KUALA LUMPUR: Nilai kerja pembinaan pada suku ketiga 2022 melonjak 23.2 peratus kepada RM30.5 bilion berbanding suku tahun yang sama 2021 (suku kedua 2022: RM29.9 bilion).
Dalam Statistik Pembinaan Suku Tahunan, Suku Ketiga 2022, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berkata pengembangan tersebut dipacu oleh subsektor bangunan bukan kediaman (37.7 peratus), aktiviti pertukangan khas (32.2 peratus), bangunan kediaman (17.8 peratus) dan kejuruteraan awam (14.6 peratus).
"Pada suku ketiga 2022, subsektor kejuruteraan awam kekal sebagai penyumbang utama nilai kerja pembinaan dengan sumbangan sebanyak 37.9 peratus, diikuti oleh bangunan bukan kediaman (30.4 peratus), bangunan kediaman (22.3 peratus) dan aktiviti pertukangan khas (9.4 peratus)," katanya.
Ia turut berkata nilai kerja yang dimiliki oleh sektor swasta berjumlah meningkat ketara 31.8 peratus (suku kedua 2022: 14.8 peratus) kepada RM18.0 bilion, dengan sumbangan sebanyak 59.0 peratus.
Sementara itu, nilai kerja yang dimiliki oleh sektor awam meningkat 12.6 peratus (suku kedua 2022: -4.0 peratus).
Selangor merekodkan nilai kerja pembinaan tertinggi iaitu sebanyak RM6.9 bilion, diikuti oleh Wilayah Persekutuan (RM5.3 bilion) dan Sarawak (RM3.6 bilion) yang secara kolektif menyumbang 51.9 peratus atau RM15.8 bilion.
Kerja pembinaan bagi tiga suku tahun 2022 mencatatkan nilai RM89.9 bilion, merekodkan peningkatan sebanyak 6.6 peratus berbanding tempoh yang sama 2021 (3suku tahunan 2021: -2.1 peratus).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 08 2022

Selangor merekodkan nilai kerja pembinaan tertinggi iaitu sebanyak RM6.9 bilion, diikuti oleh Wilayah Persekutuan (RM5.3 bilion) dan Sarawak (RM3.6 bilion). - Gambar fail

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Kanada akan mengenakan tarif timbal balas sebanyak 25 peratus ke atas import tambahan bernilai US$29.8 bilion dari Amerika Syarikat (AS),

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.

Nilai kerja pembinaan Malaysia capai 20.2 peratus pada 2024 berjumlah RM158.8 bilion
Nilai kerja pembinaan yang dilakukan di Malaysia pada 2024 meningkat sebanyak 20.2 peratus kepada RM158.8 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.

Sektor pembinaan kekal pertumbuhan positif, naik 22.9 peratus kepada RM41.1 bilion pada suku ketiga - DOSM
Sektor pembinaan terus mengekalkan momentum dengan pertumbuhan positif pada 22.9 peratus, mencapai RM41.1 bilion pada suku ketiga 2024.

Penyumbang pembinaan mercu tanda ikonik dunia, Eversendai jadi kebanggaan negara
Nanta berkata Eversendai merupakan satu-satunya syarikat pembinaan Malaysia mencipta rekod dunia dan pencapaian penting dalam industri pembinaan.

Sektor pembinaan Malaysia melonjak lebih 20 peratus pada suku kedua 2024
Sektor pembinaan melonjak 20.2 peratus dengan nilai kerja berjumlah RM38.9 bilion pada suku kedua 2024, dipacu oleh prestasi yang memberangsangkan subsektor kejuruteraan awam dan bangunan kediaman.

Harga barang binaan naik
Azman berkata, peningkatan tersebut boleh dikatakan tertinggi dalam sejarah, malah pembekal turut menetapkan harga-harga baharu sejak Isnin.

Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.

Sektor pembinaan berkembang 14.2 peratus kepada RM36.8 bilion pada suku pertama 2024
Nilai kerja dalam sektor pembinaan melonjak sebanyak 14.2 peratus tahun ke tahun (y-o-y), berjumlah RM36.8 bilion pada suku pertama 2024.

Industri pembinaan dijangka meningkat enam peratus, nilai pembangunan RM180 bilion
Industri pembinaan negara dijangka meningkat lima hingga enam peratus melibatkan nilai projek pembangunan sebanyak RM180 bilion pada tahun hadapan.

Sektor pembinaan Malaysia capai pertumbuhan memberangsangkan tahun ini - Menteri
Sektor pembinaan Malaysia merekodkan pertumbuhan yang memberangsangkan tahun ini dengan 9,144 projek berjaya dilaksanakan sehingga September.