AS
Ringgit meneruskan penurunannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal Isnin.

Elon Musk minta jumpa PM Anwar minggu depan
Bilionair Elon Musk menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu depan berhubung penambahan pelaburan di Malaysia.

Anwar umum duti setem dikurang kepada 0.10 peratus, tingkat daya saing pasaran saham
Kerajaan mengumumkan kadar duti setem bagi saham yang didagangkan di Sekuriti Bursa Malaysia dikurangkan daripada 0.15 peratus kepada 0.10 peratus daripada nilai kontrak.

AmInvestment semak turun unjuran pendapatan Malaysia Airports bagi FY23-FY24
Bagaimanapun, keuntungan bersih FY25 dikekalkan dengan menjangkakan peningkatan yang mampan dalam trafik penumpang MAHB.