DRB-Hicom Bhd mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM173.27 juta bagi tempoh suku pertama berakhir 31 Mac, 2020.
Menurut kumpulan itu, pandemik COVID-19 terbukti memberi kesan terhadap perniagaannya manakala aliran pertukaran asing yang kurang memberangsangkan pada suku itu menyebabkannya merekodkan kerugian kira-kira RM72 juta membabitkan bayaran dan pinjaman dalam denominasi mata wang asing.
Konglomerat itu meraih hasil sebanyak RM2.74 bilion pada suku tersebut, didahului oleh sumbangan sektor automotif yang menjana jualan RM1.81 bilion, sektor perkhidmatan RM830.49 juta manakala sektor hartanah sebanyak RM93.3 juta, katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia.
Bagaimanapun, tiada sebarang suku perbandingan berikutan langkah kumpulan itu mengubah tahun kewangannya berakhir dari Mac kepada Disember pada tahun sebelum ini.
Menurutnya, jualan sektor automotif dipacu oleh pengeluar kereta nasional, Proton dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) X70 terus menerajui kategori itu.
"Sektor perkhidmatan DRB-Hicom pula menyaksikan jumlah bungkusan kendalian Pos Malaysia meningkat, didorong oleh pertumbuhan aktiviti e-dagang dan pemasaran dalam talian," katanya.
Selain itu, segmen mel turut mencatat peningkatan kecil khususnya pada Februari walaupun impak COVID-19 adalah ketara pada Mac yang menjejaskan perolehan hasil.
"Sektor hartanah merekodkan jumlah lebih rendah dalam subsektor pembinaan dan menyebabkan hasil lebih rendah," katanya.
Dalam pada itu, DRB-Hicom merancang untuk melaksanakan strategi promosi dan melancarkan model-model baharu bagi meningkatkan perniagaan automotifnya tahun ini.
Prospek bagi segmen pertahanan, aeroangkasa, pos dan logistik, perbankan, perkhidmatan dan pembinaan juga kekal lemah kerana turut dijejaskan oleh ketidaktentuan usaha berpanjangan bagi menangani impak COVID-19.
"Prestasi operasi kami bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2020 akan turut terjejas akibat krisis pandemik yang masih berlaku," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 25 2020
![DRB-Hicom catat kerugian bersih RM173 juta DRB-Hicom catat kerugian bersih RM173 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/41593102269_DRBHicom.jpg)
DRB-Hicom merancang melaksanakan strategi promosi dan melancarkan model-model baharu bagi meningkatkan perniagaan automotifnya tahun ini. - Gambar fail
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
10 Berita Pilihan - (07 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720367469_TBAnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan belia di negara ini supaya menyahut seruan kerajaan bagi menolak rasuah, salah guna kuasa dan penindasan.
Acara bola tampar atas air di Slovenia tarik perhatian
Pemain bola tampar dari pelbagai negara turun ke gelanggang terapung di Slovenia untuk bermain sukan mereka dalam persekitaran yang agak luar biasa.
Kawasan gunung Etna masih lagi tidak selamat
Letusan Gunung Etna dilaporkan masih lagi memuntahkan abu sehinggakan menjejaskan kawasan ruang udara yang kini dikaburi dengan asap hitam pada Ahad.
![Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153 Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719304919_TBisraelairstrike.jpg)
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 38,153, kata Pihak Berkuasa Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad.
Empat terbunuh serangan ketika parti hari lahir
Pemeriksaan di rumah itu mendapati tujuh mangsa yang mana empat daripadanya telah meninggal dunia.
Rafah kini dilitupi debu, runtuhan bangunan memenuhi bandar
Dulunya Rafah sibuk dengan urusan seharian penduduk namun kini ia umpama bandar hantu yang diliputi debu, sunyi hampir sepanjang masa.
![KKM, syarikat telekomunikasi bekerjasama beri percuma Talian HEAL 15555 KKM, syarikat telekomunikasi bekerjasama beri percuma Talian HEAL 15555](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719300254_TBDATUKLUKANISMAN.jpg)
KKM, syarikat telekomunikasi bekerjasama beri percuma Talian HEAL 15555
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi untuk membolehkan Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental atau Talian HEAL 15555 diberikan secara percuma.
![Undang-undang tuntutan bayaran berita dalam talian perlu kajian menyeluruh - Pakar Undang-undang tuntutan bayaran berita dalam talian perlu kajian menyeluruh - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51663138299_GoogleMeta.jpg)
Undang-undang tuntutan bayaran berita dalam talian perlu kajian menyeluruh - Pakar
Menurut penganalisis, tiba masanya kerajaan menimbangkan cadangan melaksanakan akta berkenaan bagi memastikan industri media kekal mampan.
![Bayaran petugas, pemeriksa SPM 2022 selesai selewatnya 31 Julai Bayaran petugas, pemeriksa SPM 2022 selesai selewatnya 31 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51647531361_LogoKementerianPe.jpg)
Bayaran petugas, pemeriksa SPM 2022 selesai selewatnya 31 Julai
Sehingga 23 Jun 2023, pembayaran IKH dan TNT telah selesai 100 peratus di sembilan negeri.
![Twitter benarkan media kenakan bayaran kepada pengguna baca artikel - Musk Twitter benarkan media kenakan bayaran kepada pengguna baca artikel - Musk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81670933805_TBtwitter.jpg)
Twitter benarkan media kenakan bayaran kepada pengguna baca artikel - Musk
Fungsi baharu itu untuk memberikan situasi sama menang kepada media dan pengguna.
!['Maruah saya tercalar..' - Isteri Zamani dakwa duit 'disonglap', penganjur konsert jelas isu sebenar 'Maruah saya tercalar..' - Isteri Zamani dakwa duit 'disonglap', penganjur konsert jelas isu sebenar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51667469680_TBZAMANI.jpg)
'Maruah saya tercalar..' - Isteri Zamani dakwa duit 'disonglap', penganjur konsert jelas isu sebenar
"Saya bukan nak panjangkan hal ini tetapi saya rasa maruah dah tercalar disebabkan kenyataan isterinya."
![Apple Pay akhirnya tiba di Malaysia Apple Pay akhirnya tiba di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61660031547_TBapplepay.jpg)
Apple Pay akhirnya tiba di Malaysia
Ciri itu membolehkan pengguna melakukan pembayaran tanpa sentuh dengan peranti iOS seperti iPhone dan Apple Watch.
![Perkhemahan, parkir kenderaan di Pantai Air Papan akan dikena bayaran mulai 1 Julai Perkhemahan, parkir kenderaan di Pantai Air Papan akan dikena bayaran mulai 1 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81655732750_PantaiAirPapan.jpg)
Perkhemahan, parkir kenderaan di Pantai Air Papan akan dikena bayaran mulai 1 Julai
Majlis Daerah Mersing (MDM) akan mengenakan bayaran bagi aktiviti perkhemahan dan meletak kenderaan di Pantai Air Papan di sini berkuat kuasa pada 1 Julai ini.
![Guru rugi RM45,500 diperdaya pelaburan menerusi Telegram Guru rugi RM45,500 diperdaya pelaburan menerusi Telegram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61620225312_scmageneric.jpg)
Guru rugi RM45,500 diperdaya pelaburan menerusi Telegram
Seorang guru dari Jempol mendakwa kerugian RM45,500 selepas terpedaya dengan pelaburan yang ditawarkan menerusi aplikasi Telegram.
![PEMULIH: Kerajaan laksana Program Subsidi Upah 4.0, tiada lagi syarat had gaji - PM PEMULIH: Kerajaan laksana Program Subsidi Upah 4.0, tiada lagi syarat had gaji - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41624876142_Restoran.jpg)
PEMULIH: Kerajaan laksana Program Subsidi Upah 4.0, tiada lagi syarat had gaji - PM
Kerajaan bersetuju melaksanakan Program Subsidi Upah (PSU) 4.0 dengan peruntukan sebanyak RM3.8 billion menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
![Kerajaan selesai beli, bayar bekalan vaksin untuk vaksinasi dalam negara Kerajaan selesai beli, bayar bekalan vaksin untuk vaksinasi dalam negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81622473268_MuhyiddinYassinPK.jpg)
Kerajaan selesai beli, bayar bekalan vaksin untuk vaksinasi dalam negara
Kerajaan sudah selesai membeli dan membayar bekalan vaksin COVID-19 bagi menampung keperluan rakyat di negara ini dalam usaha mempercepatkan proses vaksinasi dalam negara.