KUALA LUMPUR: Pertumbuhan domestik Malaysia diunjurkan terus bertambah baik, disokong oleh permintaan dalam negara yang berdaya tahan dalam situasi pasaran buruh yang stabil dan sektor perkhidmatan terus meningkat.
Menurut penyelidikan Kenanga Investment Bank Bhd, ini turut akan disokong oleh peningkatan beransur-ansur dalam kegiatan pelancongan, walaupun kelembapan berterusan dijangka dialami dalam prospek pertumbuhan global.
Penyelidikan itu juga menyemak unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2023 Malaysia kepada di antara 3.5 peratus dengan 4.0 peratus daripada 4.7 peratus (2022: 8.7 peratus) memandangkan pemulihan ekonomi China yang lebih perlahan berbanding jangkaan dan kesan ketinggalan dalam persekitaran kadar faedah lebih tinggi diterajui oleh ekonomi maju.
Ini juga sejajar dengan prestasi pertumbuhan KDNK yang lebih perlahan berbanding jangkaan pada suku kedua 2023 iaitu 2.9 peratus berbanding 5.6 peratus pada suku pertama 2023.
Ini berlaku apabila Indeks Pengurus Pembelian (IPP) pembuatan pada Ogos menyaksikan bacaan lebih rendah yang mencerminkan kelemahan berterusan dalam keadaan pembuatan yang sebahagian besarnya disebabkan oleh permintaan suram daripada sektor luar.
Keadaan ini juga sebahagiannya disebabkan oleh kesan asas lebih tinggi yang direkodkan tahun lepas dan memandangkan ekonomi kembali normal dengan ketiadaan langkah rangsangan, jelasnya dalam nota penyelidikan pada Isnin.
IPP pembuatan bagi Ogos kekal tidak berubah pada 47.8 daripada data pada Julai, mencerminkan permintaan lemah semasa suku ketiga 2023. Indeks kekal dalam paras penguncupan (di bawah paras neutral: 50.0) untuk bulan ke-12 berturut-turut atau sejak September 2022.
Sementara itu, Public Investment Bank menjangkakan trajektori IPP Malaysia akan mencerminkan arah aliran global, dengan jangkaan ia akan kekal di bawah ambang 50 mata untuk baki tempoh tahun ini.
"Output pembuatan negara dijangka sejajar dengan kemerosotan kitaran jangka pendek yang dialami dalam industri semikonduktor yang berterusan bergelut dengan keadaan pertumbuhan yang buruk," jelasnya dalam nota penyelidikan.
Unjurannya menunjukkan sektor pembuatan secara keseluruhannya akan mengalami penyederhanaan seterusnya iaitu hanya 2.0 peratus untuk tahun ini (8.1 peratus pada 2022).
MIDF Research pula menjangkakan kelemahan dalam sektor pembuatan Malaysia sejajar dengan trend pembuatan global dan oleh yang demikian, dengan bacaan IPP yang masih lemah, kelembapan akan berterusan pada separuh kedua tahun ini ekoran permintaan global yang lemah.
Perkara itu dilihat menerusi bacaan IP di bawah 50 pada Ogos untuk Jepun (49.6), Filipina (49.7), Korea Selatan (48.9), Taiwan (44.3), Thailand (48.9), zon euro (43.5) dan Amerika Syarikat (47.9 ), menurutnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 04 2023
Pertumbuhan domestik Malaysia diunjurkan terus bertambah baik, disokong oleh permintaan dalam negara yang berdaya tahan dalam situasi pasaran buruh yang stabil dan sektor perkhidmatan terus meningkat. -Gambar hiasan/Bernama
Lima hari hanyut di lautan, tiga nelayan kelaparan, air hujan penghilang dahaga
Asrulhisham bersama anak dan seorang lagi awak-awak diselamatkan oleh dua nelayan Aceh selepas lima hari bersabung nyawa di lautan.
Trump berhasrat bertemu Putin dengan "segera"
"Dari apa yang saya dengar, Putin ingin bertemu dengan saya. Kami akan bertemu secepat mungkin. Saya akan bertemu segera."
Polis rakam keterangan pelawak berhubung isu jenaka "ham"
Keterangan daripada pelawak berumur 54 tahun itu dirakam Rabu lepas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Januari 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
Tol percuma musim perayaan: Kerajaan teliti mekanisme terbaik.
80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa.
Israel mahu jadikan Gaza seperti Dubai.
Tol percuma musim perayaan: Kerajaan teliti mekanisme terbaik.
80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa.
Israel mahu jadikan Gaza seperti Dubai.
Lelaki maut, motosikal terbakar dalam nahas dengan MPV di Lebuhraya PLUS
Motosikal ditunggang mangsa berusia 47 tahun itu musnah terbakar 90 peratus.
'Tunai janji hapus sistem tol dulu, bukan mansuh tol percuma sempena perayaan'
Kerajaan diminta cari jalan atau inisiatif untuk ringankan beban rakyat yang berdepan situasi kos sara hidup tinggi dan kenaikan harga barang.
Amaran kepada Pemuda Pas, Bersatu
SRBR berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak menghalau mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.
Pas desak kerajaan kaji semula pelaksanaan semakan cukai eksais bagi OMV
Katanya, pelaksanaan yang dijadual bermula tahun depan itu pastinya memberi kesan besar kepada pengguna dan industri automotif di Malaysia.
Arab Saudi keluar amaran hujan lebat, ribut petir hingga Isnin
Mekah dan Riyadh dijangka menghadapi hujan sederhana hingga lebat, hujan batu dan angin kencang yang membawa debu.
ASEAN dan Peranan Strategik Singapura dalam Perdagangan Global
Timbalan Perdana Menteri Singapura, Gan Kim Yong, menekankan pentingnya ASEAN sebagai blok perdagangan utama dalam ekonomi global. Dalam sesi di World Economic Forum 2025, beliau membincangkan inisiatif strategik Singapura dalam ketersambungan fizikal, digital, dan kelestarian untuk memperkukuh hubungan perdagangan serantau dan global.
Ekonomi domestik dijangka terus berkembang meskipun unjuran pertumbuhan global suram
Pertumbuhan domestik Malaysia diunjurkan terus bertambah baik, disokong oleh permintaan dalam negara yang berdaya tahan dalam situasi pasaran buruh yang stabil dan sektor perkhidmatan terus meningkat.