Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) terus memacu pertumbuhan bila memperoleh pelaburan RM3.57 bilion pada suku ke empat 2014.
Pelaburan itu adalah daripada 16 syarikat di mana lapan daripadanya mendapat manfaat dari inisiatif kerajaan di bawah UNIT PENERAJU AGENDA BUMIPUTERA (TERAJU).
Sehingga kini, 29 syarikat di ECER dengan jumlah keseluruhan pelaburan bernilai RM646.5 juta mendapat manfaat daripada dana mudahcara TERAJU bernilai RM84.1 juta.
Sementara 65 syarikat di ECER pula sudah dikenalpasti sebagai Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS).
Pada masa sama, ECER menerusi Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Issace Jebasingam John mengumumkan pelantikan tiga syarikat induk yang akan mengendali dan menguruskan projek pertanian komersial berskala besar di ECER.
Majlis ini dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sebelum itu mempengerusi Mesyuarat Kedua Majlis ECERDC 2014 di Parlimen pada Isnin.
Sejak 2007 hingga kini, ECER menarik pelaburan berjumlah RM72.26 bilion yang mewujudkan 73,281 peluang pekerjaan untuk rakyat.
Jumlah pelaburan terbabit adalah 66 peratus daripada sasaran pelaburan ECER, RM110 bilion menjelang tahun 2020.
Pahang mendahului dari segi nilai pelaburan dengan RM35.23 bilion, diikuti Terengganu dengan RM24.24 bilion, Kelantan RM11.17 bilion dan Mersing RM1.61 bilion.
Sementara itu, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) menjalin usahasama dengan Kumpulan Maybank bagi menyediakan bantuan pembiayaan kewangan untuk usahawan tempatan.
ECERDC memperuntukkan dana permulaan RM10 juta bagi menampung kadar faedah atau keuntungan pinjaman yang dikenakan, sementara Maybank menyediakan peruntukan berjumlah RM100 juta untuk pembiayaan perniagaan.
Skim itu dijangka akan memberi manfaat kepada 2,000 usahawan mikro dan pengusaha kecil dan sederhana (PKS) di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Mersing menjelang akhir 2015.
Pada masa sama, usahasama itu akan diteruskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 yang akan dilaksanakan bermula tahun hadapan dan ia dijangka memanfaatkan 6,000 usahawan di ECER menjelang 2020.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Nov 17 2014
ECER berjaya tarik pelaburan lebih RM72 bilion
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Kerajaan terus perkemas kerangka pembangunan ECER - PM Anwar
Kerajaan akan terus memperkemas kerangka pembangunan lima tahun akan datang bagi Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) supaya usaha merapatkan jurang pembangunan antara wilayah.
ECERDC cuba tarik pelaburan Jerman dalam industri RV di ECER
Ia berikutan peningkatan permintaan bagi opsyen yang lebih selamat bagi melancong serta lebih mesra alam semasa pandemik selain bertambahnya angka peminat RV di seluruh dunia.
Belanjawan 2021: Projek di lima koridor wilayah ekonomi akan diteruskan
Projek-projek bagi lima koridor wilayah pembangunan ekonomi akan diteruskan pada tahun 2021 dengan peruntukan bernilai RM780 juta.
Masjid Kampung Laut dipindah ke lokasi asal
Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob menjelaskan, urusan dan perbelanjaan pemuliharaan warisan ini dikendalikan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).
Belanjawan 2021: ECERDC syor tumpu pembangunan kawasan pulau Terengganu
Di bawah ECER 2.0, selain daripada penekanan terhadap pembangunan infrastruktur di destinasi pulau popular seperti Pulau Perhentian dan Pulau Lang Tengah, ECERDC juga membina mercu tanda ikonik.
IR4.0: Malaysia mampu tandingi China, Korea Selatan
Penerapan transformasi digital dan IR4.0 di Malaysia juga dijangka dapat dipercepatkan apabila pelaburan teknologi tinggi masuk ke negara ini.
PM Najib isytihar Segamat kawasan pembangunan baharu ECER
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perkembangan itu membuka era baharu untuk Segamat sekaligus memacu pertumbuhan daerah itu ke tahap lebih tinggi.
Rakyat Kelantan patut bersyukur ada ECER - Mustapa Mohamed
Kerajaan melalui ECERDC membantu peserta meningkatkan pendapatan mereka sehingga RM1,500 sebulan.
Usaha transformasi sosio-ekonomi ECER dapat pengiktirafan global
Agenda transformasi sosio-ekonomi kerajaan bagi Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) mendapat pengiktirafan antarabangsa.
Lebih banyak pelan transformasi akan dilaksana jika kerajaan terus diberi mandat - PM Najib
Lebih banyak program transformasi yang memberi manfaat kepada rakyat akan dilaksanakan di masa hadapan.